|
|
HANYA kerana ingin menikmati kebebasan dan mengejar kesenangan, ada pasangan kekasih sanggup tinggal serumah dan hidup bagaikan suami isteri walaupun tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah. Malah bersekedudukkan seolah-olah menjadi aliran baru di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota tanpa ada rasa bersalah atau berdosa dalam diri.
Edda (bukan nama sebenar) mengakui tinggal serumah dengan teman lelakinya, Eddy (juga bukan nama sebenar) sejak enam tahun lalu ketika sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang.
''Waktu itu umur saya baru 19 tahun dan sedang menuntut di kolej. Teman lelaki pula sudah bekerja.
''Disebabkan kos hidup sebagai pelajar yang tinggi, saya memberanikan diri menumpang tidur di rumah teman lelaki. Dengan cara itu saya dapat berjimat dan tidak perlu menyewa bilik.
"Apabila sudah serumah dan selalu bersama akhirnya kami terlanjur dan mula seronok hidup bebas umpama suami isteri,'' ujarnya dalam pertemuan selepas berminggu-minggu dipujuk oleh penulis.
Mengakui seronok dengan kehidupan baru itu membuatkan dia terleka dan mula mengabaikan pelajaran.
Begitu pun jauh di hati kecilnya terasa bersalah terhadap ibu dan adik beradik lain.
''Pada ketika itu, kami sungguh bebas dan seronok. Kami boleh mengadakan hubungan seks sesuka hati tanpa perlu membuang duit untuk membayar sewa bilik hotel,'' akuinya.
Sekian lama Edda dan Eddy hidup seperti suami isteri, malah segala keperluan 'suaminya' itu Edda yang uruskan manakala keperluan rumah ditanggung oleh lelaki tersebut.
Pada awalnya pasangan tersebut berkongsi rumah dengan beberapa pasangan lain, namun disebabkan tidak mahu diketahui jiran-jiran sekeliling Edda dan teman lelakinya berpindah menyewa rumah lain.
''Kehidupan kami memang tidak ubah seperti suami isteri, cuma yang membezakan kami ialah tiada akad nikah,'' ujarnya.
Katanya lagi, setelah hampir dua tahun bersama mereka berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat kerja baru.
''Masa mula berpindah semuanya masih berjalan lancar namun selepas hampir enam bulan saya mula rasa terbeban kerana Eddy masih tidak bekerja.
"Malah saya pernah membuat pinjaman bank semata-mata untuk diberi pada Eddy bagi memulakan perniagaan.
''Tetapi semua hancur kerana dia tidak pandai berniaga. Akhirnya saya yang merana kerana terpaksa menanggung hutang,'' katanya.
Namun mengenangkan jasa Eddy menolongnya dulu, Edda tidak keberatan untuk terus berada di sisi teman lelakinya itu.
Ditanya mengapa tidak berkahwin secara sah, Edda memberitahu teman lelakinya kerap mengelak daripada berbicara tentang itu.
''Sudah berbuih saya mengajaknya berkahwin tetapi dia hanya memberi alasan tidak cukup wang.
''Bukannya ibu bapa kami tidak tahu hubungan kami, malah kedua-dua belah pihak merestui dan mengetahui hubungan kami.
"Tetapi dia sering memberikan alasan tiada kerja tetap untuk menanggung saya,'' ujarnya.
Biarpun kedua-dua belah keluarga mengetahui hubungan tersebut mereka masih tidak mengetahui Edda dan Eddy tinggal bersama.
''Kini saya sering dihantui rasa bersalah. Malah setiap kali bersembahyang, pasti doa utama saya ialah untuk menyatukan hubungan kami,'' ujarnya yang mula berasa insaf dengan perbuatan tersebut.
Malah akuinya, dia terfikir juga untuk bernikah di sempadan bagi 'menyelesaikan masalah' tetapi dihalang oleh pasangannya.
''Entahlah sampai bila dia nak simpan saya ini, mungkin sampai ke tua agaknya, ''ujarnya dengan suara yang terketar-ketar.
Edda mengakui mengetahui batas dan hukum-hakam agama, tetapi kerana desakan hidup, dia merelakan dirinya diperbuat sedemikian.
''Saya bukan dari keluarga yang senang, lagipun adik beradik masih bersekolah, ibu pula sekadar pekerja biasa, setiap bulan perlu hantar duit ke kampung.
''Kadang-kadang rasa menyesal juga tetapi apakan daya perkara telah berlaku terpaksa teruskan sahaja,'' ujarnya yang mengakui ibu dan ayahnya bercerai ketika usianya 10 tahun.
Ditanya tidak takut jika hamil luar nikah, Edda mengakui setiap kali membuat hubungan kelamin mereka menggunakan alat pencegah kehamilan.
''Terfikir juga jika 'termengandung' tetapi setakat ini masih 'selamat','' ujarnya lagi.
Sementara itu, Eddy pula memberitahu, bukan niatnya untuk berterusan bersekedudukkan bersama Edda tetapi baginya masa masih belum sesuai untuk mereka berkahwin.
''Saya sayangkan dia sepenuh hati tetapi belum mampu untuk mengambilnya sebagai isteri," ujarnya bersahaja.
Katanya lagi, dia berhasrat untuk mengahwini buah hatinya itu secara sah pada suatu hari nanti.
Malah berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna suatu hari nanti.
Banyak lagi artikel yang bersangkut-paut yang anda boleh baca di SINI
6 Tukang Tembak:
kak azz....kalau kat IPT saya dah muak tgk kak...hehe
salam kak azz~
dah biasa dah... bg dorg dah xde ptang larang
mcm tu ler kat KL kak
eQ~> Jangan tengok je, kena buat ripot tu.... kang tak berkat belajar tu kang... hahaha... mandai2 je akak ni kann...
LP Lum~> Wassalam Linda... Tu la, dorang yg buat keje ni dah tak heran dah dgn dosa pahala... Apa nak jadi tak tau la... huhuhu....
Kapten~> Bukan kat KL je.... kat mana2 pon ada... Kdg2 kita tak sedar kat sebelah rumah kitapun ada yg buat keje ni...
Post a Comment