Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 9, 2012

Back to work...

Assalamualaikum...

Back to work...

Dalam minggu lepas ni, ada je yang tak kena berkaitan kesihatan aku...
Bila kesihatan tak stabil, maknanya kerja menjahit aku turut terganggu...
Apa lagi yang boleh dibuat selain dari melepak depan tv... 
Dan, apa yang dirancangkan tidak mengikut jadual sepatutnya...

Mula-mula tu tangan kanan aku sakit...
Bila bangun tidur je, terasa tangan tu macam membengkak...
Tak boleh nak angkat, sakit sangat...
Mungkin sebab tertindih semasa tidur agaknya...
Kebetulan malam tu aku tidur atas lantai dan tidur cuma beralaskan tikar...
Gara-gara terlelap semasa tengok tv... huhuhu...
Sapu-sapu minyak panas, ada la kurang sikit..




Keesokanya pula, badan sakit-sakit...
Mungkin masuk angin...
Picit sini, bunyi sendawa yang keluar...
Picit sanapun camtu jugak...
Erkk sana... Erkk sini..
Sakit weii kalau angin tak lepas nak keluar ni...

Mujurlah anak buah ada balik..
Mintak tolong dia picitkan kepala, lengan dan tengkuk..
Biarpun budak tu kecik lagi, tapi dia pandai mengurut...
Sedap sikit badan lepas tu...
Raya nanti boleh dapat duit raya lebih yaa.. :D

Hari ni masih ada saki baki angin tu dalam badan...
Tanganpun masih sakit lagi tapi dah boleh angkat dah...
Mungkin berkaitan dengan pemakanan aku jugak...
Main bedal je apa yang emak aku masak...

Mak aku masak rebung dengan udang... 
Yummyy... hahaha....
Kalau bukan aku yang makan, siapa lagi nak habiskan.. :D
Lepas tu pulak, makan tak ikut masa yang sepatutnya...
Degil, terima je la akibatnya...
Ehehh....

p/s: Dah banyak yang tertangguh dah ni.. Mudah-mudahan kesihatan aku semakin baik.. Permudahkanlah segala urusan hambaMu ini Ya Allah.. Aminn...

7 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum..

Kakazz..akak ada ubah something ke kt blog ni..napa rasa mcm..lebar.. ^_^

wah akak..berjaga2 lah makan ya..kalau akk sakit, sapa pula nak mengganti akk menjahit.. :)

InsyaAllah.. Kesihatan pun kena diusaha, kan kak? Semoga pasni, dilancarkan sgla kerja.. amin..

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Ha'ah.. Akak dah ubah saiz untuk post body blog ni.. Baru nampak sesuai dengan header yang lebar tu.. hehe..

Mekasih Lana... :)

Julia Johari said...

Ya Allah, permudahkan kesihatan kak azz senantiasa sihat untuk mengendalikan rutin harian seperti biasa..aminnn

p/s kak azz julia pun selsema dan batok teruk...huhuhu kena byk berehat tau kak azz :)

Maiyah said...

salam..

klau mnjhit ni mmg camtu ler kan, hrp kak azz di beri kesihatan yg baik
byk berehat juga tau

Tinta Lana said...

Salam.. jauh akk komen sampai ke FB,hehehe. Aaah..baru sama lebar dgn header.. ^_^

APAN said...

moga cpt sembuh...nanti x pasal2 kena mogok oeh pelanggan2 lak...baju raya x siap. haha...

Cik Azz said...

Terima kasih semua... Ni balas komen secara pukal je ni.. Takpe kan.. :)

Terima kasih Julia.. Moga Ju cepat sihat ya... Amin..

Terima kasih Maiyah.. Moga Maiyah juga segera sembuh... Amin..

Terima kasih Apan.. Moga ko pun sihat2 jugak.. Dah beli baju raya ke..? Hehe..

Terima kasih sekali lagi Lana.. Akak tak sempat nak masuk blog Lana.. So, guna enpon je masuk komen kat fb Lana tu.. :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)