Assalamualaikum...
Aduhaiii.... Sabar je la...
Kadang-kadang naik kesian kat orang yang mungkin bosan tahap gaban agaknya sehinggakan semua applications yang ada kat fesbuk tu dijadikan tempat untuk meluah kebosanan.. Masalahnya benda tu semua keluar kat timeline.. Berderet-deret lak tu dari atas sampai bawah manjang dia punya post je..
Kalau budak bawah umur yang buat benda tu semua, okay la kot.. Dah namanya budak, memang la jenis suka main dan cuba sesuatu.. Ni kebanyakannya orang tua yang dah matangpun dok buat benda tu.. Entah apa yang nak di-test-pun tak tau la.. aduhaii...
Akupun pernah guna beberapa applications tapi setahu aku benda tu kita boleh pilih samada nak bagi semua orang nampak ataupun cuma kita je yang tau.. Kalau applications 'My Mood' tu memang aku lepaskan kat wall aku sebab kadang-kadang malas nak tulis status.. Applications yang selebihnya aku pilih 'Only Me' sebab aku tau bukan semua orang yang suka dengan applications yang mengarut seperti Mak Jemah la, personality la, rupa macam artis mana la dan sebagainya keluar kat timeline dorang.. Contohnya aku ni haa... Memang tak berapa gemar nak tengok benda alah tu semua.. Motif tunjuk kat orang..?? Suka-suka je..? Atau perasan hot..? Hmmm...
Boleh buat pilihan, kan...?
Jujur aku cakap la kan, kalau kerap sangat applications macam tu keluar kat timeline, aku memang akan Hide terus orang tu dari keluar kat timeline aku.. Rimas la.. Cuba la share sesuatu yang menarik sikit selain dari applications yang entah apa-apa tu.. Susah jugak kalau jadi orang yang over perasan ni.. Semua nak bajet bagus sampaikan main applications pun pilih yang konon-konon hebat... Alaaahaii...
Aku tau, korangpun Hide-kan aku dari keluar kat timeline korang, kan..? Maklum la, aku ni kan asyik membebel je... Lebih-lebih lagi kalau pasal drama kat tv yang aku tak berkenan.. Lagi la banyak aku membebel kat wall aku tu... wakakakakakaka...
p/s: Haiipp...!!! Bisik-bisik apa tuuu... ehehh...
4 Tukang Tembak:
angah pun selalu hide je...sebab rasa 'semak' pulak...
Salam.
Setakat saya menulis komen ni..saya tak pernah cuba mana2 aplikasi kak..termasuk game..sbb saya jenis mudah leka..dan benda2 ni, sekali buat, tak cukup, nak berkali2..
Dan skrg ni, aplikasi tu, sy perasan makin merapu. Contoh: bilangan anak pas kamu kahwin, artis yg secocok dgn diri anda, tarikh/usia sesuai utk kahwin,jumlah harta kekayaan..
Merapu2 sudah..saya tak boleh benda camni..silap haribulan, terpesong akidah.
kita x berapa minat dgn aplikasi2 yg ada tu....selalu komen2 aja :)
xtau la tu...sy x guna timeline...guna yg lama lagi...kalau bab application ni, bila dpt invitation, sy block terus je app tu...xde la rimas sngt nanti...
mmg ramai yg suka main ngan app dlm tu...nak wat cmne...masing2 pun bosan...kira ok la tindakan kakak hide tu...nak senag delete je meka tu...hehe...
Post a Comment