Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 9, 2009

10 CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG SESUAI

Assalamualaikum...

Seluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Oleh kerana itulah, ramai yang melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam. Mari kita perhatikan antara masalah yang timbul dan cara mengatasinya.

1) Apakah cara yang betul ketika mengenakan seluar dalam? Dapatkah ianya menentukan keselesaan si pemakai?
~> Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan ponggong. Pastikan juga pita di bahagian pinggang dan perut tidak berlipat.

2) Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
~> Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3) Kenapakah pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa?
~> Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mesti berkedudukan tetap dan selesa dan tidak berlipat. Cuba tukar kepada saiz yang lebih kecil dengan rekaan berbeza.

4) Kenapa kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?
~> Kaki seluar dalam tidak sepatutnya begitu. Ini bermakna seluar dalam anda terlalu kecil. Periksa samada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi. Periksa juga samada fabrik seluar dalam itu daripada bahan memeri atau berelastik.

5) Kenapa seluar dalam seperti mahu TERLONDEH?
~> Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang selesa adalah seimbang serta meliputi keseluruhan ponggong. Tukarlah kepada seluar dalam yang baru jika getah sudah hilang keanjalan.

6) Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
~> Pilih seluar dalam yang berliputan penuh seperti potongan maxi atau short. Jenis ini selesa dan mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika memakai pakaian yang ketat.

7) Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
~> Fabrik terbaik adalah dari kain kapas. Manakala fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh.

8) Bilakah seluar dalam perlu ditukar?
~> Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang mula mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa.

9) Bagaimana cara yang betul menjaga seluar dalam?
~> Periksa label mencuci yang disediakan. Boleh juga cuci dengan menggunakan uncang khas dalam mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Cuaca yang panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10) Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
~> Dapatkan tali pengukur. Kemudian ukur sekeliling saiz pinggang. Ukur pada bahagian paling berisi di sekitar pinggul (biasanya 10 inci dari bawah pinggang).

KETAHUI SAIZ SEBENAR SELUAR DALAM ANDA:

------Pinggang -------------------- Pinggul -------------------- Saiz
------24" - 25" ----------------------35" - 36"--------------------- S
------27" - 28" ----------------------37" - 38"--------------------- M
------29" - 31" ----------------------39" - 41" --------------------- L
------32" - 34"----------------------42" - 44"--------------------- XL
------35" - 37"----------------------45" - 47"--------------------- XXL
------38" - 40"---------------------48" - 50"--------------------- XXXL

p/s: sumber dari Berita Minggu 5/10/2008

17 Tukang Tembak:

ArmaniWhite said...

ni ada soalan..mgkn juga berbaur teka-teki.. nape getah suar dlm pompan bhgn pinggang tu cpt loose?muahahaha..

Cik Azz said...

Nami~> suar dalam pompuan mana yg cepat loose getahnya tu...? Tu la, sape soh beli suar dalam kat kedai dua hengget....lenkali beli la yg selai doploh hengget tu....muahahahaha....

Maiyah said...

heeee.. sy tak pakai sluar dlm, pakai pampers :D

Cik Azz said...

maiyah~> xpe la...yang penting berlapik....;)

ArmaniWhite said...

muahahaha...nami penah dgr org bg soklan ni dulu.. maksud dia bkn la pakai 2,3 kali terus loose.. maksudnya, if compared to getah yg kat paha tu, getah kat pinggang lbh cpt loose.. kenapa ek?

Cik Azz said...

Nami~> kalau dah perot besar/moncit/boroi mmg la getah cepat loose....walaupun pinggang dia kecik....sbb sebelum suar tu sampai ke pinggang, suar tu kena ikut melalui perut dulu....

*sekian jawapan dari wakil Triumph....kakakakakaka........

Tijah said...

pergh. dah buleh jadi promoter kek gedung harian pilah nih. hikhik

cheryna zamrinor said...

kena tgk brand jugak kak. kalau brand amoi harus dibeli lebih besar. tp kalau brand mat salleh, kena beli kecik sket.

sha suka cotton..selesa aje.

thanks for the tips...sha suka nieh!:)

p/s: akak...ibu kata dia mungkin ingat. takut kat maktab panggil nama lain. hehehe.

Cik Azz said...

tijah~> wakakakakaka.....akak takmo la kojo kek pilah tu.....kang tojumpo lak dgn mamat saiko yg sorang ni....saiko yo lobih tp boli ehh tidak.....haha...

Cik Azz said...

cHeryna~> Sha....brand amoi tu yg 3 lai 5 hengget tu koo....hehe...

cotton kalau buat apapun selesa....hikk...

*nama gelaran tu tak tau la pulak....tp dulu dia mmg romeo hehehe...

hatim a.r said...

akak!ape bende yang masuk segi tiga bila keluar bergulung?

haa pikir2

givap tak?

ok bagi can lg

ok givap!

sependa la.bila nak pakai bentuk segi tiga bila bukak die bergulung.

Cik Azz said...

Hatim~> wakakakakakaka.....osah ganeh ehh sampai bogulung2 cmtu....

kirai dulu suar tu sobolum masok-an dalam mesin basoh yoo...muahahaha..

*tapi kan, budak2 skang ni lobih goma pakai boxer....hikkk...

hatim a.r said...

kalau boxer pakai ngan bukak samo yo bentuk eh..ni spenda klasik pinggang getah punyo haha

Cik Azz said...

Hatim~> ooo.....yang klasik tu ekk....yang cap boyo tu kan....kalau jonih yang tu mmg la suko bogulung...muahahaha....

ArmaniWhite said...

jwpn kaka azz leh diterima.. tp ada lg 1 jawapan len. nami pun lupa..tp jwpn tersebut mmg lawak..hihi

Cik Azz said...

Nami~> alaaa.....apsal lupa lak...ingat la balik....leh gelak sama2 nanti....hehe...

Unknown said...

Sy pakai seluar dalam saiz M selesa sgt

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)