Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, September 30, 2010

BERANGAN DI TAMPOI... =)

Assalamualaikum...


Pagi tadi ada pekan sehari. Macam selalu, aku tak pergi. Mak aku memang suka pergi tanpa aku. Apsal pulak camtu..?? Sebab kalau aku ikut sekali, dia tak boleh nak beli macam-macam. Ada je yang aku tak berkenan nanti. Jadinya dia akan tanya aku nak beli apa dan aku akan jawab beli je la apa-apapun... huhuhu...

Tapi tadi aku mintak dia belikan sepit rambut sebab sepit aku dah patah. Aku suruh beli satu je sepit tu, tapi dibelinya dua.. Suker... suker... suker... Mekasih mak... hahaha... Alaaaa... harga dua sepit rambut tu baru empat hengget.... kehkehkeh...

Pastu bila dia balik, akupun selongkar la tengok apa yang dia beli...
Hambekkk ko...
Dibelinya buah berangan...
Ni perli aku ke apa ni...
huhuhu...
Tak kisah laaa...
Janji buah berangan ni sodappp...
Mak aku rebus je...
Tak kuasa nak goreng dengan pasir bagai haaiihh...
Satu beg plastik ni harga dia cuma dua hengget...
Mahal ke..??
Okay la tu...
Nak murah pergi tanam sendiri maa.... =D


Lepas tu ada satu beg lagi berisi buah. Yang ni bertangkai lak...
Buah apa ni ehh...?
Mula-mula aku ingatkan buah sentul..
Memang yakin dah tu.... konpem buah sentul...
Tup-tup bila aku tanya mak aku ni buah apa...?
Dia kata buah tampoi...
Tak puas hati lagi ni... Tanya lagi..
Ye ke buah tampoi.?? Bukan buah sontol ke..?
Buah sontol tu lain.... Bosa sikit buah ehh...
Lama gak aku fikir buah sentul tu camner...
Maklum la, dah berabad tak jumpa dan makan buah tu...
Kecik-kecik dulu je selalu makan...
Pastu, baru la teringat....
Nasib baik la ingatan aku masih lagi kuat...
kehkehkeh...



Dan inilah rupanya buah tampoi tu ya adik-adik. Jangan risau makan buah ni. Takde bahaya langsung kecuali kalau makan dengan biji dia sekali... huhuhu... Ada ke patut sesetengah orang tu kata kalau siapa makan buah tampoi ni, dia akan masuk Hospital Tampoi... Dia tu yang sepatutnya duduk kat hospital tu... kann.... Gilerrr... =)))


Zoom in sikit biar jelas rupa bentuk buah tampoi ni. Jangan lak ada yang kata ni bawang putih sudah la ehh... ;p


Ehh.... mana lagi seulas..?? Mana lagi dia hilang kalau bukan masuk kat dalam kerongkong aku... Sodappp.... hahahaha...


Aku kata: Siapa tahu apa nama baru bandar Tampoi kat Johor tu..?? Tak tau ke..?? Ada jugak yang kena baling dengan buah tampoi ni kang... Apa daa... Itupun tak tau.. Nama baru Tampoi adalah.... cari la sendiri ehh... Malas nak bagitau... =D

2 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..memang sodap..akak selalu beli..manis..
akak ni..memang suka makan buah..tu sebab..ape saje buah yang manis..akak beli..

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna~> Sodap kan buah ni kak... Rasa tak cukup lak mak boli banyak tu yoo... Dah la buah ni susah nak jumpo.. hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »