Assalamualaikum...
Cuci kain buruk di dapur...
Lain orang, lain cara yang digunakan untuk mencuci kain buruk lap meja atau lap dapur masak. Ada orang suka cuci guna mesin basuh, ada juga yang cuci guna tangan dan ada juga jenis main siram air je tanpa menggunakan sabun.. Kalau setakat lima enam helai kain lap dapur, rasa macam tak berbaloi pulak cuci guna mesin basuh.. Terpulanglah pada tahap kerajinan masing-masing, kan..
Kalau aku, aku lebih suka rendam kain lap tu semalaman dengan glo. Glo ni bagus sebab segala jenis minyak dan lendiran yang melekat kat kain lap tu akan keluar bila kain lap tu direndam. Dulu aku selalu rendam kain lap ni dengan sabun basuh yang jenis serbuk tu tapi sabun basuh ni tak menghilangkan minyak yang ada dan kain tu rasa licin je. Bila dibilas, terasa kain tu masih lagi berlendir..
Tapi sejak aku merendam kain lap ni dengan glo, segala kotoran dan minyak akan keluar keesokan harinya. Bila bilas, takde rasa licin berlendir dan kain rasa kesat yang menandakan tiada lagi minyak yang melekat.
Selepas direndam semalaman.. Air rendaman sudah bertukar warna..
Kat dapur aku, kain lap meja atau lap dapur aku guna je kain batik atau kain pelikat yang dah tak dipakai lagi. Kain tuala good morning banyak je tersimpan dalam almari tapi rasa sayang pulak nak gunakan kain putih bersih tu untuk dijadikan kain pengelap meja atau dapur masak.. Tuala good morning tu guna untuk lap tangan dan barangan lain sahaja seperti mengelap pinggan mangkuk dan perkakasan membuat kuih-kek-roti dan sebagainya.
Tu dia.. Segala jenis minyak semuanya keluar...
Selepas semalaman direndam, barulah bilas kain lap tu. Jika masih terasa berlendir, boleh rendam semula dengan menggunakan air yang baru. Tapi selalunya, rendam semalaman je dah mencukupi dah untuk menghilangkan segala jenis kekotoran.. Kalau kain lap tu banyak, maka kena la letak glo tu banyak sikit. Jangan pulak kain tu sebaldi tapi glo yang diletak cuma sesudu.. Memang sampai tahun depan la lendir dan minyak yang melekat tu tak hilang.. hehh...
p/s: Ada orang lap meja atau dapur masak dengan menggunakan tisu dapur tu.. Kalau duit berkepok-kepok, takpe la guna tisu tu.. Tapi kalau dompet tu manjang batuk je, tak payah la nak guna tisu tu.. Rajin-rajinkan jari merendam dan mencuci kain lap tu.. hehh..
2 Tukang Tembak:
oooo... baru tahu, kalo tidak kain yg berlendir tu angah buang je, sebab tak lut kena cucui ngan sabun basuh
Oh.. guna glo je akak.. saya guna pencuci pinggan jenama..tak tahu jnama apa, mcm2 jnama,hehe. Mana yg guna untuk cuci pinggan mangkuk, yg tu la kami guna untuk cuci kain.
Macam mak saya, dia guna jenis kain yg tak brapa nak serap, jadi, bila lap minyak2 kat tepi dapur pas masak tu, bila basuh, gosok2 skit dgn air n sabun, terus ilang.
Post a Comment