Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 24, 2009

KERJA

Assalamualaikum....

Hari ni aku menjahit dengan penuh kasih sayang...hahaha.... Aku siap-
kan baju2 yang sedia ada ni. Bukannya banyakpun, 3 pasang je....hik3.
Lagipun aku dah siapkan 3 pasang baju minggu lepas. Esok masih ada
lagi 2 pasang baju kurung untuk dijahit. Lepas raya haji ni dah ada yang
menunggu. Walaupun harga yang aku ambil jauh lebih murah, tak apa
la. Aku terima rezeki ini dengan seadanya dan redha. Amin...

Barang2 untuk menjahit manik.


Sebenarnya aku tak pandai dalam jahitan manik ni, tapi aku cuba je la....huhu...



Dah siap..!! Bukannya baju orang lainpun. Baju anak sedara aku yang darjah 2 tu. Aku jahitkan manik sebagai upah sebab dia tolong mop lantai masa sessi mencuci kipas kelmarin...

p/s: Aku dah ada plan untuk tahun depan. Harap2 ianya berjalan seperti
yang aku rancangkan. Janganlah ada yang cuba mematahkan semangat
aku yang baru nak merangkak ni. Aku tak kacau periuk nasi korang dan
aku mohon sangat2 tolonglah jangan tikam aku dari belakang. Macehh...

8 Tukang Tembak:

maiyah said...

kalo sy bljr mesti best kan tapi sy tak minat plak nak jahit2 nih.. tapi bila tgk hasilnya rasa cam nak try lak

~Kak AZZ~ said...

Maiyah~> belajar la....belajar jahit2 manik je pun dah okay dah....

Dulu masa keje kat butik harga untuk sekuntum bunga tu adalah rm15...itu harga untuk tahun 2001....skang ni tak tau la pulak....Maknanya kalau ada 15 kuntum bunga dah jadi berapa dah kan...Itu belom masok bab manik2 yg lain lg...

*cuma kat sini je kuntuman bunga tu takde harga....sobbsss...

~LP Lum~ said...

sy pun xminat nak jait2 nie... tp jait mta nie den gomar gak ar... ;)

Erna said...

akak..suko baju yang ade manik..macam azz cakap la, hargo e..mak datok..suroh anak buah yo jaitkan..azz,bolih tompah baju tak..akak ni kok baju kurong boli siap yoo..bilo badan dah naik..problem..baju muek..kain tak leh pakai pulakk...apo2 pun perancangan azz..teruskan la..semoga berjaya

~Kak AZZ~ said...

LP Lum~> Linda....muahahaha.....semuo org suka jait mato laa....;)

~Kak AZZ~ said...

Erna~> nasib baik anak sdaro Erna boleh tolong jaitkan manik tu kan...

Apsal lak kain tak muek....Ni mesti sondat kek hip ni....hehe...

Makaihhh....jauh ehh lak aii nak nompah sampai kek sini.....Tp kok nak cubo buleh yoo....amatlah dialu2kan....haha...

cHeRyNa PiReS said...

kak...nak jadi anak buah akak buleh tak?

~Kak AZZ~ said...

cHeryna~> errrr.....buleh yoo....po salah ehh....tapi sanggop ke nak donga mulut akak bebel yo nnt...hehe...

*Akak bebel bila perlu je....tengok keadaan la kann....kalau sesuatu/keadaan yg takde kena mengena dgn akak....akak make dono je...buat hal sendiri2...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »