Assalamualaikum....
Kalau aku tempek gambar baju-baju kastemer yang telah "berjaya" aku siapkan boleh tak?? Tak boleh..?? Apsal lak tak boleh...?? Blog aku, suka hati aku la nak tempek gambar apapun... kannn.... Apa yang penting, aku tak tempek gambar-gambar tuuuttttttt.... muahahahaha...
Ni adalah sebahagian daripada baju yang sudah siap sepenuhnya. Kiranya kalau kastemer nak ambil, bila-bila masa je dorang boleh angkat pergi. Tapi sebelum angkat lari tu, kasi bayar dulu la bebb. Ada jugak kastemer yang dah ambil baju dia tapi belum bayar lagi. Dia kata dia nak telefon aku dulu sebab nak minta kurangkan harga huhuhu.... Baju tu emak aku yang tolong hantarkan kat rumah dia sebab mak aku selalu walkathon pagi-pagi keliling kampung. Kiranya sambil lalu tu, dia singgah la sekejap hulurkan baju tu. Dorang ni nak harga macam mana lagi entah la. RM75 untuk upah menjahit bagi 3 pasang baju kurung moden tak cukup murah lagi ke wehhh...?? Penat dowhh aku bersengkang mata, menahan sakit pinggang menjahit sehari suntuk...
Takmo cakap banyak laa... Kang kurang lak persen puasa aku hari ni. Tengok je la gambar ni. Tu pun kalau nak tengok la. Kalau tak nak tengok..? Apo nak dikato... Hancur hati dennnn.... =(
Aku kata: Kadang-kadang aku rasa macam nak tukar kerja je. Siapa perlukan pekerja, sila bagitau aku ehh... Acah je tu.... kehkehkeh...
6 Tukang Tembak:
75 ringgit nk mintak diskaun lagi?ckp la kat dia apasal tak mintak free je?
azz..lain kali..suruh dio buek sendiri..akak kek sini..dari 45 sepasang dah naik 3 hengget..jadi 48..tapi kek nilai la.kek somban akak tak ponah tompah laie..
kalau musim rayo ni akak tak tompah..akak boli siap yo..murah sikit..kalau musim kenduri ..nak pakai baju baru.ha..masa tu la akak tompah..kalau akak dok sebolah gumah azz..tak yah boli siap..boleh tompah kek azz..yo..dapek..pakai baju yang perkenan dihati..
boli baju siap ni..kono ikut saiz..kurang minat pun..kalau saiz sesuai boli gak..eh..panjang pulak..sory..he he..
...ckLah tak ada baju raya pun lagi. Entah beli entah idak nanti.
:)
Hatim> Kastemer yang sorang ni semua nak diskaun. Hari tu upah potong kaki seluar + jahit balik, pastu skali dengan potong dan kecikkan hujung lengan baju dia akak caj 6 henggetpon dia mintak kurang...
Nasib akak la kannn... T__T
Kak Erna> Uiisshhh... Kalau camni tahun dopan saya nak pindah Nilai laa.. Setahun lopeh tu boleh boli keto Myvi sobijik.. hehehe...
CkLah> Takpe.... Dekat2 nak raya nanti baru beli... Masa tu ada jualan lelong tu... Boleh beli 3 pasang sekaligus nnt... haha...
Post a Comment