Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, November 6, 2011

Menu wajib masa raya...

Assalamualaikum..

Menu wajib masa raya...

Menu wajib dalam keluarga aku masa raya samada raya puasa ataupun raya haji kecuali raya deepavali adalah lemang, rendang dan sup gearbox.. Kalau salah satu daripadanya takde, macam tak lengkap je raya terutama sekali raya puasa la. Mau meraung kalau semua ni takde... Banyak atau sikit, belakang kira.. Janji ada... :D

Raya haji kali ni kalau ikutkan memang tak nak buat lemang sebab hari hujan sokmo. Tapi, abang aku yang cikgu tu dah siap belikan buluh lemang berserta dengan daun pisangnya sekali. Lantas, mak akupun cakap la kat aku, kono buek jugak la lomang ni. Bang Lang kau dah siap boli buluh dah.. Daun pisangpun ado..

Apa lagi alasan yang ada untuk tidak membuatnya, kan... Maka, kami yang ada kat rumah ni pun bergabung la tenaga bagi menjayakan misi. Mak akupun tak terkecuali. Dah la dia macam nak pitam je sebab takde selera nak makan, tapi nak jugak buat kerja. Risau agaknya sebab tengok hari dah petang dah tapi lemang belum lagi dibakar.. Aku siapkan sup gearbox dengan rendang dulu. Dah setel kedua-duanya, baru mula buat lemang ni.. Mana yang leceh dan agak susah tu kena buat last sekali..

Dalam keadaan sekejap hujan, sekejap berhenti, terpaksa pulak buat atap tambahan untuk cover api tu dari basah. Mujurlah otak aku masih berfungsi dengan baik untuk segera berfikir mencari idea.. Syukur alhamdulillah sebab belum lagi sewel.. Amin3.. Dan syukur jugak sebab abang dan anak buah aku tu pantas mengikut arahan... :-)

Api, tugas abang aku untuk nyalakan dia.. Kayu api, tugas dorang berdua hangkut bawak naik ke atas.. 

Kali ni tugas mengisi daun pisang ke dalam buluh menjadi tugas aku sepenuhnya tanpa pengawasan dari mak aku. Siyesli, pada mulanya aku terkial-kial mencari rentak. Tak tau macam mana cara yang betul untuk masukkan daun tu walaupun dah selalu tengok mak aku buat. Kalau dulu pandai cakap je.. Sekarang padan muka, kena buat sendiri.. Baru tau macam mana susahnya.. hahaha... Asal masuk je, daun tu terkoyak. Dah mula nak givap dah ni. Tapi bila difikirkan semua benda dah sedia ada, tak kan aku nak berhenti macam tu je , kan... Syukur sebab tahap kesabaran aku tinggi masa buat semua kerja ni... :P

Akhirnya, berjaya jugak aku menghabiskan tugas paling mencabar ni.. hahaha... Malahan, mana-mana daun yang kurang elok yang dah diisi kat dalam buluh tu, aku keluarkan balik semula dan gantikan dengan daun yang baru. Betapa gigihnya aku berusaha... Silalah ikuti usaha kegigihan aku ni ya... kehkehkeh....

Ada 14 batang lemang saiz sederhana berjaya dibakar...


Inilah lemang yang 'kami' buat. Tengok la daun pisang yang terkucil tu.. hehehe... Lemang ni kurang padat sikit sebab kurang hentakan.. Abang aku kata tak ketuk.. Ada ke hentak lemang tu dia kata ketuk.. hahaha...


As usual, sup gearbox ni aku yang buat.. Tapi aku tak makanpun sebab takut pitam. Apatah lagi nak sentuh isi kat dalam tulang yang menjadi rebutan tu... Sedap ke, tak sedap ke, itu kena tanya tukang makan...

Lepas je siap susun lemang tu, aku mintak tolong anak buah yang darjah lima tu picitkan betis aku. Rasa macam tak boleh nak berjalan dah sebab seharian dari lepas subuh sampai ke malam dok ulang alik dari dapur ke luar.. Aku cakap nanti aku belikan aiskrim kalau dia urut kaki aku. Tadi dia mintak aiskrim tu dan aku bagi dia dua hengget...

p/s: Hari ni aku tak masak..  Makanan masih ada lagi kat dapur tu. Budak-budak pulak leka main game je.. Masing-masing bawak laptop balik.. Dorang ni kenyang main game dari kenyang makan.. huhuhu... Aku lak kenyang makan lemang je.. Balas dendam sebab raya puasa hari tu tak puas makan lemang... hehe..

12 Tukang Tembak:

ceritasekupang said...

akhirnya dapat juga cs makan lemang malam ni .. :D

Acik Erna said...

azz..kalau tak biaso memang susah nak masukkan daun tu..arwah omak akak maghin ajar..guno pelopah pisang..pelopah tu dibolah ..masukkan daun pisang tu..kopit an dalam pelopah yang dah boleh tu..baru lah gulong..perlahan2.siap an pulak pisau..potong sikit daun yang terlobeh lebar e tu..baru masukkan an dalam buluh..hontak2 lak sikit tu.
tapi kan azz..kok kito tengok yo..bilo buek sendiri..memang payah..

noonaQQ said...

semua tu kak azz masak ea?? nak.. nak.. nak!!

bertuahnye noona dpt akak ipar..hohoho

rainyscream said...

nak sup gearbox kak azz~!!! :tlg :(

kyo_9 said...

azz..
awat warna api tu ungu?!
hebat giler edit!!

APAN said...

lengkap tu....ketupat je xde...rumah saya x buat lemang pun tahun ni.tukang bako dah kawen....

~ Cik Azz ~ said...

ceritasekupang>

Tahniah cs.. XD

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Sey tau caro ehh kak... Cumo nak gayo kan tu yg susah... Bak kato akak tu la, kok tak biaso buek mmg la tokial-kial... Pueh dok kopit polopah pisang tu... hehe..

~ Cik Azz ~ said...

noonaQQ>

Masak atas bantuan dari mak dan orang lain jugak... Kerjasama tu penting... heee...


Takmo la jadi ipar2 ni, boleh..?

:hoho

~ Cik Azz ~ said...

rainyscream>

Ambil la rain... Jangan ko pening sudah... ahaha..

~ Cik Azz ~ said...

kyo_9>

Apa azz2 ni... :tolak kyo..

Manade edit gambaq tu.. Ambil gambaq guna kamera enpon cap ayam, camtu la jadinya.. huhuhu..

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Ketupat mmg tak naik kat rumah ni.. Kakak sorang tu je yg rajin buat ketupat tp masa ni dia pergi haji...

Ko je la yg amek alih jadi tukang bako lemang tu.. hahaha..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »