Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 27, 2012

Berangan tanpa usaha, baik tak payah..

Assalamualaikum..

Berangan tanpa usaha, baik tak payah..

Ada jenis orang yang hidupnya umpama ayam bertelur sebiji, riuh sekampung..
Ada orang yang jenis diam-diam ubi berisi..
Ada juga jenis orang yang cuma tahu berangan seperti mat jenin..

Ada jenis orang yang diberi betis, nak peha..
Ada jenis orang yang tidak diberi apa-apapun tak mengapa..
Ada juga jenis orang yang sentiasa redha menerima samada yang baik ataupun yang buruk..




Jika kita punya angan-angan yang besar, maka kita perlulah berfikir secara meluas dan berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang kita angan-angankan itu... 

Dan jika kita tidak mampu untuk melakukannya, berhentilah berangan sedemikian rupa kerana angan-angan itu hanya menyakitkan.. Just redha dengan apa yang ada.. Yang lebih penting, sentiasa bersyukur dan berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.. 

Mungkin kita tidak sehebat mereka yang lain.. Namun sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan mereka yang berada di sekeliling kita.. 

p/s: Some people dream of success.. While others wake up and work hard at it.. Anda yang mana satu..?

18 Tukang Tembak:

Angah said...

berangan memang best.. especial berangan nak jadi kaya huhuhuu..kadang-kadang sampai mimpi

Julia Johari said...

Bgus sekali motivasi kak azz kali ini...tumpuan kepada diri sendiri dan menilai org lain...see...yg ptg kita berusaha tanpa kenal erti kalah dan memohon padaNya selalu...last sekali baru tawakal...yg ptg work hard at it...inysaAllah kak azz...pasti akan berjaya...jika tidak pasti diakhirat akan dibalas oleh Allah ats segala usaha yg kita lakukan kerana Allah...moga dipermudahkan segalanya ...amin...

P/S mohon copy pic diats ye utk tatapan bersama...minat motivasi habis neh kak azz :) TQ

MulutPayau said...

akak pun suka berangan...mmng indah kalau apa yg kita angankn mnjadi knyataan.......

The Everyting In My Life said...

em...kak az, serius za suka entry ni.walau apa pun terjadi. kena usaha kn kalau nk dpt apa yg kita nak? tp kalau dh tak dpt pulak..jgn sedih..huhuhuhuhu...kak azz...sbr ok! we r cool.hehehe....cewah! tp entry ni mcm bukan sal kak azz je.. apa cer? g gath x nnti?

APAN said...

angan-angan itu indah...tp sekadar berangan mmg x guna :)

Acik Erna said...

azz..dah tetuo no dah tak ado apo dah..asalkan sihat untuk menunaikan tanggungjawab dah la..

ibundo said...

sodap borangan ni azz haha.. tak payah kelua poluh.

Tinta Lana said...

Kalau tnya lana, lana yg mana satu..urm..mungkin dua2 kot..

Sometimes, kena ada dream, baru ada rasa nak wake up, and then work hard.

Dream tu.erh..lana rasa perkataan imaginasi lebih layak untuk gantikannya. Sebab imaginasi akan bawa kita keperingkt lebih tnggi, tpi berangan? tak kemana, situ je lah duduknya.

Motivasi yg baik kak azz :)

umiawadah said...

saya tak suka ada orang yang riuh dapat sesuatu,tetapi benda yang belum pasti atau pun benda yang belum ada ditangan...ini juga dinamakan angan-angan mat jenin..biar sesuatu itu pasti dan tertunai barulah nak heboh sekampung ke,senegeri ke...baru berbaloi..
tapi angan-angan itu juga satu kemestian...untuk menggerakkan kita terus mencapai angan-angan itu...macam mana? betul tak?

Cik Azz said...

Angah>

Kalau mimpi tu jadi kenyataan, takpe gak.. Boleh gak akak tumpang sekaki.. hehehe..

Cik Azz said...

With Julia>

Sekadar berkongsi je ni.. Sebab kadang2 akakpun kuat gak berangan.. Tapi kena la sedar diri jugak jenis angan2 apa yang diangankan.. Kalau angan2 besar tu, tak mampu la akak nak realisasikan nanti.. Ikut kemampuan sendiri la, ya tak..?

Boleh copy ke gambar tu..? Kalau tak boleh copy, boleh pergi kat page blog ni.. Kat situ ada akak letakkan gambar ni.. :)

Cik Azz said...

MulutPayau>

Kalau apa yang diangan2kan menjadi kenyataan, ianya bukan sekadar indah.. tapi satu kemanisan yang tidak terhingga...

Cik Azz said...

Za>

Macehh sebab suka entry ni.. :terharu

Entry akak kebanyakannya ada kaitan dengan akak... Buat entry yg ditujukan kepada diri sendiri itu lebih baik drpd buat entry tuju kat orang lain.. Sekurang2nya entry kita ni menjadi motivasi atau ingatan untuk kita... ;)

Gath BCR ke..? Tak join rasanya... :baby

Cik Azz said...

APAN>

Tu la pasal... Berangan nak jadi itu ini tapi setakat garu dagu dengan tersenyum sorang2 tanpa usaha memang tak jalan laa... huhuhu...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kono gak ado angan-angan kak.. Mano tau kot borangan nak dapek monantu lak.. hehehe...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Kok borangan nak jadi wrestler mungkin kuar poluh gak kot.. haha..

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Kita memang perlu simpan impian.. Kalau takde impian, macam kosong je hidup ni.. Tapi kena la usaha untuk mencapai impian tu..

Angan2 kosong memang tak akan kemana pun..

Cik Azz said...

UmmiArissa>

Saya ni kalau boleh memang tak suka nak hebah2kan apa yg berjaya saya capai sebab takut nanti dikata dek orang sebagai riak la pulak, kan..

Betul tu, memang perlu ada angan2 untuk berjaya.. Tapi kena la ada usaha untuk mencapai kejayaan itu.. Kalau setakat duduk termenung je sampai bila2 pun tak berjaya.. kan...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)