Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, March 18, 2011

BAHAYA BETUL LAA...

Assalamualaikum...

Bahaya betul laa...
Dengan keadaan tayar belakang yang dah koyak sampai melambai-lambai dah lapisan luar tayar tu.. Dengan muatan yang sarat, masih lagi boleh berada di atas jalanraya..

Nasib baik masa ni kenderaan tak banyak. Buatnya bersusun, larat ke nak membontoti lori balak ni..? Nasib baik jugak masa ni polis takde buat sekatan jalanraya. Kalau tidak, ketepi... ketepi... ketepi... kata pak polisi... Kiranya selamat kat situ...

Mungkin takde kedai tayar untuk pemandu tu menukar tayar tu kot. Ehh, lori ada tayar spare ke tak ehh..? Tak tau pulak aku... hehe.. Keretapun kadang-kadang ada yang takde tayar spare ni, kann... huhu.. Ye la, takkan la dia nak terus memandu dengan keadaan tayar yang macam tu. Diapun mesti fikirkan keselamatan diri dia jugak.. kann... Apa-apapun, semoga semuanya selamat...

video


Aku kata: Coooobaaaaaaannnnn....!!!

8 Tukang Tembak:

kakpah said...

wuih..bahayo tu. Ateh jalan rayo ni macam2 buleh terjadi.

eT said...

mmg bahaya...dia xperasan kot tayar camtuh...
xpon tunggu gaji baru nk p tukar..huhu

Cik Ina minat Do do Cheng said...

azz , bahaya betul kan.makcik kerja katt westport dah selalu nampak kejadian cam tu. itu kadang -kadang balik sampai, jem. tak de jalan lain lagi, terpaksa tempuh.

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah>

Tu la tu... Kito yg dok kek bolakang ni yang cuak... Buek ehh tobalik lori tu, adooiii... syiapalehhh..

~ Cik Azz ~ said...

eT>

Issshhh... Mana boleh tak perasan.. Mesti dia rasa lain je masa memandu tu, kann..

Tak payah la tunggu gaji baru nak ganti tayar tu. Jual je sebatang balak tu. Dapat la beli semua tayar baru... hehehe..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Memang bahaya la.. Mujur la jalanraya kat sini tak sibuk sangat.. Buatnya berderet2 kereta, mau keras bontot mengekor lori tu.. huhu...

kak Erna said...

azz..memang bahayo..selalu nampak macam tu..
semalam akak balik kojo..bas pulak..dah bosa..jalan jugak dongan tayar dah borapi api..ish2..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Kannn... Mentang2 la dorang bosa, main jalan je.. Dah tak amek kisah dah hal org lain.. huhu...

Apo akak tak rakam yoo gambar tu kak... Boleh buek bukti kok jadi apo2 kek bas dan penumpang dalam bas tu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »