Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, September 13, 2012

Dah bersawang dah...

Assalamualaikum...

Dah bersawang dah...

Ni mesin jahit aku.. Dah lama beli.. Dah lama jugak tak digunakan... Tu yang penuh sawang tu... Sian dia dianaktirikan.. Huhuhu...




Mesin ni aku beli masa aku kerja kat KL dulu.. Aku beli tapi mak aku yang bayar... RM700 cash... Mana aku nak cekau duit sebanyak itu, kan.. Dah la kerja kat kedai jahit tu gaji dia ciput ya amat... RM250 sebulan.. Cukup ke hidup kat KL dengan gaji macam tu..? Nak makanpun kena keluarkan duit saving... Itupun mujur ada saving masa kerja kilang dulu.. Buatnya takde, makan sawang je la gamaknya.. ehehh... *boleh je beli guna duit sendiri yang ada kat dalam saving tu, tapi sayang nak keluarkan.. ehehh... Duit tu untuk kecemasan..




Ada sebuah lagi mesin macam ni kat rumah.. Aku sayang mesin tu.. Itulah mesin pertama yang aku guna.. Aku jaga elok-elok.. Yang tu dah boleh masuk kategori antik dah tu.. Mak aku kata mesin tu sebaya umur kakak aku.. Aku suka jahit guna mesin tu sebab bunyi dia tak bising dan dia smooth je.. Tapi mesin tu dah rosak.. Tak tau apa masalah dia.. Mungkin sebab tali yang dah loose.. 

p/s: Mesin bersawang, takpe, boleh cuci kasi bersih.. Otak bersawang, makan tahun la nak berkilat balik... adehh...

4 Tukang Tembak:

Angah said...

teringat kat mesin jahit tinggalan arwah opah..sebijik macam ni...antik

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Oh kak! Kita pun ada kat umah sebijik cam akk punya ni,hahahaha. cap singer kan??hehehehe

Mak lana pakai lagi, buat jahit simple2.. Masa kecik,kita suka joget2kan kaki kat tempat pemijaknya tu ha,haahahha.

Ehemm..otak bersawang,payah kak uiii nak polish balik..sya rasa, otak sy dah start gak bersawang ni..

cHeRyNa PiReS said...

antik tu kak!!!
banyak jasa mesin jahit nieh.
Sha ada sebuah kat umah tapi tak tau camne nak buat ngan mesin tu sbb tak tau nak jual sapa. Model Singer yg petak tu hampir bersawang!

gadisBunga™ said...

antik itu mahal!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »