Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, October 2, 2010

CERITA KOSONG: Tak payah bacapun takpe.. =D

Assalamualaikum....


Petang semalam aku keluar ke bandar beli barang...
Pergi pukul 2 petang...
Sampai pukul 3.20...

Aku temankan mak ke bank...
Mana kala kakak ipar aku buat urusan kat tabung haji..
Kena buat urusan masing-masing...
Tak boleh nak tertonggok kat satu tempat je...
Sebab masa terus berjalan...

Lebih kurang pukul 4 petang, semua urusan kaunter selesai...
Terus bergerak ke tempat buang duit... huhuhu..
Beli dan capai macam selalu..
Hujan la pulak kat luar...
Lebat lak tu... mujur sekejap je...
Macam la beli barang kat luar... =))

Pukul 5 petang dah siap membeli...
Sekejap je kan... hahaha...
Sebab orang tak ramai...
Kaunter lengang je..
Lagipun senarai barang memang dah siap tulis...
Tak perlu nak buang masa tercongok-congok berfikir nak beli apa...

Sebelum balik sempat beli kebab 4 ketul...
Seketul 2 hengget 70 sen...
Aku makan separuh ketul je... kongsi dengan mak...
Yang lain tu untuk orang yang kat rumah...
Konon-konon upah jaga rumah laa...
kehkehkeh...

Pukul 6.25 petang dah sampai rumah...
Punggah barang dan simpan... dan makan...
Dan bla.... bla... bla....

Pukul 9 malam tengok TV 3...
Citer Ahmad Durrah... Okay gak citer ni sebab ada Rusdi Ramli... =D
Mata dah mula mengecil... Badan dah terasa lesu..

Pukul 11.30 malam terus zzzzz.....
Sampai la pukul 3 pagi tersedar...
Anak kucing melalak....
Mak dia dah alih tempat lain, bawak yang 2 ekor tu...
Tinggalkan dia sekor-sekor kat situ...
Ketakutan agaknya tu...

Sampai saat ni bebi kucing tu masih lagi melalak...
Dah pukul 5.15 pagi dah ni...
Kesian dia...
Kesian kat aku gak laa...
Sebab sama-sama tak dapat tidur...
Poning kopalo den....

Ini yang sempat aku rembat. Kopak rm57.30sen.. Anak sedara aku yang darjah 3 tu siap cakap lagi... "Boleh ke indok buat manik macam ni..? Macam tak boleh je..." ... See the lutut laa... hahaha... hihihi... huhuhu...


Aku kata: Nak cari ibu kucing tu jap.. Nak bagi dia kuliah subuh sikit... Jangan pandai beranak je, tapi tak tau nak jaga anak tu... Babaiii....

4 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..poning la kepalo tu kang..tak cukup tidur..memang kono ajar sikit mak kucing tu..kalau dah pindah pun..bawak la sumo sekalai apasal ado yang ditinggalkan...

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

hehehe... see the lutut ar kan kak.. apa klas mau tunjuk2... ^.^

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna~> Memang poning kopalo ni kak... Jumpo dah kek mano ibu kucing tu bawak anak-anak ehh... Lopeh tu sambung tido balik.. hehehe...

~Kak AZZ~ said...

Lp Lum~> Wassalam Linda... Hehehe... See the lutut laa... Tak kan dapat see punya laa sebab lutut berkarat.... hahahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »