Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, October 23, 2009

Tewas dengan Biar rindu berlalu...


Assalamualaikum...

Tewas dengan Biar rindu berlalu...

Aku baru je selesai membaca sebuah novel ni. Dah tiga malam berturut-turut aku membacanya. Kisah kehidupan masyarakat dan aku yakin, kalau novel ni dijadikan sebuah drama, ianya pasti mendapat sambutan penonton, apatah lagi pencinta drama-drama Melayu seperti aku ni. Tapi bukan Spa Q, Manjalara dan yang sewaktu dengannya, sebab aku tak minat dengan drama-drama yang 'kekwat' ni..
..


Aku tak pasti samada novel ni dah dijadikan drama atau belum...


Novel ini mengisahkan tentang kehidupan dua keluarga duda dan janda. Masing-masing sudah mempunyai anak yang semakin meningkat dewasa. Duda dan janda saling menyintai tapi anak-anak ada yang berbelah bagi. Lumrah alam memang begitulah kebiasaannya.

Aku cuma nak bagitau yang aku menangis masa baca novel ni. Boleh dikatakan setiap episod aku menangis. Sedih la wehhh.... Cara olahan ayat-ayat dia..., walaweyyy... Rabak mata aku asyik nak kena lap je. Tapi, memang berbaloi-baloi la. Sikitpun tak timbul rasa menyesal beli novel ni.. (tak macam novel-novel yang lepas..)

Masih ada beberapa buah novel dan buku yang belum aku usik lagi ni. Ni semua buku-buku yang aku beli kat Popular Jusco hari tu. Aku dah takde idea dah ni. Aku cuma nak cakap, kalau korang rajin, cari-carilah novel ni ya. Dan aku sudahi dengan ucapan, sediakanlah tisu banyak-banyak... muahahahaha...

p/s: Baca novelpun nak nangis... Tak rock la bebb.... huhuhu....


2 Tukang Tembak:

Sharif John said...

Wah... hati tisu.... hehehe

~Kak AZZ~ said...

Sharif J~> wahaha....nak buat cmner....hati pompuan melayu terakhir mmg camni la gamaknya hehehe....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »