Assalamualaikum...
Dok pehe suguh kawe...
(Sekadar luahan perasaan...)
Ada individu yang buat fanpage dengan menggunakan nama ustaz-ustaz terkenal yang katanya untuk menyemarakkan lagi golongan muda dalam mendalami dan menyukai ilmu agama.. Alhamdulillah, bagus dan secara tak langsung, akupun boleh tumpang menimba ilmu walaupun aku tidak termasuk dalaam golongan muda tersebut.. Pendapat aku, tak salah jika berkongsi ilmu yang boleh memberi manafaat kepada insan lain apatah lagi ilmu berkaitan agama..
Masa mula-mula tu memang la page-page tertentu ni banyak post pasal ilmu-ilmuan ni.. Seronok aku baca sebab dari sehari ke sehari aku dapat sedikit ilmu percuma.. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu itu..
Cuma sejak akhir-akhir ni, lebih-lebih lagi dekat nak pilihanraya ni, kebanyakan dari page tu dah jadi macam medan melaga-lagakan orang la pulak gara-gara buat status ataupun post sesuatu yang berlawanan dengan konsep page itu sendiri. Kalau nak post pasal politik, tak perlu la nak gunakan nama ustaz-ustaz ni sebagai nama fanpage hanya semata-mata untuk mengaburi pembaca.. Ianya seolah-olah ada udang di sebalik megi.. Kesian kat nama-nama ustaz yang jadi mangsa..
Lagi satu, bila letak gambar macam-macam, gambar orang kena pukul la, gambar orang berdarah la, komen yang masukpun macam-macam jugak la.. Bila ada yang bertanya tentang kesahihan gambar yang di-post-kan tu, takde pulak pihak admin page tu menjawab.. Jangan la macam tu... Orang yang mengomen tu dah bergaduh sesama sendiri, memaki-hamun ikut sukahati, membinatangkan orang dengan lantang, tapi pihak admin dok diam je.. Itu namanya baling batu sembunyi tangan..
Tak baik la macam tu.. Sepatutnya bagi la sumber ataupun link yang berkaitan dengan gambar atau cerita yang disampaikan, tak kira la samada sumber tu dari pihak manapun, then boleh la orang kat situ tengok dan baca apa sebenarnya yang berlaku.. Ni takde satu apapun.. Betul-betul bermain dengan sentimen.. Seronok gamaknya baca komen-komen yang majoritinya penuh dengan maki-hamun tu.. Dok pehe suguh kawe...
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" - Surah al-Baqarah: Ayat 214

Teringat satu ketika dulu bila ada orang yang post-kan resepi mencarut kat page pasal resepi dan masak-memasak ni, huru-hara page tu sekejap.. Tapi aku dah tak ingat apa bahan-bahan dalam resepi lucah yang dia post tu.. Memang gila la manusia macam ni.. Nau'zubillah...
p/s: Aku masak megi tak pernah letak udang.. Sebab tu takde jumpa udang di sebalik megi.. ehehh..
8 Tukang Tembak:
macam2 page sekarang....kawe pun dok pehe..
jrg bukak fb so tak ambik pot sgt psl ni..menyedihkan bila sesama Islam bergaduh
memey ar dok pehe...
kita amik yang baik je lah..saya pun banyak baca je..mana yang elok untuk di share,kita share...yang lain-lain tu saya ignorekan...takut terlibat mengata sama..
Che Rosliza>
Dok pehe apa motif page yang mempergunakan nama-nama ustaz ni..
Irfa>
Sana-sini gaduh je... huhuhu...
Angah>
Payoh nok pehe...
UmmiArissa>
Sama la dgn saya.. Cuma kadang2 tu tercabar jugak bila tengok komen2 yang memaki-hamun ni.. Terus Unlike page tu.. Tak sanggup dah nak tengok komen2 yang negatif semua tu...
Post a Comment