Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, December 19, 2011

Canggih sungguh nama korang... hehehe...

Assalamualaikum...

Canggih sungguh nama korang... hehehe...

Masa blog walking sekejap tadi, aku tertarik la nak baca satu entry ni.. Tak perlu rasanya aku bagitau entry tu berkenaan apa.. Tak penting kot nak panjang-panjangkan isu.. ehehhh...

Apa yang aku nak kongsikan adalah nama atau nick yang digunakan oleh para pengomen kat entry tu. Aku tak baca sangat komen-komen yang dilontarkan sebab aku tak minat nak ambil tahu sangat. Cumanya, bila je tengok beberapa nick kat entry tu, aku terus tergelak. Entah la, rasa macam kelakar dan unik sangat nick dorang tu.. hakhakhak...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, macam mana la dorang atau mereka boleh terfikir untuk menggunakan nick yang pelik-pelik macam ni.. Apa agaknya yang bermain di minda mereka tatkala sign-in dengan nick tu ehh... hehehe... Tak reti aku nak memanipulasi nama yang bukan-bukan ni... Konpem fail punya laa.. adehh.. 

Kalau nak masuk mana-mana forum atau yang berkaitan, aku mesti gunakan nama yang ada bunyi iras-iras dengan nama asal aku.. Entah la, rasa macam hipokrit sangat bila guna nama yang takde kaitan langsung dengan nama asal.. Mungkin sebab tu aku jarang masuk atau join forum ni.. Oh ya, aku memang tak canggih nak jadi seorang forumer.. ;)

Walau apapun, itu terpulang la pada setiap individu tersebut nak gunakan nick apa yang dorang suka.. Tapi, nama-nama yang aku ambil ni betul-betul buat aku ketawa berdekah-dekah.. Korang memang sempoi la sebab berani gunakan nama yang unik ni.. ehehh...


Aku tak habis gelak lagi ni.. Lebih-lebih lagi tengok nick abg saleem dengan tetttttttt tu... hahahaha... Sengal je...


p/s: Kalau dapat ketawa tu, memang nak ketawa je laa.. Mohh la kita ketawa bersama-sama... hehehehe...

10 Tukang Tembak:

AleeyaLiya said...

salam..
btul tu kak azz..boleh diorang fikir nak buat nick name mcm tuh..liya ni pun nak cari nick name mmg dkt satu jam jugakla..bkn main susah..diorang sng je nk dpt..hehe

Acik Erna said...

Azzz..astaghfirullah..apo punyo namo tu..mak..ai..siap bagi tau orang tu..

Yunus Badawi said...

ini kes tak agak2 nak letak nick tu... ngeee

gadisBunga said...

hah??? blog sape nih? hahhahaa!!!!!

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

AleeyaLiya>

Waalaikumussalam..

Tu la pasal.. Benda yang pelik bagi kita ni nampak mudah je bagi dorang, kan.. ;)..

Ni semua jenis baling batu, sembunyi tangan la ni, ya tak..? ehehh...

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Kak Erna>

Ni la namo alaf baru kak... Sonang sikit nak glemer.. hehehe..

Akak jangan pitam dulu kak... hahaha..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Yunus Badawi>

Dan juga jenis tak fikir.. Main redah je.. hehehe..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

gadisBunga?

Hahh..!!!

Entah la blog sape.. Lupa dah.. hahahaha...

MulutPayau said...

hahahahha....tak reti nak komen apa2...jommm ketawa...

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

MulutPayau>

Tu la pasal.. Naik juling mata tengok nama dorang ni.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »