Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 3, 2011

Mayday...!!! Mayday...!!!

Assalamualaikum....


Somebody please help me..!! Please...!!

Laaa... Tak faham English rupanya... hikk....

Tolong..!!! Tolong..!!!

Ada tak sesiapa yang boleh tolong saya...?
Tolong laaa.... huhuhu...

Beberapa hari lepas ada sekor kucing aku terperangkap kat atas siling bilik jahit aku ni. Tak tau la kat celah mana dia ikut, tup-tup aku terdengar bunyi mengiau je. Puas aku cari-cari kat bawah tapi takde pulak nampak kelibat kucing. Lepas tu akupun melangut la kat atas dan terus ternampak kepala kucing tu terjulur kat lubang tu. Muka dia dah macam keletihan serta kepanasan dengan lidah terjelir. Gambar kucing aku tak sempat nak ambil, sebab tengah kalut cari jalan untuk selamatkan dia.

Cerita pasal siling yang melopong tu ada kat sini ya. Mula-mula melopong sikit je. Sekarang dah habis satu keping siling tu jatuh. Sampai sekarang tak berganti lagi. Mana dengan siling yang kotor gara-gara bumbung bocor lagi... huhuhu...


Berbalik pada kisah kucing yang tak reti nak turun tadi...

Akupun panggil la abang aku untuk tolong turunkan kucing tu. Maka abang akupun ambil la tangga dan panjat. Mula-mula dah dapat cekup dah tengkuk kucing tu. Tapi kucing tu macam takut je dan dia mencengkamkan kuku dia kat siling tu tak nak bergerak. Mungkin dia gayat bila tengok kat bawah agaknya, tu yang dia tak nak bergerak tu.

Lama-lama abang akupun fedap jugak la. Tarik-tarik tak nak bergerak. Diapun takut jugak kalau-kalau kucing tu jatuh kat atas muka dia sebab tangga tu tak tinggi sangat untuk dia tangkap kucing tu dengan dua tangan. Sudahnya abang aku cakap, lantak dia la.. Kang pandai la dia terjun.. Huhuhu...


Masalahnya sekarang aku la yang tak sedap hati. Buatnya kucing tu mati kat atas siling tu, camner nak buang bangkai dia nanti..? Dah la kucing tu tengah peknen. Asyik peknen je la yang dia tau... hahaha..

Lama-kelamaan, akupun dapat la satu idea. Akupun ambil la sekeping papan kat dalam reban ayam dan aku letakkan kat atas tangga tu. Korang tau tak...? Papan tu jugak merupakan tangga untuk ayam aku naik dan masuk kat dalam bekas untuk dia mengeram... huhuhu..

Lepas dah letak papan tu, akupun panggil la kucing aku tu. Gapil.. Gapil... Cepat la turun.. Tapi dia tak nak turun jugak. Dia dok mengiau je kat atas tu sambil buat muka kesian. Lama-lama akupun hangin jugak la. Tak menjadi kerja aku hanya nak selamatkan dia. Sudahnya akupun cakap macam yang abang aku cakap tadi.. haha...

Aku biarkan papan dan tangga tu kat situ sampai malam. Aku tak tau la masa bila Gapil tu turun tapi aku macam terdengar bunyi papan tu kena pijak secara laju. Keesokannya, aku tengok si Gapil dah ada kat luar dah. Dah selamat turun dah dia. Lepas tu baru la aku letakkan balik papan tadi kat dalam reban ayam. Sian pulak ayam tu nanti takde tangga nak naik kat sarang dia... kehkehkeh....

Begitulah kisahnya menjadi seorang penyelamat. Nak jadi penyelamat ni kena berfikir dengan pantas. Tak boleh nak kelam kabut ataupun gabra tak tentu hala. Kena la maintain cool... hehehe...

p/s: Jangan gunakan perkataan mayday tu dengan sesuka hati tau.

Mayday is an emergency code word used internationally as a distress signal in voice procedure radio communications. It derives from the French venez m'aider, meaning 'come help me'.

8 Tukang Tembak:

anymz said...

pergghhh..samo lak akak suspen baco entri hari ni siap dobar2 dado ni hah..hehe

~ Cik Azz ~ said...

anymz>

Hahahaha... nasibb baik jantung tak tokoluar dek dobar2 punyo pasal...

kakpah said...

haha.. puehlah kau melayan kerenah kucing kau tu yo.

►AdamXis◄ said...

assalam kak azz...macam mana boleh naik kat atas tuh?pelik saye...huhuhu, pandai kak azz buat jambatan...hehehe.syukur laa dpt turun sendiri...huhuhu.kurung jangan tak kurung...nakal sgt tuh

Terbaru►100Penulis : Kalau saya seorang pengarah filem

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah> Osah ehh la kak.. Lotih dibuek ehh... huhuhu...

~ Cik Azz ~ said...

AdamXis>

Waalaikumussalam Adam...

Mungkin dia ikut lubang kat mana2 agaknya tu.. Tp bila nak keluar tak jumpa lubang tu, tu yg dok mengintai kat siling yg melopong tu...

Biasa la, selalu tengok CSI, tu yg dapat idea tu... kehkehkeh... Ni kucing kampong, takde maknanya nak kena kurung... Lagi letih nak jaga...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Azz mayday tu cam makcik pernah dengar je. tu bukan time orang perang sebut.

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Ha'ah... Selalunya disebut taim kecemasan.. Kalau kapalterbang nak terhempas atau ada kerosakan, pilot akan sebut camtu la..

Sy ni tengok kat tv jugak ni... hehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »