Assalamualaikum...
Keruh di bilik mandi...
Selalunya orang sebut keruh di muara.. Tak pun keruh di kuala.. Tapi kali ni aku lak nak sebut, keruh di bilik mandi.. huhuhu...
Rasanya ini kali pertama air kat rumah aku ni keruh sekeruh-keruhnya.. Terkejut aku tengok.. Biasa la, kalau lepas hujan, air memang akan keruh.. Selalunya takde la keruh sampai macam ni sekali.. Ni dah macam air lumpur dah rupa dia.. Nak berkumurpun ada rasa cuak sikit laa.. hehh..
Mujurlah air kolam masih banyak.. So, buat masa ni, guna je air kolam tu dulu.. Tak boleh la nak guna shower.. Kang berkarat lak rambut... kehkehkeh...
Harap-harap esok air akan cantik seperti sediakala.. Nak basuh bajupun takut.. Kang tak pasal-pasal makin bertambah lak corak kat baju tu.. Nak tak nak, kena peram dulu.. Kalau setakat sehari takpe la nak peram. Buatnya air masih keruh sampai dua tiga hari, bajupun naik masam.. huhuhu..
p/s: Keruh di wajah nampak riaknya.. Keruh di hati tak siapa yang tahu... Ceewaaahhh... hahaha...
2 Tukang Tembak:
keruh betul airnya, biasa lepas hujan memang jadi macam ni kan
Tihara>
Selalunya keruh tu takde la seteruk macam ni.. Mungkin ada kerja2 korek longkang agaknya, tu yang keruh dia terlampau tu..
Post a Comment