Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 22, 2010

RUMAH TERBUKA: Mulutpun kena la buka.. =D

Assalamualaikum...


Petang tadi jiran sebelah rumah aku buat rumah terbuka. Jiran aku ni memang tak pernah miss buat acara makan-makan sempena raya ni. Aku je yang selalu tak pergi walaupun rumah bersebelahan je. Entah laa... Kadang-kadang tu aku macam malas je nak menghadiri majlis-majlis macam ni. Mungkin sebab status aku. Dan mungkin juga sebab aku dah jemu dengan persoalan yang bertalu-talu. Maklum la, ramai orang yang datang masa rumah terbuka ni kan.. Kalau setakat jiran-jiran berdekatan, aku tak kisah sangat. Dorang memang dah tau situasi aku macam mana... Ringkasnya, aku tak suka peribadi aku disoal selidik... Bukannya aku nak jadi menantu dorangpun.... kannn... ;p



Tuan rumah kata kena baca Ya'asin dulu sebelum makan... :-)

Tapi petang tadi, aku hadirkan diri. Lagipun aku takde alasan untuk tidak menampakkan bayang. Kebiasaannya aku bagi alasan sakit perut, sebab memang aku sakit perutpun. Bukannya menipu buat-buat sakit perut tau.. Syukurlah jiran aku ni jenis yang memahami. Maklum la, aku bukan kenal jiran ni setahun dua, tapi sejak aku kecil lagi kami dah tinggal bersebelahan rumah. Sewaktu di Terendak Kem dulupun rumah kami sebelah-menyebelah. Bayangkan dah berapa tahun kami berjiran... Dan tidak pernah ada sengketa antara kami... Takde la macam jiran-jiran sekarang ni, terutamanya di bandar. Asal tegur sikit je kena tetak. Asal bising sikit je kena tembak... Patut la orang yang duduk bandar ni sentiasa panassss... Panas hati, panas baran, panas telinga, panas ponggong... huhuhu...


Menu tadi sangat-sangat mabelesss... Ada nasi impit, kuah lodeh, sambal udang, rendang, kuah dal, sambal kacang, lemang, kuih karipap, mee rebus paling sedap tahun ni dan nasi tomato serta bubur kacang.. Hambekk.. Mana satu yang ko nak terkam dulu... hahaha.. Aku seperti selalu ambil nasi impit dulu la. Makan dengan kuah lodeh, sambal kacang dan sambal udang. Aku ambil sikit je sebab mata dah mula menjeling mee rebus... ekekeke...

Mee rebus memang sangat sedap. Di masak oleh bekas menantu mak cik jiran ni. Walaupun anak lelaki mak cik ni dah meninggal, tapi hubungan dia dengan menantunya tu sangat baik. Suka aku tengok keakraban dorang tu.. Macam tu la sepatutnya hubungan antara menantu dan mertua.... kannn... ;p

Ini saja kisah untuk hari ni...
Cehh... Dah macam cerita bersiri lak...
ngehngehngeh...

Aku kata: Mudah-mudahan esok dapat la aku mulakan puasa sunat Syawal ni. Jangan la 'dia' datang balik... Siapa 'dia' tu..?? Biarlah rahsia.... muahahahahaha...

2 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

hehehe.. sy suka mam mee rebus.. best sekali... :)

Cik Azz said...

Lp Lum> Wassalam Linda... Mee rebus ni sedap kalau kena dgn kuah dia. Kalau kuah cair je, mmg tak sedap laa...

Mee rebus tadi mmg sedap sgt2... Kuah dah la pekat... nyummmm3.. ;p

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)