Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 16, 2009

PERLUKAH AKU TERUS BEGINI...??

Assalamualaikum....

Kali ni tiada cerita ataupun gambar tentang makanan lagi. Aku telah di'sound' oleh Hatim dan juga Linda supaya berhenti buat cerita mengenai makanan ni. Jadi, sebagai menghormati permintaan mereka berdua itu, maka tiadalah lagi cerita dan juga gambar yang berkaitan. Sebenarnya, server tenet aku sangatlah lemah. Tu yang malas nak upload gambar tu.. Miahahaha.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Korang percaya tak yang aku dah lama tak keluar rumah. Maksud aku, keluar lepak2 sambil bersidai kat tembok ataupun kerusi besi kat depan rumah. Kalau dulu, itulah kerja sambilan aku. Ya la, duduk lepak2 kat dalam rumah sambil tengok tv pun bosan jugak. Tu yang saban petang aku duduk kat luar dengan mak aku, konon2 nak ambil angin petang la. Pastu memang konpem la akan datang sorang dua jiran untuk cukupkan korum.... ahakkk....

Bila dah berkumpul ni, faham2 aje la kan. Kadang2 akupun ikut sama dalam "perbincangan" kaum2 ibu merangkap nenek2 ni. Nak cari pengalaman hidup kenalah belajar dari orang2 yang lebih dulu makan garam. Samada topik perbualan mereka itu menjurus ke arah kebaikan ataupun menyimpang ke arah "kemengumpatan", aku join aje la. Nak buat macam mana. Takkan la tetiba je aku nak angkat kaki. Makcik2 ni mudah perasan kalau dorang tengok aku lain macam je... Maklum la, akukan spesis jujur. Jadi, raut wajah aku akan mudah berubah jika
ada sesuatu yang aku tidak berkenan.. Huahuahua... jujur konon... caittt...!!! (jujur la... tak caya sudah...!!)

Tapikan, sejak dari awal puasa hari tu, aku dah mula jarang lepak2 ni. Mungkin sebab masa puasa tu aku sibuk dengan jahitan aku, dan itu juga penyebab aku malas nak keluar. Bukanlah tak keluar langsung. Melampau la tu kan. Seingat aku la, dari puasa hari tu baru 5 kali je aku lepak2 kat depan rumah ni. Makcik depan rumah akupun dah mula berbunyi. Dia kata apa tau. Dia kata, lama tak nampak ngko. Demam ke? Cehh....asal aku tak keluar je mesti dorang suspect aku demam la, sakit la, tak sihat la..... huhu...

Walau apapun, terima kasih la sebab itu tandanya dorang ambil berat pasal aku. Mesti la, sebab aku yang selalu telefon talian 15454 jika bekalan letrik terputus sehinggakan nama akupun operator TNB tu dah cam. Lepas tu, kalau telefon rumah dorang tak berbunyi (kira rosak la tu)...aku jugak yang dorang cari. Dan aku dengan rela hati akan segera membantu. Apalah sangatkan membantu warga2 emas ni. Bukannya selalu. Lagipun bukan ke aku ni "catwoman"..... ekekekeke....

Kadang2 tu kan, aku sengaja duduk diam2 kat bilik jahit aku ni. Aku dengar je suara dorang kat luar, tapi aku buat tak tau je. Biar je la dorang tu borak2 dengan mak aku. Pastu nanti dorang akan tanya, "Zimah mana..?" Dan mak aku akan jawab.. "ado kek dalam tu ngadap bondo tu la". Jadi, aku sudah selamat dari menyertai perbincangan mereka untuk hari itu... ha.... ha... ha...

Cuma satu je persoalan sekarang ni. Selama manakah aku mampu bertahan duduk berkurung dalam rumah tanpa bercampur dengan jiran tetangga dengan alasan tidak mahu terbabit dalam sessi perbincangan kemengumpatan mereka. Aku bukan lah baik sangatpun sampai nak kata tak suka atau tak pernah mengumpat ni. Cuma ada masa2nya aku jadi bosan jika asyik bercakap benda yang sama berulang2 kali. Ingat aku ni ASTRO ke dok ulang2 siaran je....

p/s: Ada tak sesiapa yang nak bagi cadangan kat aku? Wajarkah aku berterusan begini atau perlukah aku kembali seperti dahulu. Haiiyaa..!! Hilop sushah.. matipun sushah....(kata apek dalam citer madu 3..)

8 Tukang Tembak:

cheryna zamrinor said...

sha mmg tak join jiran sebab ada kenangan tak baik. cerita macam nieh, siapa yang mengumpat family sha dari sha kecik mmg sha akan ingat sampai sha besar dan akhirnya bila sha jumpa org tu sha jadi pendiam sangat walaupun sha nieh sebenarnya becok.

so, bila sha dah leh dok umah, sha manfaatkan...setakat senyum, tegur sikit2 sudah. sebab join org tua nieh ngumpat nieh sangatlah best sampai kadang2 sha lupa yang sha pun dah kena dulu:P

join jelah sikit2 kak..tp set time. cukup 10 minit, bla. katelah nak masak ke, ada hal ke. takpun, dekat2 nak ada hal baru join sikit2. cukup masa, bla.

itu taktik sha la. tak campur terus pun takleh...kang lagi sedap org bercakap.

Tijah said...

tu la tu. kekadang berjiran mo bangla, cino, india ni laie best kan? diorang bukan jonih dtg betandang.

tapi tu la. asal maghrib yo misti sosak napeh bau setanggi. pagi lak sosak napeh bau colok. hayolah!

hatim a.r said...

sabau jelah kak azz..alah bila jiran start mengumpat bagi la alasan kucing nk beranak ke pastu blah je.tapi jgn sbb jiran tu kuat mengumpat akak terus x tegur die.bertegur sapa ngan jiran tu still perbuatan yg baik walaupun jiran tu mulut longkang

Cik Azz said...

cHeryna~> Sha...tu la kan...akakpun cmtu gak la...pnh gak ada situsai yg cam Sha alami masa kecik tu...

macehh bg idea....maybe akan dipraktikkan selepas ni...Iye la, takleh gak kalau tak cmpo dgn org ni...nnt kena pulau....huhu....

Cik Azz said...

Tijah~> ha'ah la...kek sini ado yo jiran india, elok yo dok ghumah dio diam2....pepagi yo dio kuar buaek sonam robik hehe...

Bau colok tu yg takleh nk tahan tu....akak mmg tak buleh la bau colok ni....mcm nk munt** yoo...

tp kok jiran dgn india ni, kalau taim dio botokak....makaihhh.....serabut otak jadi ehh...tah apo2 yg disobut ehh....hikkk....

Cik Azz said...

Hatim~> takkan la tiap2 hari/minggu kucing nak beranak....sungguh produktif la cmtu....lotih den nk ngisah an nnt....haha....

iye betul....kena baik2 dgn jiran w/pun dia tak baik dan sentiasa buruk sangka dgn kita...kene menten senyum la cmni....hehe....

tenkiu dikkk....:)

Acik Erna said...

kak AZZ....akak ni pun samo ngan tijah...jiran india kiri kan..tapi baik pulak..ado sekali abang akak domam dio nak anta pi klinik..akak tak leh memandu...yang sobolah kiri..rajin pasang bau2an...asal potang copek2 tutup pintu n tingkap..kot tidak bau masuk lam gumah..

azz join la sekojap..peh2 cakap la nak sanbong monjahit..

Cik Azz said...

Erna~> haha....tu la kan....dorang ni mmg baik kalau kita baik dgn dorang....cumo kono tahan la bau2an tu.....bak kato popatah tu la kan....asal biso togal biaso....hehe...

*tu la....kok ghaso maleh nk join ckp yo nak jait w/pun sobona ehh tak jait pun....hikkk..

ehhh....ni sapo akak sapo adik ni hehe....Panggil yo la akak cm biaso tu....Kak Azz...;)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)