Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 28, 2010

TIPS MURAH DAN MUDAH UNTUK SAKIT MATA...

Assalamualaikum....


Korang ada bela anak kucing tak..?
Mata dia okay ke..?
Maksud aku, anak kucing tu takde terkena sakit mata ke..?
Selalunya anak kucing yang berumur bawah sebulan ni sering terkena jangkitan sakit mata..
Kadang-kadang tu sampai tak boleh nak buka mata...
Pastu kalau kita yang tolong bukakan mata dia, maka akan terpancut la cecair kotor tu dari mata anak kucing tu kan...
Pernah tak berlaku kat korang situasi macam ni..?


Dah makin kurang dah taik mata dia. Kalau tak, nak bukak matapun tak boleh...

Tak pernah..?
Hmmm.... Kasihan kucing-kucing tu...
Korang tau tak, kalau sakit mata tu dibiarkan berpanjangan, anak kucing tu boleh mati...
Sebab lama-kelamaan ianya akan menyebabkan hidung kucing tu berair...
Kiranya macam selsema laa...
Bila hidung dorang dah kena jangkitan selsema ni, macam mana kucing tu nak menghidu makanan... Kepalapun sentiasa panas je...
Sama juga macam kita kena selsema... Kepala berat je kan...
Pastu mesti hidung kita tu tersumbat....
Nak bernafaspun susah...
Betul tak..???
Dan selera nak makanpun berkurangan...
Asyik meleleh je, nak makanpun susah... Kang tak pasal-pasal ada pulak perisa tambahan... ekekekeke....

Sebab tu ada orang kata, kalau kita nak cepat sembuh dari selsema, kenalah selalu mandi dan basahkan kepala tu sekali.. Macam mandi hadas besar laa.... ahakkk...
Bukannya biarkan kepala tu berkerak dengan daki dan kelemumur...=D

Begitu juga halnya dengan anak kucing tu nanti...
Kalau dah takde selera nak makan...
Badan diapun akan lemah... lesu... tak bermaya...
Kadang-kadang nak jalanpun tak larat..

DULU, aku selalu perhatikan kucing yang terkena sakit mata ni...
Tapi masa tu aku tak tau nak buat apa...
Sekadar main lap je mata dia dengan tisu atau kain basah...
Sebab aku tak mampu nak bawa dorang pergi klinik...
NAMUN cara sebegitu kurang berkesan...
Akibatnya, banyak anak-anak kucing aku yang mati...
Yang mati tu comel-comel pulak tu... :'(
Kalau hodoh tu takde la aku kecewa sangat... ;p
Ehhh... Anak kucing memang selalunya comel.... kannn...
Hehehe...

Alololo... Cejuk ehh... Takpe, kejap je tu...

SEKARANG, aku selalu basahkan kepala anak kucing yang terkena jangkitan sakit mata ni...
Kiranya macam mandikan kepala dia aje laa...
Macam mandi style P.Ramlee... kihkihkih....
Nak mandikan seluruh badan dia, kesian pulak... nanti menggigil kesejukan...
Sedangkan mandikan kepala dia je pun, dia dah gelabah... hahaha...

Caranya: (Dah macam resepi lak haiihhh.... hahaha)
Mula-mula tu kena la buang dulu taik mata yang berselepet kat mata anak kucing tu...
Basuh muka dia dulu, biar senang nak korek taik mata tu....
Lepas tu basahkan kepala dia dengan sedikit air...
Jangan lupa, kelepetkan dulu cuping telinga kucing tu...
Kang masuk air lak telinga dia... dah jadi kes lain pulak nanti.... ;p
Kena basahkan selalu kepala dorang...
Asal ada je taik mata, korang terus mandikan kepala dorang tu..
Jangan tangguh-tangguh lagi...

Kan cantik mata tu tanpa taik mata... =)

ALHAMDULILLAH, sejak aku praktikkan cara ni, takde la lagi anak kucing aku yang mati sebanyak dulu...
Tapi kalau dah sampai ajal dia, mati juga la kan....
Namun, usaha itu perlu...
Tanpa usaha, bagaimana kita nak tau hasilnya...
Betul tak..??


Aku kata: Usaha itu tangga kejayaan. Namun jangan sesekali kita lupa, SIAPAKAH yang berada di balik setiap kejayaan kita itu.. TIDAK akan ada orang yang berjaya TANPA ada orang lain di sisinya walaupun cuma seorang.. Tak percaya..?? Percayalah.... :-)

5 Tukang Tembak:

~LP Lum~ said...

sm kak azz~

hehehe... kok rendam ngan air teh xboleh ke kak?? :)
mcm den selalu wat tuk mato sndri bila kena sakit mato... :)

kak Erna said...

azz..kak tak pona bolo kucing..dulu kat kampung ada lah..arwah bapak suka..
akak dan anak no.2 tak tahan ngan bulu kucing..

~Kak AZZ~ said...

LP Lum~> Wassalam Linda...

Tak tau la boleh ke tak rendam kepala kucing tu dgn air teh... Takut nnt kucing tu tak selesa je.. Teh tu kan kelat... Utk mata kita takpe la kott... ;p

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna> Kalau ikutkan mmg tak elok bela kucing ni kak sbb bulu dorang selalu gugur... tp nak buat cmner, kalau takde kucing kang banyak lak tikus dgn cicak yg berkeliaran... Lagi la leceh nak halau dorang tu... huhuhu...

Aljaffri Matt said...

Kucing bole baikkn mereka yg ada asma...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »