Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 14, 2012

Buat setahun sekali je...

Assalamualaikum...

Buat setahun sekali je...

Ye betul...
Dah lebih seminggu blog aku tak berhapdet...
Sebabnya ialah jahitan aku belum siap sepenuhnya...
Lepas tu ingat pulak kuih raya satu apapun tak buat lagi...
Semuanya membantutkan proses penghapdetan blog aku ni...
Ada yang rindu kat entry merapu aku kewww.....???
Kehkehkeh...

Sebenarnya nak bagitau yang aku buat baju melayu ni cuma sekali je dalam setahun... Buat taim nak raya puasa je... Itupun buat baju melayu untuk kaum kerabat aku je terutama sekali baju abang ipar aku dan anak dia... Tapi tahun ni aku baik dan rajin sikit... Aku buatkan sekali baju melayu untuk abang aku... Sementelah ada kain yang kakak aku bagi... Pecah rekod sebab tahun ni aku buat lima pasang baju melayu... Patah pinggang den tekau... huhuhu...

Lepas tu, rajin pulak aku buat zip untuk seluar anak buah aku tu.. Selalunya aku buatkan dia seluar cerut je.. Nak jimat masa.. Agak leceh sikit nak buat zip seluar ni.. Banyak proses yang harus dilakukan.. Kena buat fly pendek dan fly panjang.. Tu yang aku agak malas sikit nak buat tu.. Kalau setakat jahit zip tanpa fly ni, enteng je bagi aku... ehehh...

Ehh, tau tak apa itu fly pendek dan fly panjang...? Haaa, tu laa.. Tak tau, kan..? Tau pakai seluar je.. kehkehkeh... Fly pendek dengan fly panjang tu adalah pelapik kat zip seluar tu.. Kalau takde pelapik tu takut nanti terzip benda lain lak.. Opppsss...!!! Puasa laaa...!!! Muahahahaha.... 


Poket baju dalam proses... Berpinau jugak la bijik mata nak ejas.. Nasib baik kaler kain tu lembut je dan tidak garang...


Zip yang belum siap...


Poket seluar...


Pelapik zip yang sebelah kiri tu namanya fly panjang.. Yang sebelah kanan tu fly pendek...


Zip yang dah siap... Takde la cantik sangat.. Tapi boleh laa untuk lepaskan sesak... hikkk...


Leher baju separa siap.. Belum sembat dan takde butang lagi... Aku tau buat leher jenis ni je... Leher cekak musang aku tak tau.. Malas sebenarnya nak buat.. Rumit...



Baju anak buah aku yang dah siap sepenuhnya... 
Sepasang lagi masih dalam proses pembuatan.. huhuhu...


Dan ini pulak baju raya untuk mak aku.. 
Siap jahitkan manik sekali..
Mak akupun nak jugak melaram...
Dah la masa muda dulu dia hidup dalam zaman Jepun...


Sebelum dijahit manik...


Leher...


Lengan baju...


p/s: Siapa yang ada kuih raya lebih tu, passing la kat aku barang sepuluh balang.. Tak kesian ke kat aku yang takde kuih raya ni..., ehehhh....

4 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Akak..kita tak rindu,hak3.

Agak dah..kalau org menjahit, memang sibuk la nak raya ni.

Oh..dapat ilmu baru dari entry akk ni..fly panjang n fly pendek,ehehe. Urm..camna akk sabar dalam menjahit ni ya..mak saya salu kata, keja mcm menjahit ni, kalau takde minat, habis la. bukan jadi baju,silap haribulan, jadi roti jala,berlubang sini sana,hehehe

Julia Johari said...

akak azzzz...
huwaaaaaaa rajin yer jahit baju melayu and baju kurung keluarga...santek sgt2...utg akak ada skill menjahit...jeles nih ehehhe julia tau jahit langsing bujang jek akakkaka...akak nak 10 balang eh..ehehhe balang ju kasi tp kuih ye akak kena beli ar baru aci eheheh ;P

Angah said...

kak azz....sangat la rajin akak ni...

AinNurSheqaa said...

salam akak azz nk mintak ilmu ajar jahit seluar dengan lebih details boleh... plz... tak clear lagi la.. boleh ajar step by stem pada saya? T_T..

satu lagi akak tahu jahit kola cekak musang? mintak ajar sama kak..

:))

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)