Assalamualaikum....
Rajin pulak aku update blog ni kan... Takde benda nak buat, so layan aje laa blog sendiri.. huhuhu... Sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat, tapi MALAS ya amat... haiiihhhhh... Jangan tiru perangai aku yang MALAS ni ya... Tapi kalau nak tiru pun takpe, bukannya selalu mood MALAS ni datang.... sesekali je... ngehngehngeh.....
Sebelum tu aku nak bagitau dulu la ehh... Aku ni sebenarnya kurang minat nak JAGA akuarium ikan ni. Suka tengok ikan kat dalam tu, tapi tak suka nak hiaskan akuarium tu macam orang yang betul-betul minat bela ikan... Maka, kalau korang tengok ada sawang yang setebal 2 inci kat sekeliling akuarium ni, korang buat-buat tak nampak aje la ya... =D
Dulu aku rajin jugak bela ikan pelbagai jenis dan jaga akuarium tu sekali. Namun bila semuanya asyik kojol je, aku jadi malas la pulak. Dah la harga semua ikan tu mahal, lepas tu mati camtu je, rasa rugi lak haiihhh... Akhirnya aku bela ikan puyu je. Itupun mati jugak. Daripada 10 ekor, tinggal sekor je yang hidup sampai la sekarang.. Ralat jugak la bila sekor puyu tu, badan dia dah melengkung dah menandakan betapa lamanya dia duduk dalam akuarium tu mati. Bila dah mati, nak makanpun tak sampai hati. Sudahnya bagi kat kucing je. Masalahnya, kucing kat rumah ni pon tak nak makan ikan puyu tu... So how...???
Akuarium ni saiznya agak besar tapi penghuninya ciput je... Kalau takde haruan tu, tinggal puyu sekor je kat dalamnya bermaharajalela...
Sekarang, akuarium ni dihuni oleh 4 ekor ikan haruan bersama-sama sekor puyu tu. Seronok nampaknya puyu tu bila dapat kawan baru. Ikan haruan ni sebenarnya ada 5 ekor, tapi disebabkan yang sekor ni asyik melompat keluar je, maka mak akupun ambik la dan buat gulai lomak cili padi... hahaha... Kini tinggal la 4 ekor sahaja haruan hasil pancingan anak sedara aku..
Dan siang tadi, sempat la aku merakamkan aksi si Popok yang sedang menskodeng ikan-ikan tu. Leka sungguh dia skodeng. Seronok agaknya jadi penskodeng ni ehh... ;p
Ikan haruan...
Aku kata: Rasa macam nak berhenti je dari melayari internet ni.. Tapi boleh ke...?? Macam dah takde mood je aku ni.... Haaiiihhhh...
6 Tukang Tembak:
akak..ikan puyu leen pelihara tecabut ekor tapi still idup lagi..
tapi dalam aquarium tu dia sekor je duk..
semangat idup dia kuat giler kak..huhu..
nama dia lulu..ekeke..tataw jantan ke betina
salam kak azz~
hehehe.. umah sy bela ikan kap.. dlm kolam... :)
Chekleen~> Tahan gak puyu tu kann.. Dia nak temankan Leen la tu... Tu yg semangat tu.. Pasni tengok ehh Lulu tu boboy or gegurl... ekekeke...
Lp Lum~> Wassalam Linda... Akak tingin gak nak bela ikan dalam kolam hiasan ni... tapi bajet nak buat kolam tu takde laa... huhuhu..
**Kalau bela ikan dalam kolam hiasan tu akak suka.... sangat2 suka... hehe..
tak taw la nak check cemane..uhuhu...
tu nla,tahan..lama dah idup tu
zaman leen budak2 lagi..
Chekleen~> Hahaha... Harap2 panjang la umur puyu tu kan.. =)
Ikan haruan dalam akuarium bertambah lagi sekor.. Besarrrrr pulak tu... Meriah akuarium akak skang ni... hikk...
Post a Comment