Assalamualaikum..
Tahniah orang USJ sebab dapat TOXO.. :)
Kenapa pulak tahniah..?
Tetiba je kan...
hehe..
TOXO tu apa pulak...?
Takde kena-mengena dengan TOYO ya..
Huhuhu...
Aku tengok berita kat TV3 tadi..
Walaupun ada segelintir orang yang panggil TV3 suku.. (jahat mulut dorang tu..)
Berita tu kata taman perumahan, taman terbiar dan hutan kat USJ tu telah menerima pelepasan 200 ekor nyamuk jenis TOXO iaitu 100 ekor nyamuk jantan dan 100 ekor nyamuk betina. Ini menunjukkan bahawa kawasan USJ tu memang habitat pembiakan nyamuk aedes... Orang USJ jangan marah haa... huhuhu...
Menurut berita tu lagi, nyamuk TOXO dilepaskan adalah untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes sebab nyamuk TOXO ni akan memakan nyamuk aedes tu. Nyamuk TOXO ni jugak dikatakan tidak membahayakan manusia dan kita tidak perlu merasa bimbang jika terkena gigitan nyamuk TOXO ni. Masalahnya, macam mana kita nak kenal rupa nyamuk TOXO ni ya..? Kang tetiba tertampar pulak nyamuk TOXO ni, dah rugi dah sebab katanya kajian untuk menghasilkan TOXO ni agak mahal. Tambahan pulak jangka hayat nyamuk TOXO ni tak lama iaitu dalam lingkungan 28 hari je. Maaf la kalau salah info sebab aku dengar sekali lalu je berita tu tadi. Kalau nak tau lebih lanjut, kena la tengok berita malam nanti... :P
Kajian tentang nyamuk TOXO ni telah dilakukan di USM. Aku tak sempat pulak nak tengok nama orang yang bagi penerangan tentang TOXO tu tadi... huhuhu.. Aku tanya jugak pakcik google tentang TOXO ni, tapi takde yang bertepatan.. Cuma ini je yang boleh digunapakai.. agaknya laa...
Kalau betul nyamuk TOXO ni berjaya mengawal pembiakan nyamuk aedes, boleh la lepaskan barang 300 ekor kat sini... hehehe... Walaubagaimanapun, aku doakan agar usaha mereka yang buat kajian tentang TOXO ni akan berhasil dengan jayanya.
p/s: Mana yang baik tu kita sokong. Mana yang buruk tu kita bako aje... kehkehkeh... Tak payah la beria-ia nak jadi batu api sebab kat sana nanti kita sendiri yang akan jadi bahan api tu..
8 Tukang Tembak:
macam kan azz..kito mbako yo lah..he nhe
kalau ada org upag aku sejuta... aku nak gak g tangkap nyamuk kat sana
kek area rumah akak ni pun banyak nyamuk edis. selalu donga orang domam denggi.
kat kerinchi ni juara kes denggi
Kak Erna>
Kito bakar kek je la kak... hehehe...
Aimi dan Pakcik Hashim>
Ko nak tangkap nyamuk apa...? Nyamuk aedes tu ke..? Or nyamuk toxo tu...
Sejuta tu upah untuk baper ekor nyamuk tu Fatt... hehe..
Kak Pah>
Kek sinipun kak.. Kdg2 org yg duduk kuarters klinik tu yg kono denggi.. Abeh tu, kalau dah kuarters tu somak samun kek bolakang ehh, cmno lak nyamuk tak banyak... kann...
Angah>
Uiishh... ye ke..? Kena la mintak pelepasan nyamuk toxo tu kat sana pulak..
Hati2 la ya...
Post a Comment