Assalamualaikum...
Ego tidak bertempat...
Kalau mengundang ketika terjumpa di tengah jalan, kebiasaannya tidak akan dilayan.. Hatinya mula berkata, kita ni macam tak beradap.. Ke sana-sini dijaja cerita, ada ke patut undang aku kat pekan sari... Kalau diundang melalui telefon, pun begitu juga.. Kalau mengundang melalui kad yang murah, akan dikatanya juga.. Kasihan pada kad yang tidak bersalah.. Kalau boleh dia mahu undangan dilakukan secara 'face to face', iaitu mengundang terus-menerus dengan datang ke rumah..
Bagi aku, undangan dengan cara apa sekalipun sudah dikira sebagai mengundang... Apa yang lebih penting, mereka mengundang dengan ikhlas untuk memeriah atau meramaikan majlis tertentu.. Mana mungkin kita yang mengundang ini mampu untuk bertandang dari sebuah rumah ke sebuah rumah, dari sebuah daerah ke sebuah daerah, dari sebuah negeri ke sebuah negeri..
Kalau dulu saudara mara tinggal berdekatan antara satu sama lain, boleh la bertandang ke rumah mereka untuk tujuan mengundang. Tetapi kini tidak lagi kerana masing-masing sudah berhijrah dan punya kehidupan tersendiri..
.
8 Tukang Tembak:
org zaman skrg ego lebih penting.. sy lak xkisah nak jemput ke, xnk jemput ke, jemput kt kedai 7-e ke... :)
Saya setuju! Susah nak jumpa orang yang mengungkapkan dua perkataan ni dengan sebaik2 cara:
TERIMA KASIH dan MINTA MAAF
ada manusia merasakan dia berstatus tinggi perlu diundang dengan bergaya..bagi mereka yang masih berhati mulia tidak kisah bagaimana undangan diterima,yang penting niat itu baik...memang manusia egonya tinggi selagi merasakan dia yang terhebat..
azz..dah namo e manusia..nak buek camno kan..jangan kito terlibat dah la..
Senorita Ara>
Tapi kena tengok jugak jenis jemputan tu.. Kalau orang jemput datang untuk buat parti kat club, tak datangpun tak pe kot... eheh...
Tyntha Lana>
Ada sesetengah orang tu nak ucap terima kasih kat drebar bas atau drebar teksi pun susah..
Katanya, dia yang bayar gaji(tambang), kenapa lak nak terima kasih, patutnya dorang la yg terima kasih kat dia... :)
Ummiarissa>
Tu la kan.. Baru kaya sikit dah ego.. Baru pakai kereta persona dah mula menyenget, tak nak dah terima jemputan di tengah jalan..
Tu namanya manusia yg tak sedar diri tu.. huhu..
Kak Erna>
Mudah-mudahaan kito tak macam tu, kak.. Kok tak dapek jomputan tu, diam2 dah la.. Redho yoo laa.. itu lobih baik dari bising2..
Post a Comment