Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 18, 2012

Sempadan....

Assalamualaikum...

Sempadan....

Kadang-kadang kita pernah melakukan dua perkara ini tanpa sempadan iaitu:

Benda serius kita buat lawak...
Benda lawak kita ambil serius...
Yang pasti, kedua-dua situasi ini banyak mengundang kontroversi...

Dan ada kalanya kita seperti tidak tahu atau keliru samada benda itu serius ataupun lawak... 
So, untuk situasi macam ni, better senyum je la.. 
Ontok-ontok sudah... ehehh...

Dulu, akupun macam tu jugak...
Main redah je tanpa berfikir panjang...
Benda serius ke, benda lawak ke, main pukul rata je..
Main redah je sempadan orang tanpa salam...
Mungkin masa tu tahap kebodohan masih lagi tinggi... ehehh...

Cuma sekarang ni aku sudah boleh buat sempadan sendiri...
Sudah boleh mengawal emosi...
Mungkin dah cerdik sikit kot... hahaha... 
*gelak la... gelak laa... huhuhu...

Bak kata orang, pengalaman mematangkan fikiran...
Itupun kalau nak matang la kan... kehkehkeh...
Kalau tak nak matang jugak, malang la jawabnya... uhukkk...

p/s: Jaga saja sempadan sendiri.. Jangan sampai menceroboh masuk sempadan orang lain dah la... 

5 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

Betul tuh sis...sokong sgt2...yg ptg kita perlu menetapkan sempadan masing2...jgn semua tgg diri diceritakan...kelak nanti dijaja orang...baik diam dari bercerita2 benda yg bukan2...

Tinta Lana said...

Salam.

Aaa..time dalam kelas, masa lecture dulu, salu la terbabas sempadan kak.

Kadang2 lecture tu sbnrnya tgh seyes, kitaorg pulak duk main2, gelak2..skali, kena sound. Hamekkk! hehehe.

Pastu, bila dia buat lawak, kitaorg mcm blur..bengap2 pun ada..smpai kena tegur, "penat je sy buat lawak, tak kelako ke..uolls ni pun, gelak la skit..". Kitaorg tetap tak gelak..still blur,hahahha. Dah mengantuk, kelas ptg, mmg blur memanjang la jwbnya,hehehe

kyo_9 said...

haah..
part serius kita gelak tu dah selalu sangat jadi.. senang citer orang tergolek pon kadang2 leh tergelak.. adesss=

Tijah said...

Iyo. Jangan bedocit kok tak tau ujung pangka...

gadisBunga™ said...

walau nampak macam akak cuba kurangkan keseriusan entry ni, tapi bagi saya mesejnya serius. saya faham. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)