Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka puasa hari kedua...

Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari kedua...

Menu berbuka untuk hari ni yang baru je aku masak.. 
Nasi goreng cina dan ayam goreng kentang..
Kentang mesti ada.. haha...

Sempoi aje menu aku ni...
Maklum la, aku ni orang kampung... 

Syukur alhamdulillah...
Masih ada rezeki dari Allah...
Moga ada juga rezeki untuk anda di luar sana..

Nasi + sikit daging + sikit mix vege + 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah. Tumiskan kedua bawang dan masukkan hirisan daging + mix vege + nasi.. Kacau-kacau dan buatkan lubang kat tengah untuk pecahkan telur seperti dalam gambar. Pastu kacau lagi biar sebati dan masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa..

Inilah hasilnya.. :)

Ini pulak ayam goreng kentang..Tumiskan 10 biji cili api yang ditumbuk bersama 2 ulas bawang putih dan seketul halia. Kemudian masukkan ayam dan biarkan separuh masak. Lepas tu masukkan kentang dan biarkan kentang empuk baru dimasukkan hirisan sebiji bawang besar. Masukkan sedikit serbuk lada putih + satu sudu sos tiram dan sedikit kicap manis...

p/s: Berlalu sudah ramadhan kedua... Moga panjang umur untuk meneruskan ramadhan yang berikutnya..

18 Tukang Tembak:

cik aletheea : said...

banyaknye nasi goreng tue cik azz, tuk brape orang tue....

~ Cik Azz ~ said...

Cik Aletheea>

Kat rumah ni ada 3 orang.. Pastu ada anak buah kat rumah dia.. Nnt kalau dia datang sini, dia makan la nasi tu..

Banyak ke..? Rasanya ni untuk 4-5 orang makan ni.. Itupun kalau sekali trip... hehe..

Acik Erna said...

Azz..samomla kito orang kampung..bilo pulak akak jadi orang bando..ha ha..sesamo la kito..menu sempoi yo kan..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Kampung kito sobolah yoo kan... sobab tu menu kito lobih kurang samo yoo.. hehe..

cik AF said...

tak kire tak kire nak bukak pose dgn kak azz jugak :P huhu

kat sini makan roti je :(

takpe , Alhamdulillah :D

Miss Lalunn said...

kenyanggg , mesti besh ni . hehehe

~ Cik Azz ~ said...

Cik AF>

Nak berbuka sama akak ehh..

Mehh la singgah sini selalu.. hikk...

Roti tu bnyk jenis.. roti canai ke roti kering... haha... Apapun, rezeki la jugak tu kan... Kena bersyukur selalu... alhamdulillah...

:P

~ Cik Azz ~ said...

Miss Lalunn>

Alhamdulillah..

Memang kenyang sesangat..

Sedap ke tak tak tu belakang kira... janji balunn... hahaha..

Cik Ina Do do Cheng said...

hye cik azz

yang sempoi tulah yang sedap. masak banyak pun kalau tak kasi perabis pun apa guna. kat rumah cik ina ni kalau bulan puasa masak 2 atau 3 je, itu pun sayur, ikan atau kuah. sahur tadi pun cik ina buat nasi goreng.

Bila mood buat cheese tart nak datang?

qellissa said...

Nampak sedap je nasi goreng tu..lebih2 lagi time2 gini..adesss..sabar2..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Betul tu.. Masak banyak2 tp last2 masuk longkang.. Kan dah membazir namanya tu.. huhu..

Tak tau la bila nak buat cheese tart tu sbb cream cheese takde lg ni.. susah nak cr kat sini..

~ Cik Azz ~ said...

qelissa>

Hahaha.... Kalau taim posa ni semua benda nmpk sedap.. Sabo je la, kan... :)

alongxp said...

ooo...baru nak cakap,pandai ayam sekarang memasak kentang...hahaha

~ Cik Azz ~ said...

alongxp>

ayam zaman moden, semua pandai...

ayam skang tak main dah patuk2 atas tanah carik beras.. dorangpun nak gak makan kentang... ahahaha...

Kapten Atok said...

kalau beli juadah kompom puluh2 ringgit habis

~ Cik Azz ~ said...

Kapten Atok>

Itu dah semestinya.. Sebab tu kalau boleh jangan bawak duit banyak sangat masa pegi bazaar ramadhan tu.. Pastu elok kalau pegi sorang2..

Bawak 10 hengget je dah laa.. kalau duit dh habis, terus je balik.. Tp kalau ada kawan, kang tak pasal2 pinjam duit kawan tu pulak.. hikkk...

APAN said...

oh....kena bahasakan diri saya, kakak ke?haha...cam x rock la.xpe la.i try.haha...

at least masakan ni lagi bes dari pe yg saya hadap kat sini.xtau dah nak beli pe kat bazaar... :)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Akak bgtau je.. Kalau nak bahasakan diri mcm dedulu pun takpe gak.. aii tak kisah.. hahaha...

Tu la sebabnya akak ni malas nak pegi bazar ramadhan tu sbb balik2 jumpa menu yg sama je.. Kadang2 makan nasi dgn telur mata kerbau lagi sedap dari masakan yg dibeli tu.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »