Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, June 15, 2012

Anak kampung dan durian kampung.. Apa kaitannya..?

Assalamualaikum...

Anak kampung dan durian kampung.. Apa kaitannya..?

Nak tau apa kaitan antara keduanya..?
Sudah tentulah kedua-duanya berasal dari kampung..
Kehkehkeh...

Okay.... Okay... Marah la pulok...
Gurau sikitpun tak boleh.. huhuhu...

Yang kat bawah ni salah satu contoh anak kampung...
Kalau tak percaya, cuba la klik link tu...
Ehehhh...
Cerita orang kampung...


Yang kat bawah ni pulak merupakan durian kampung... 
Sebenarnya ada cerita pasal durian ni.. 


Durian kampung yang ni buah dia kecil je... 
Pastu kulit dia punya la liat.. Kulit dia macam layu je.. Susah nak kopek.. 


Durian ni merupakan buah dari pokok yang mak dengan arwah abah aku tanam.. Dah bertahun dah pokok ni.. Cuma buah dia tu kadang-kadang je kitorang dapat merasa.. 

Beberapa tahun lepas, kitorang memang tak merasa buah ni padahal buah dia banyak la jugak.. Sebabnya ialah ada orang gila yang buat pondok kat kawasan pokok durian tu.. Dia kata pokok durian tu kepunyaan ayah dia sementelah pokok tu ditanam di sebelah kawasan ladang sawit mereka.. 

Sebenarnya, pokok durian ni ditanam di atas tanah reserved jalan.. Bukannya parents aku je yang tanam pokok ni, ramai lagi jiran yang buat begitu.. Ada yang tanam pisang dan rambutan selain dari durian tu.. Mak aku pulak ada jugak tanam petai, pisang, durian dan rambutan.. Takde la banyak. Cuma untuk menyerikan tanah yang terbiar tu je.. Daripada semak-samun, apa salahnya ditanam dengan pokok buahan, kan..?


Sedap isi durian kampung ni.. 
Takde rasa nak pening bila makan banyak sikit... Cuma ada sikit panas je la...


Tapi sejak orang gila tu mengaku pokok durian tu dia punya, mak aku takde la nak naik kat atas bukit tu untuk tengok buah-buahan yang ada kat situ.. Ada sekali tu orang gila tu tengah pegang parang masa mak aku ke situ.. Masa tu mak aku ingatkan takde orang.. Sian mak aku ketakutan.. huhuhu.. Since that day, aku tak bagi mak aku pergi situ lagi.. Aku cakap biar je la orang gila tu nak ambil semua buah tu.. Suka hati dia la nak jual ke, nak apa ke.. Lagipun kita boleh beli durian lain.. 

Orang tua, memang la dia ralat sikit sebab tak dapat merasa hasil tanaman dia, kan.. Tapi nak buat macam mana.. Keselamatan lagi penting dari berebutkan buah durian tu.. Abang aku yang cikgu tu pun tak bagi mak aku naik atas bukit tu.. Bila cikgu besar dah cakap macam tu, baru la mak aku ikut... ecehhh...

Kini orang gila tu dah takde dah.. Dia dah meninggal.. Jadi, dapat la kitorang merasa balik durian kampung hasil tanaman mak abah kitorang ni.. Lagipun, sekarang abang aku dah tinggal sekali kat rumah ni.. Jadi, dia la yang akan pergi naik atas bukit tu dan jenguk kalau-kalau ada durian yang gugur.. Kalau nak harapkan aku yang naik situ, sampai tahun depanpun aku tak akan naik punya.. Tak kuasa aku haiihh... Tapi, kalau ada hasil yang dibawa balik, aku nak merasa jugak... Mana boleh lepas peluang.. kehkehkeh...




Hari ni mak aku buat pulut dengan serawa durian ni.. Aku panggil kuah durian je.. Cuma, aku ni kurang menggemari makanan begini sebab manis sangat.. Makan sikit je.. Makan perlahan-lahan.. Pastu asyik nak minum air je.. Kalau tak, rasa macam nak keluar balik.. Rugi je kan sebab tak suka makanan manis-manis ni..  Tengok jenis makanan jugak la.. :D

p/s: Harap-harap mak aku tak beli durian untuk dibuat tempoyak.. Dah penuh dah peti sejuk kat rumah ni dengan tempoyak.. Habis semua balang kuih aku diisi dengan tempoyak tu.. huhuhu...
.

10 Tukang Tembak:

Angah said...

dah musim durian dah ye...

angah ni durian kurang sikit...tapi kalo tempoyak memang kegemaranku

Acik Erna said...

ha ha ha..samo macam abang akak yang di rembau tu..sampai ada peti ais lain untuk isi tempoyak dia.

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Ye la kot.. Kat sini durian dah gugur dah..

Akak suka durian kampung dari durian kacuk2 ni.. Tempoyak tu suka kalau masak sambal daun kayu je..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Omak sey ni pun simpan tempoyak dalam freezer yg baru boli hari tu la.. huhu...

APAN said...

musim durian sudah mula kembali...bes la kalau ada pokok tanam seniri...

kat kg pun ada tanam pokok durian, tp x berapa nak jadi, sebab tanah x sesuai...

esok la peluang nak mkn...kalau jadi...ada pesta durian kat kuantan esok...

kyo_9 said...

abang cikgu besar?
pengetua sekolah ke?

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Pokok cuma ada sebatang dua je.. Jadi la untuk melepas gian makan durian tu.. hehe..

Skang ni ada lak durian nama dia 101... Katanya lebih power dari musang king.. Tak tau la mcm mana rasa dia sebab akak tak pernah rasa lagi.. Takat ni selalu rasa D24 je..

Jangan makan banyak sangat durian tu.. kang tak balik lak ko sbb kepeningan.. haha..

~ Cik Azz ~ said...

Kyo_9>

Ha'ah... Abang akak cikgu besar kat sekolah rendah.. Dia sorang je adik beradik yang berjaya mencapai impian arwah abah..

Arwah abah akak dulu cita2 nak jadi cikgu, tapi tak kesampaian.. Tu yang dia jadi askar tu...

miss ct said...

Assalamualikum..

bestnya ada pokok durian..tak perlu keluar duit bila nak rasa durian.. bestnya duk kampung..ada tanah utk cucuk tanam..yg ada kat rumah ct, byknya sayur2an kecuali pisang..buah lain takde..hee

~ Cik Azz ~ said...

Miss CT>

Waalaikumussalam..

Alhamdulillah... Ini semua rezeki dari Allah.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »