Assalamualaikum...
Mia Sara buat muffin bersama Chef Wan...
Sedikit rakaman yang sempat aku rakam dari program Apa Chef yang dihostkan oleh jiran kampung sebelah... ecehhh... Bila dah ada nama, semua nak mengaku jiran la, sedara sekampung la, kawan baik masa sekolah rendah la dan bla bla bla walaupun tak tau mana kampung orang tu... :)
Maaf atas kualiti video yang tak mantop.. Faham-faham je la kalau gunakan kamera enpon buruk aku ni.. Ditambah lagi dengan kaler tv aku yang dah lari.. Satu kombinasi yang terbaik laa... hahaha...
Apa yang penting, ada resepi muffin kat situ. Resepi dari Chef Wan tu.. Rugi siapa yang tak cuba resepi ni.. Mehh aku salin balik resepi tu. Mana la tau kot ada pulak yang berkenan nak mencubanya..
Tapi, buat masa ni aku dah givap nak buat muffin gara-gara raya haji hari tu muffin yang aku buat bantat.. Dua-dua adunan pulak yang bantat tu.. Dah macam cekodok pisang dah rasa muffin tu.. Aku makan sikit je pastu terus campak kat ayam... huhuhu.... Korang aje la yang buat muffin resepi Chef Wan ni dulu ehh...
APPLE PECAN MUFFINS
Bahan-bahannya:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1/2 sudu serbuk kayu manis
Secubit garam
1 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 sudu esen vanilla
1 sudu hirisan kulit lemon
3 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu/kecil
1/2 cawan kacang pecan cincang untuk hiasan
Cara-caranya:
1- Gaul tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula, minyak jagung, esen vanilla dan hirisan kulit lemon.
3- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
4- Masukkan epal hijau dan sebahagian kacang pecan cincang ke dalam bancuhan muffin.
5- Tuang bancuhan ke dalam kertas muffin/papercup dan susun.letak atas dulang pembakar.
6- Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 175 C.
Petah betul si comel Mia Sara tu... Berani pulak tu dengan kamera... Kecil-kecil lagi dah ada income sendiri...
p/s: Kacang pecan tu kacang apa ehh...? Korang gugel la sendiri.. Malas pulak aku nak tanya atok gugel tu... ehehh... Adakah kacang pecan tu kacang walnut..
12 Tukang Tembak:
wa.... awek pc !!!!!!!!
akak tak pernah buat muffin ...kalau buatpun, knfirm tak menjadi....
salam singgah
jarang sekali nak dapat resepi chef wan ni...boleh share juga
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
rajin le akak ni..
ekau buek dulu yo azz. kok sodap sok bagitau..
ada tengok sekejap rancangan tu...tapi dah nak habis...boleh le cuba resepi ni...rajin menyalin ye..
Pejuang Cinta>
Haaa.. Awek ko ehh.. Ingatkan anak ko tadi.. kehkehkeh..
MulutPayau>
Saya selalu jugak buat.. Ada masa menjadi, banyak masa tak menjadi langsung... hehehe..
Qhaifa Nur>
Salam2... Mekasih sudi singgah sini.. :)
Tu la kan... Sila2 buat muffin resepi chef tersohor ni..
Tenkiu follow blog ni ya.. :-)
Angah>
Rajin la sangat kan...
huhuhu...
Kak Pah>
Sey dah givap nak buek muffin ni kak... Lambek laie la kok nak tengok hasil yg sey buek.. hehe..
UmmiArissa>
Seronok tengok si Mia tu berbalas cakap dgn Chef Wan... Selamba je dia... haha..
Cuba la buat... UmmiArissa kan rajin masak2...
Post a Comment