Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, May 1, 2011

Sakit betul hati aku...

Assalamualaikum....

Sakit betul hati aku...
Geram sangat-sangat...
Kalau ikutkan hati, mau aku carutkan aje...
Tapi tak elok pulak cakap carut-mencarut ni..
Sudahnya, zip aje mulut macam gambar kat bawah ni haa... huhuhu..


Mula-mula blender rosak. Nak beli baru masa pergi bandar hari tu tak sempat sebab hari dah petang. Kedai kat bandar tutup pukul 6 petang. So, semalam adik aku pergi beli tiket keretapi anak dia, terus mak aku ikut sekali dan beli blender baru. Selesai satu masalah. Rabak 130 hengget... Cisss....

Sebelum tu mesin basuh rosak jugak. Tak tau apa masalahnya, tiba-tiba je air tak nak bertakung. Bukak paip air kat atas, terus je air tu keluar kat bawah. Kalau air tak boleh nak bertakung, camner mesin tu nak berpusing..? Adoii, tension betul aku. Terpaksa basuh baju dengan tangan. Dah la pinggang ni sakit gara-gara banyak berjalan kaki masa kat bandar hari tu. Tu yang aku malas sangat nak keluar tu. Baik duduk rumah je...

Dah banyak kali aku suruh abang aku pergi kedai yang boleh repair mesin basuh ni tapi dia buat tak endah je. Geram betul aku. Menyirap darah aku...


 Lagi menyakitkan jiwa bila tengok banyak taik ayam bersepah-sepah kat lantai kaki lima dapur. Satu hal pulak nak mencuci lantai tu. Belum sempat lantai kaki lima tu kering, dah ada taik baru. Mana la aku tak hangin. Reban baru je buat, tapi ayam tu dibiarkan bebas ke sana sini. Membazir duit je buat reban tapi tak digunakan. Kalau ikutkan hati aku, mau je aku pelangkung ayam-ayam tu...

p/s: Gerammmmm..... =)

**Rupa-rupanya ada duit syiling 50 sen tersekat kat lubang air keluar tu.. Lain kali kalau siapa yang ada masalah macam ni atau masalah air takmo keluar, periksa dulu kat bahagian lubang air keluar tu.. Kalau tak sia-sia je hantar kedai dan kena caj mahal.. Bukak penutup/cover kat belakang mesin tu baru boleh nampak. Mesin aku ni kena caj 10 hengget je.. Kiranya macam caj upah orang tu datang dan tengok apa masalah mesin tu je.. Selamat.. hahaha...

4 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..memang tukang jahit yang suprb la..boleh jahit zip kek mulut..he he
azz..buek apo dipelangkong ayam2 tu rugi..lagi elok sembolih.lopeh tu buek rendang..lagiiiii sodap...hati pun pueh..sobab..nak lopeh han goram..kunyah2 dio..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Hahaha... Kalau la boleh lotak zip kek mulut, mmg sy buek dah kek mulut sapo2 yg kuek mengato tu kak.. Biar dio tokial2 bocakap guno tangan cam org bisu... huhuhu..

Ayam ehh dah tuo kak.. Kok buek ghondang mau sehari suntuk dok ateh dapo.. Liat dah daging ehh... hehe..

Mambang Terbang said...

jgn pelangkung ayam2 itu kakazz, kasi panggang je...kehkehkeh, mambang gurau2 je, bersabar lah ye,pasti ade hikmahnye :) follow mambang balik ye nnti..peace :)

http://violencexx.blogspot.com/

~ Cik Azz ~ said...

Mambang Terbang>

Ahahaha... Tak kira.. Nak jugak pelangkong ayam2 tu... =)

Thanx ya follow... peace yooo...:-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »