Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 28, 2012

Perbualan budak zaman sekarang....

Assalamualaikum...

Perbualan budak zaman sekarang.... 

Tiba-tiba teringat perbualan dua orang remaja perempuan masa berbaris nak mengaut makanan kat kenduri hari tu... Melihat dari raut wajah mereka berdua, rasanya umur mungkin antara 19-21 tahun.. Punya la dorang ralit bercerita sampai tak bergerak untuk mengambil tempat dalam barisan.. Nampak bebenau excited-nya.. Lepas tu akupun sengaja la menyelit kat depan dorang berdua tu.. Nak jugak tengok reaksi remaja yang berbudi tinggi zaman sekarang ni, kan... Tup-tup, dorang dah berdiri depan aku dah... hahaha.. Nampak sangat budak muda sekarang ni jenis yang tidak sabar walaupun raut wajah nampak lembut je... :)

Apa yang dorang borakkan sampai leka sangat..?? Apa lagi.. Borak pasal pakwe masing-masing la.. Yang sorang tu dok cakap mak dia suruh kerja dulu, tak bagi nak kapel.. Manakala yang sorang lagi tu cakap mak dia tak kisah asalkan pakwe dia tu dah ada kerja tetap termasuk rumah dan kereta.. Hamboiii... Mudahnya la haiihh buat keputusan... Anak tu belum habis belajar lagi.. Hutang pinjaman satu sen belum berbayar..



Kerja la dulu puas-puas.. Masa umur muda tu la nak mengumpul duit atau harta ataupun melancong. Beli apa yang diimpikan selama ini.. Biarlah mak ayah tu merasa duit hasil titik peluh awak tu dulu... Ni tak, kadang-kadang bila dapat je gaji pertama tu, pakwe atau makwe dia yang dia belanja dulu.. Sepatutnya bagi la sikit duit tu kat mak ayah walaupun dorang tak mintak.. Duit dorang ko nak.. Duit ko, pandai pulak ko berkira... Ishh..., tak berkenan sungguh aku dengan perangai macam ni...

p/s: Belum apa-apa lagi dah ketepikan keluarga... Bila susah, baru nak cari balik keluarga tu.. Tak selamat la hidup kalau ada perangai macam ni..

4 Tukang Tembak:

Norashiqin Kamaruzaman said...

hohoho...harap2 tak jd kat kite ye kak azz...hohoho

ElixirReyn said...

dekat bcr pun hari2 topik ni jugak..muahaha

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Oh akak..akak mengingatkan sy pada seorg akak lain yg sya kenal.

Akak ni pun pesan begitu. As a single women, keja dulu, kumpul duit, beli lah apa yg kite nak beli (sy ingt lgi, die suh sye beli kasut bnyk2, baju bnyk2,hahaha dn plg utama, rumah n keta sndiri).

Dia kata jgn risau lah pasal kahwin2 ni, masa bujang ni elok cari sumber pndptn sndiri..esok dimasa2 depan, mana tau pe2 berlaku, at least kita ada sumber kewngn yg kukuh ^_^

Angah said...

sangat setuju, patutnya bebudak ni cari kerja dulu, fikir macammana nak balas duit dan keringat ibu bapa. walaupun ibu bapa tak mengharap balasan tapi sebagai anak berbudi bahasa...balas la dulu jasa mereka...bukan fikir sedap diri sendiri je...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »