Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 8, 2011

Kenapa suka sangat tidur kat rumah kawan..?

Assalamualaikum...

Kenapa suka sangat tidur kat rumah kawan..?

Ini merupakan satu fenomena yang sudah dianggap terlalu biasa di zaman kini. Ada ibubapa yang memang tak suka dengan situasi begini namun terpaksa akur dengan kehendak anak-anak dan ada juga ibubapa yang tak kisah langsung jika anak mereka bermalam di rumah orang. Kalau sayangkan anak, jangan dibiarkan anak tu keluar selalu, apatah lagi bermalam di rumah orang.  Jangan bila dah berlaku sesuatu yang buruk, baru nak melenting marah sana sini.. Dah takde pekdah dah..

Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa nak pergi tidur kat rumah orang? Tak kira la samada orang tu dah lama dikenali atau baru je kenal setahun dua. Tak seronok ke tidur kat rumah sendiri? Tak selesa ke tidur kat rumah sendiri? Samada rumah tu buruk atau cantik, panas atau nyaman, ianya tetap rumah kita jugak, kan.. Ataupun mungkinkah kita rasa terkongkong bila berada di dalam perhatian keluarga? Di mana letaknya perumpamaan rumahku syurgaku jika kita sendiri rasa panas sepanjang berada di rumah tu..? Ataupun, mungkin rumah tu memang dah macam neraka, itu yang terpaksa mencari syurga kat luar...

Hmmm, kalau beginilah pemikiran kita, sampai bila-bilapun institusi kekeluargaan akan terus menjadi semakin pincang.. Dan bila kepincangan ini sudah tidak terkawal, mulalah nak salahkan kerajaan, salahkan pembangunan. Kepala hot** ko.. Tak habis-habis nak salahkan pihak lain.. Salah sendiri tak nak pulak ko ukur...

Ada jugak jenis manusia yang tidur kat rumah orang tapi tetap bawak perangai buruk dia. Kalau dah tidur kat rumah orang tu, pandai-pandai la ambil hati mak bapak kawan ko tu. Tolong-tolong la mengemas bilik ke, mengemas dapur ke, tolong masak ke.. Jangan la sepanjang hari asyik mengadap game je.. Ni tak, dah la bangun pagi pukul satu tengahari, subuh tah ke mana lesapnya, lepas tu boleh pulak masuk dapur dan bawak makanan tu masuk kat dalam bilik. Alasannya, segan nak makan kat dapur tu..

Helloooo, ko ingat mak bapak kawan ko tu tak menyirap ke darah dorang bila tengok perangai buruk ko tu..? Anak dorangpun tak pernah nak bawak makanan masuk dalam bilik tidur, tup-tup bila ko datang kat rumah dorang, ko ajar benda yang tak senonoh macam ni.. 




Bila berjauhan dari keluarga, masing-masing akan berkata, rindu kat mak bapak laa... Rindu kat adik beradik laa... Rindu kat rumah la.. Tapi bila dah berada bersama keluarga, mula la berkata, bosan laa, boring laa, tensen laa, dan seterusnya mencari pelbagai alasan untuk keluar dari rumah tu. Selalunya alasan yang diberi adalah nak buat kerja sekolah ataupun assignment secara berkumpulan padahalnya haremmmm...

Apa punya perangai daaa... Apa perasaan korang jika adik beradik korang pulak yang kata bosan dengan korang..? Mesti korang akan terasa habis, ya tak..? 

Aku tak berapa suka nak bermalam kat rumah orang kecuali rumah adik beradik sendiri. Itupun tengok sebab jugak kenapa perlu bermalam kat rumah dorang tu. Mungkin sebab itu aku selesa duduk kat rumah je dan keluar jika perlu sahaja sedangkan ada orang lain yang rasa bagai nak gila jika tak dapat keluar barang sejam dua. Asalkan ada tv, radio, internet kat rumah ni, itu dah mencukupi dah untuk aku.. Opkos la kena ada makanan jugak, dan sekor dua kucing untuk aku buli... kehkehkeh...

Pandai-pandailah kawal nafsu. Jangan sampai nafsu yang kawal kita. Kalau dah bosan sangat, baik tidur je.. Tapi kalau hari-hari asyik bosan je, baik ko jangan jadi manusia laa.. Aku pulak yang bosan dengan orang macam ni... Cemuihhh haaiihh...

p/s: Siapa yang makan cili padi, dia la yang rasa pedasnya.. :P

14 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

selama 28taun den idup.. den xponah sekalipun tido umah mber2 den.. umah sedara pun sbb poie umah dio.. ^^

Unknown said...

tak suke tido umah membe, baik tido umah sndiri, tentu2 selesa :P

Anonymous said...

oleh kerana dulu selalu tggl sorang2 kat umah sebab family duk kat kampung,, selalu jugak moon tido umah member tapi dia pun tggl sendiri gak... tido kat umah member yg tggl ngan family memang x penah lagi ar...huhuhu...

miss ct said...

Assalamualaikum..
ct tidur rumah kwn..bila kena wat assigment.. segan je tidur kat rumah kawan kan...

alepridz said...

assalam kak azz...
actually masa alep kecik-kecik dulu pun suka tido rumah kawan..
mmg betul pergi sebab nak maen game...
kat rumah alep buhsan sebab takda PS...

tapi alep takder la sampai nak makan dalam bilik... kurang ajar namanya tu... haha...

**tapi sekarang ni dah berjangkit kat adik pulak suka tido kat rumah kawan... adoiyai...

alep takut jugak kalau dier buat kerja tak berpaedah kan...

mama selalu bising pasal ni..
"dah tak reti-reti balik rumah dah ker??"

hadoiyai...

Aefa Aerisya said...

aefa xpernah tido umah kawan. tido umah sedara mara pun jarang. tido kat umah sendri lebih selesa kan huhu

Acik Erna said...

azz..zaman akaka dulu kan main susah nak tidur rumah kawan..arwah bapak akak tak bagi lansung.

Cik Azz said...

LP Lum>

Waalaikumussalam Lynda..

Okay la tu.. Kita tidur rumah orang kenalah ada sebab yang kuat..

Akakpun pernah gak tidur rumah kawan sbb pergi rumah dia kat Kelantan sana.. Takkan nak balik pulak, kan.. Lain la kalau dekat... :P

Cik Azz said...

Ainina Jelani>

Ye la, sbb kat rumah sendiri ada bantal bucuk.. Tak kan nak bawak bantal bucuk tu pergi rumah orang, malu la rahsia terbongkar nanti, kan...

kehkehkeh...

Cik Azz said...

Moon>

Kalau macam tu takpe la sebab jadikan kawan tu sebagai peneman.. Asalkan jangan buat aktiviti yang melencong dari tujuan asal dah la... huhu...

Cik Azz said...

Miss CT>

Kenapa nak segan lak? Apa yang penting, kita kena tau tujuan asal kita tu utk apa.. Jangan la kata nak buat assignment, tp benda lain yang kita buat.. Tu yang salah tu.. huhuhu..

Cik Azz said...

Alepridz>

Tu dah kira masalah gak tu sebab pergi rumah orang semata-mata nak main game.. Kalau pergi takat hujung minggu tu okay lagi.. Tapi kalau pergi setiap hari tu, mau menyirap agaknya darah mak bapak kawan ko tu.. Habiskan bil letrik dorang je... hahaha...

Ko kena la pantau adik ko tu.. Ya la, sbb sekarang ni macam2 hal boleh berlaku.. Kalau dia balik rumah, periksa2 la apa yang patut kat dalam beg atau poket seluar dia.. Beringat sebelum kena, kan..

Cik Azz said...

Aefa Aerisya>

Bagus la kalau macam tu.. Lagipun kalau tidur kat rumah sendiri, takde la rasa terkongkong.. Kalau rasa lapar je, anytime boleh masuk dapur dan makan.. Kalau kat rumah orang, kan segan jadinya.. Nanti tak pasal2 kena gastrik lak.. hehe..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Samo la kito kak... Omak dgn abah sey lagi susah nak bagi kitorang tido kek rumah orang..

Macam takdo ghumah sendiri yoo.. kato ehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)