Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, November 21, 2011

Sesat di Kuala Lumpur.. =.='

Assalamualaikum...

Sesat di Kuala Lumpur.. =.='

Ehehh... Jangan la gelak dulu.. Siye ke kawe.. Doh la sesak baghak, keno gelok pulok... huhuhu...

Ni kisah sebenar yang berlaku kat aku sewaktu dalam perjalanan balik dari menghadiri majlis kenduri kawen anak sepupu kat perkarangan masjid kariah Rasah Jaya, dua kali Sabtu lepas.. (asyik tertunda je entry ni... kehh3..)

Masjid Kariah Rasah Jaya..


Aku sampai paling awal antara sedara mara dan berada kat situ sampai pukul tiga lebih. Pukul tiga tu dah ramai tetamu yang balik tapi aku dan beberapa orang kaum kerabat aku masih lagi berada kat situ sebab nak tunggu abang ngah aku sampai dari Melaka. Kebetulan, anak buah isteri diapun melangsungkan persandingan pada hari yang sama. Dalam masa yang sama jugak, ada pokok tumbang kat atas jalan dan mengakibatkan jalan jammed. Tu yang dia lewat sampai tu.. Pokok tu pun tak sabar-sabar, nak jugak tumbang pada hari yang sama.. Kok ya pun nak tumbang, tunggu la hari lain, ya tak..? Ehehh...


Meriah dengan kehadiran sanak saudara, sepupu sepapat, kaum kerabat termasuk DJ SinarFM tu... :D


Tak lama lepas abang ngah aku tu sampai dan berbual-bual sekejap, maka akupun balik la. Dalam perjalanan balik tu, mak aku cakap dia nak singgah kat Tesco Ampang sebab nak beli buah anggur untuk abang aku yang tinggal kat rumah. Anggur kat situ murah jika nak dibandingkan dengan tempat aku ni.. Sekali ganda harga dia. Kebetulan memang laluan tu laluan utama untuk kami, tu yang selalu singgah tu.. Bak kata pepatah dulu-dulu, sambil menyelam minum air.. Kalau tak lalu ikut situ, jangan harap la nak melencong ke situ...

Dari jauh dah nampak dah Petronas tempat laluan masuk ke Tesco tu. Entah macam mana, abang aku boleh pulak terlajak sikit ke depan. Mana boleh main undur-undur dah, kan.. Lagipun jalan nak masuk kat Petronas tu menegak sangat, tu yang tak perasan jalan tu. Namun, diteruskan jugak perjalanan dengan mengikuti jalan masuk ke Kampung Pandan pula. Kebetulan jugak, ada pasar malam ke, apa tah kat laluan masuk tu dan tak dapat la nak ikut jalan tu...

Lantas, abang aku ikut pula jalan lagi satu kat depan tu. Bila dah sampai ke penghujung jalan, dah tak nampak dah lorong untuk ke Tesco tu. Ahh sudah.. Aku lagi la tak tau celah mana nak masuk.. Abang aku terus jugak memandu hingga terus terpesong masuk ke Taman Melati (kalau tak silap la...) hahaha... Masa ni abang aku tak gunakan GPS lagi.. Lepas tu, barulah dia aktifkan GPS dan bermulalah episod ronda-ronda atas jalanraya di sekitar bandaraya sehinggalah kereta abang aku memasuki kawasan jalan Bukit Bintang... muahahaha...

Gilo punyo kojo, kata abang aku sebab terpaksa masuk jalan yang sibuk tu. Nak tak nak, terpaksa la redah jugak. Aku tak kisahpun sesat camni sebab sekurang-kurangnya dapat jugak aku tengok mana-mana tempat or bangunan yang tak pernah aku tengok.. Panjang leher aku tengok kiri kanan jalan.. Seronok.. hehehehe.. Tapi kakak ipar aku dok bising jugak la sebab dia kata sepatutnya dah dekat nak sampai rumah dah.. hahaha... Masa lalu kat Lot 10 tu, aku bagitau kat kakak ipar aku tu, ni la dia Lot 10.. Aku tau la jugak Lot 10 tu kat mana sebab dah tiga empat kali pergi situ.. Takde la kampung sangat aku ni.., kan... :P

Aku cakap jugak la kat abang aku yang dia kena cari Jalan Pahang sebab aku dulu selalu naik bas lalu kat jalan tu.. Akhirnya jumpa la bulatan Pahang dan lepas tu dah tau dah jalan mana nak ikut.. Best sangat sebab dapat ikut jalan yang tak pernah kita ikut, ya tak.. Dulu masa naik bas, lalu kat sebelah pos opis Setapak tu. Asal lalu je kat situ, terus teringat cerita Masam-masam Manis P.Ramlee tu tapi sekarang terus naik ikut jalan atas.. Dah tak perasan dah kat mana pos opis tu. Ni merupakan kali pertama aku lalu ikut jalan atas tu.. Ketinggalan sungguh... hehehe..

Aku sampai rumah dalam pukul tujuh lebih.. Kalau tak sesat tu, mungkin dalam pukul 6 lebih dah sampai dah. Tak kisah la, janji selamat sampai. Itu yang utama.. Biar lambat asalkan selamat.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.. Tak dapat beli anggurpun tak apa laa... muahahahaha....

p/s: Sesat jumpa jalan balik takpe.. Jangan sesat sampai tak jumpa jalan pulang dah la... :D

12 Tukang Tembak:

Phat said...

kak azz mmg la x jumpo org mano guno gprs org guno gps la hehehe

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Phat>

Ha'ah laa..

Tosalah taip.. Maklum la, entry totunggak... kihh3..

Mekasih la bgtau yg salah tu.. Padahal mmg tu yang nak ditaipkan.. Rajin pulak poie monambah R tu... hahaha...

gadisBunga said...

patutnye kalau terlepas masuk kt petronas tu, boleh terus ke kiri utk uturn.

tapi takpelah. boleh bersiar2.. heheh~

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

gadisBunga>

Ni terlepas kat jalan tepi tu, bukan terlepas kat highway.. Kalau terlepas kat highway, mmg takde nak buat u-turn punya la, terus je balik.. hehe..

Tu la kan, at least dapat jugak cuci mata tengok bangunan cantik2... ahaha...

Angah said...

angah pun selalu sesat di kolumpo ni, penyebabnye hanyalah tersalah masuk jalan

Yunus Badawi said...

duit minyak pusing2 tu dah boleh beli anggur sekilo ... hehehe

Inilah KL. Silap sikit aje, berpusing2lah jawabnya.

burnkelana said...

la.. sesat lah pulok.. awat tak pakai GPS jerk..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Angah>

Kan.. Bahaya kalau minyak kereta dah separuh atau tinggal sikit.. Kalau sesat tp akhirnya jumpa tempat tu takpe la... ni kadang2 tak jumpa terus... lagi la bengang.. hehe..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Yunus Badawi>

Tu la pasal YB.. Nak buat macam mana, dah takde rezeki nak makan anggur.. hehehe..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

burnkelana>

Dah sesat baru pakai GPS tu.. hahaha... Mujur ada GPS.. Kalau takde, sampai ke sudah la dok pusing2 situ je... adehh...

cik aletheea: said...

jauhnye sesat cik azz....
seb baik jumpe jln balik...
anggur dapat x? p

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Cik Aletheea>

Hehehe.. Tu la pasal.. Jauh tapi seronok.. ahaha..

Anggur tak dapat laa.. Satu apapun tak dapat.. kihh3..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »