Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, May 2, 2011

Tempek aje la selagi boleh... kehkehkeh...

Assalamualaikum...

Tempek gambar lagi.. 
Tempek aje la selagi boleh... kehkehkeh...
Kalau suka tengok, tengok aje la...
Kalau tak suka tengok, pergi main jauh-jauh... 
Hahaha...

Sebenarnya dari hari tu lagi nak letak gambar ni. Tapi banyak sangat halangan yang mendatang. Takpe la, gambar ni kalau simpan lama-lamapun bukannya basi.. ngehngehngeh....



Hari tu dah buat resepi ni tapi guna acuan lain. Kali ni cuba gunakan acuan kuih lompang pulak. Kecik sikit saiz dia. Bila saiz kecik, dapat la banyak sikit kuih tu. Bila kuih tu dapat banyak, maka dapat la agih-agihkan kat jiran sorang sikit. Sekadar untuk bagi dorang merasa je. Bukannya nak buat promosi untuk tempahan. Aku tak layak lagi nak masak-masak secara serius ni. Sekadar suka-suka je ni... =)

Buruk je rupa dia. Aku kalau bab menghias kuih ni memang fail la... hahaha...

Yang ni bagi kat jiran kiri, kiri dan kanan. Jiran depan rumah dah bagi masa pestaim buat dulu...

Lepas tu, aku buat lagi agar-agar roti ni. Tengok roti terbiar je kat atas meja tu takde orang makan, maka akupun rembat la 7 keping...


Mula-mula tengok macam takde orang je nak makan agar-agar ni. Pastu berkira-kira la nak bagi kat jiran depan rumah sebab cucu dia ada balik. Budak-budak mesti suka makan benda-benda macam ni. Tup-tup tengok dah tinggal semangkuk je. Ehhh.. Ada jugak orang yang makan agar-agar ni. Alhamdulillah la kan.. Tak jadi la nak bagi jiran tu... hehe...

p/s: Cuti-cuti ni korang pergi mana ya..? Aku duduk rumah je melayan perut... ahakkk...

8 Tukang Tembak:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

azz cemburu makcik.sedapnya tu.kalau jiran mesti makcik dah dapatkan. kenapalah azz buat menjadi, kalau makcik jadi leper.oooo geram

Acik Erna said...

azz..ari ni kito samo..dok rumah melayan porut..macam2 masak..sampai kembung..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Hehe.. Kena la jadi jiran sebelah rumah baru senang nak bagi..

Apam ni adunan dia kena pukul sampai betol2 kembang.. Kalau tak memang dia tak naik sangat...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu la tu... Makan yo kan.. Rezeki ado, syukur....

Angah said...

alaaaa jeles la...asik tunjuk makanan je...nanti pos kat angah sikittt..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Dah habis dah pun makanan ni.. Nak pos camner... Pos acuan dia je la... kehkehkeh...

APAN said...

harap2 si sia nanti dpt la masak gini gak...
huhu...

cam sedap je tu... :)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Siapakah si dia itu..?

Hehe...

Entah2 si dia tu lagi terer dalam masak memasak ni.. kalah chef agaknya... =)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »