Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, April 10, 2011

Betul ke dengki khianat itu budaya kita..? Kenapa..?

Assalamualaikum...

Aku baru je selesai menonton siri akhir drama Trilogi Cinta. Okay la ending dia sebab hepi ending. Takde la nak biarkan ending tu tergantung camtu je. Malas nak fikir kalau tengok cerita yang tergantung ni. Tengok drama untuk santai bukannya untuk berfikir sampai kerut-kerut jendol..

Lupakan pasal drama tu. Dah tamat dahpun... ngehngehngeh..

****************************************

Seminggu lepas aku dapat sms dari seorang kawan aku. Disebabkan aku agak sibuk, aku terlupa untuk membalas sms tu. Semalam aku baru teringat pasal sms tu dan terus je aku call dia. Namun panggilan aku tu tak berjawab.

Petangnya, dia hantar sms dan minta maaf sebab tak jawab panggilan aku tu. Takpe la, aku sekadar nak bertanya khabar je. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia telah ditimpa musibah. Mungkin dia nak berkongsi akan kesedihan dia tu. Takpe la, aku sedia mendengar. Tak rugi apa-apapun jika menjadi pendengar setia akan permasalahan orang ni..

Dia bagitau yang perusahaan ternakan ikan keli dia bersama abang dia tu kena khianat. Habis semua ikan keli tu, baik yang sepanjang 5 inci hinggalah yang seekor sekilo tu mati. Terduduk abang dia bila tengok semua ikan tu terapung je.

Yang dia sedih sangat tu ialah pasaran untuk ikan keli dia tu dah stabil. Kiranya dia dah ada pembeli tetap la. Lagipun ramuan untuk makanan ikan tu dia yang cipta resepinya. Dia tak nak la menuduh sesiapa sebab tak tau siapa dalang di sebalik semua tu.

Menurut kawan aku tu, dalam tangki simpanan air untuk supply air ke kolam keli dia tu ada bangkai ular. Lepas tu saluran polypaip yang dorang pasang dari atas bukit tu kena cabut padahal kat situ ada lagi polypaip untuk ke kolam orang lain. Ditambah lagi dengan air kolam yang berwarna merah sedangkan air kolam orang lain cantik je macam biasa. Dan macam-macam lagi perkara lain yang menjadi kemusykilan.

Akupun tak tau nak kata apa la kan. Aku cuma sekadar menyabarkan dia. Moga dia dan abang dia tidak putus semangat. Tapak untuk kolam ikan tu dorang sewa. Lepas tu kolam tu dorang tengok waktu siang je. Kiranya waktu malam takde siapa yang jaga kolam tu. Lagipun dia duduk jauh dari situ, amat mustahil la kalau dia nak tengok kolam tu bila malam. Mungkin orang yang khianat tu buat kerja waktu malam la. Bukan la nak menuduh namun segalanya berkemungkinan.

Kawan aku tu sebut juga, mungkin orang dalam yang buat kerja tu. Tapi seperti yang aku kata tadi la, bukan nak menuduh. Kadang-kadang firasat hati kita ni betul juga. Cuma bukti je yang takde untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Jika benar keli tu mati dek perbuatan khianat, moga si pengkhianat tu mendapat imbuhan yang sewajarnya. Hari ini kita aniaya orang, esok lusa orang pula akan aniaya kita. Tunggu dan lihat aje la pembalasan dari DIA. Hari ini ko boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang, namun esok lusa mungkin ko akan terus rebah menyembah bumi atas sumpahan dari mereka yang ko aniaya..

p/s: Mudah-mudahan golongan yang teraniaya ini akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang...

18 Tukang Tembak:

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
ct rasa semua manusia ada perasaan dengki ni..cuma mcm mana as a muslim, kita tanganinya...ct pernah terdgr dlm ceramah, ustaz kata doa org teraniaya lagi cepat dimakbulkan..semoga kita xdigolongkan org yg mempunyai perasaan dengki itu...

nur hafiza rahsid said...

kalau betullah orang yang khianat.jahat takde hati perut betul*emo*
semoga kawan kakAZs tabah hadapi hari mendatang

Tijah said...

biasanya takde keje org lain. yg dengki tu misti org yg dekat2 jugak tu.

cik aletheea : said...

kesiannya.....
banyakkan doa dan sabar...
doa org teraniaya nie makbul

kakpah said...

hasad dengki ni penyakit yang tak pernah pupus..

Angah said...

kalau betul kawan cik azz di di khianati, Allah akan membalas setiap perbuatan org yang buat aniaya tu. pada kawan tu suruh dia banyak bersabar dan muhasabah diri...

kak Erna said...

azz..memang tak boleh tengok orang lain senang.begitulah salah satu dari sifat ornag yang dengki khianat ni azz..

~ Cik Azz ~ said...

CT>

Waalaikumussalam CT.. Ye la kan, dah namanya manusia, mesti ada rasa dengki tu.. tak banyak, sikit mesti ada punya la.. Tapi kalau dah sampai mengkhianat orang, tu dah kes lain dah tu. Kalau tak dikawal, mungkin boleh menjerumus ke arah sakit jiwa..

Mudah2an makbul la doa mereka yg teraniaya ni...

~ Cik Azz ~ said...

Nur Hafiza Rahsid>

Sebab takde hati perut la tergamak dia buat camtu kat kawan akak tu..

Amin.... atas doa Fiza tu.. Macehh ya.. =)

~ Cik Azz ~ said...

Tijah>

Kann... Tu yg susah nak jangka tu.. Musuh dalam selimut.. Gunting dalam lipatan...

~ Cik Azz ~ said...

cik aletheea>

Harap2nya begitu la.. Kesiah bila semua habis sekelip mata..

Dugaan datang tanpa kita duga, ya tak..?

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah>

Boto tu... Ponyakit yang tak ado ubek ehh molainkan kalau boto2 beriman..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Entah la.. Susah nak kata dia kena khianat ataupun tak.. tapi bukti2 yg dapat dilihat tu ada dah..

Harap2nya dia dgn abang dia mampu terus bersabar dan bertahan..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu la ponyakit yg susah nak diubati kak.. Asal tojago yoo, tontu dio terus fikir cmner nak kono an org.. Ontah2 sampai tobawak2 kek dlm mimpi..

Bahayo boto kok ado kawan macam ni... syiapalehh...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

cian, orang ni tak boleh orang lain senang sikit.nak sabotaj kot.tapi tak pe doa orang yang teraniaya cepat dimakbul tuhan.

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Kann.. Apa agaknya yang dorang dapat bila buat kerja2 kotor macam ni.. Mungkin dapat kepuasan la.. Tu yg pakat2 nak jadi setan tu... sbb setan tak pernah rasa puas selagi dia tak menyesatkan umat Islam...

Mudah2an makbul la doa kawan2 semua...

KELI OH KELI said...

wah..kamu ada sebut ttg ikan keli..jadi saya berenanglah ke blog kamu ini..salam ukhwah!

~ Cik Azz ~ said...

Keli oh Keli>

Hahaha... Jauh kamu berenang ya... Tentu penat ya tak.. =)

Salam ukhuwah jugak utk Keli.. Bisnes camner..? Okay ke...? Harap2 okay la ya...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »