Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 10, 2013

Gambar cara-cara nak potong baju kurung..

Assalamualaikum...

Gambar cara-cara nak potong baju kurung..

Kali ni aku cuba nak kongsikan cara-cara nak memotong baju kurung dan aku cuba sertakan beberapa keping gambar untuk memudahkan lagi pemahaman kepada mereka yang baru nak belajar memotong baju kurung ni.. 


Seeloknya, pada permulaan ini, gunakan sahaja kain cotton yang biasa sebab kain cotton ni tidak licin dan tidak melorot.. Mudah untuk dikendalikan.. Jangan pulak gunakan cotton vircose ataupun english cotton yang lembut gemalai tu.. Kalau dah mahir nanti, boleh la guna kain jenis apapun.. Janji kena صبر  la ya.. hehh..


Cara nak potong bahagian badan baju kurung...

Biasanya kain untuk sepasang baju kurung ialah 4 meter. Oleh itu, panjangkan kain tadi kat atas meja atau lantai. Kemudian ambil ukuran labuh baju yang dikehendaki serta tambahan untuk basi lipatan dan jahitan. Lepas tu lipat kain tadi mengikut ukuran labuh baju tadi.. 


Tandakan bahagian yang hendak dipotong.. Untuk bahagian badan ni potongannya adalah seperti segiempat tepat.


Dah siap potong..


Cara nak potong lengan baju kurung...

Selesai memotong bahagian badan baju, beralih pula kepada memotong bahagian lengan baju pula. Ambil lebihan kain yang bersebelahan bahagian badan tadi dan letakkan atas meja secara melintang. Kemudian lipat dua kain itu mengikut ukuran yang diperlukan. Rujuk pada gambar..




Lepas tu, lipat dua lagi untuk mendapatkan dua helai bahagian lengan. Pastikan lipatan tidak longgar.. Kalau longgar, bimbang nanti bahagian lengan yang kat dalam tu tak sama besar dengan bahagian kat luar. So, kenalah penitikan.. 




Kemudian, tandakan mengikut ukuran panjang tangan, lebar lengan atas dan lebar lengan bawah siap dengan basi lipatan dan jahitan sekali ya. Selalunya lebar lengan bawah kurang satu inci daripada lebar lengan atas.. Contohnya, jika lengan bawah tu 7 inci, maka lengan atas tu jadi 8 inci melainkan jika suka lengan bawah tu besar, boleh aje nak buat besar macam lengan baju kurung Pahang..




Pada bahagian lengan atas tu, masukkan ke dalam 1/2 inci dan tandakan.. Kemudian barulah dipotong mengikut tanda yang telah dibuat. Tujuan mengurangkan 1/2 inci kat lengan atas tu adalah untuk mengelakkan bila pakai baju tu nanti takde la nampak berkumpul kat bahagian tu..


Ni gambar yang dah siap dipotong.. Tandakan untuk bahagian atas tu sebab takut nanti tertukar dengan bahagian bawah lengan tu pulak..


Cara nak potong pesak baju kurung..

Gunakan kain lebihan potong lengan tadi untuk memotong bahagian pesak pula. Ukur panjang pesak berserta basi yang diperlukan. Jadikan bentuk empat segi tepat seperti dalam gambar. Kemudian tandakan yang mana untuk pesak atas dan yang mana untuk pesak bawah. 


Rujuk pada gambar step by step ya...






Potong bahagian yang berlipat seperti gambar kat bawah ni.. Ada orang dia tak potong bahagian ni.. Dorang main jahit je.. Tapi aku tak suka sebab nanti bahagian yang akan dijahit tu tak boleh dibuka dan digosok.. Bila tak boleh gosok, nanti jahitan nampak tak kemas..




Akhir sekali, tandakan bahagian pesak yang lurus tadi. Rujuk pada gambar di bawah. Tujuannya adalah supaya tidak tertukar dengan bahagian yang dipotong serong tadi. Bahagian yang bertanda ini akan dicantumkan pada bahagian badan baju. Jadinya jika bahagian yang serong tadi tercantum dengan tak sengaja pada bahagian badan, bayangkan apa rupa baju kurung tu bila siap nanti..? 


Tandakan pada bahagian bawah pesak yang lurus untuk kesemua 4 keping pesak.. (Bahagian yang besar tu..)


Cara nak potong kekek baju kurung...

Contoh ukuran kekek ialah 4 inci termasuk basi. Jadikannya 8 inci panjang dan 4 inci lebar. Potong sama rata. Kemudian lipatkan dua dan potong lagi untuk dapatkan dua keping kekek.. Potongan untuk sekeping kekek adalah empat segi sama..





Cara nak potong kain baju kurung..

Mula-mula kena ambil ukuran ponggong. Jika ambil ukuran kat bahagian badan, iaitu kat ponggong, kena tambahkan 4 inci untuk keselesaan dan basi untuk jahit zip dan anggaran 21 inci untuk 3 susunan kain (bergantung pada lebihan kain yang ada..).. Akan tetapi, jika ambil ukuran pada kain siap (readymade), ikut je ukuran lebar ponggong tu dan tambahkan 1 inci untuk jahitan zip dan 21 inci untuk susunan.. 

Contoh: 
~> Ukuran ponggong di badan ialah 38 inci.. Kemudian tambah lagi 4 inci tadi dan kemudian tambah lagi 21 inci untuk susunan kain.. Campurkan kesemuanya iaitu 38+4+21 dan bahagikan dengan 2 sebab nanti kain tu kena lipat dua sebelum dipotong.. 63 bahagi 2 = 31 1/2. Maka lebar kain yang perlu dipotong adalah 31 1/2 inci..


Jangan pulak gunakan semua lebihan kain yang ada.. Nanti kain tu terlalu besar.. Jika ukuran ponggong tu besar, boleh je gunakan semua lebihan kain yang ada.. Boleh rujuk gambar kat bawah ni..


Tandakan bahagian lebihan yang hendak dipotong..


Potong bahagian lebihan kain tadi..


Selepas itu, barulah potong untuk labuh kain.. Ukur labuh yang dikehendaki berserta dengan basi jahitan dan lipatan iaitu atas dan bawah, tandakan dan potong.. Kain yang lebih iaitu yang kecil tu adalah untuk sambungan pada bahagian pinggang.. Jangan pulak dibuang ya.. Lihat contoh pada gambar di bawah..




Dah siap potong, boleh la lipat dengan kemas.. Jangan main sumbat je.. Bimbang nanti bahagian yang dipotong tadi terburai benangnya sebab belum dijahit tepi.. Lipat bahagian kain dulu, kemudian bahagian lain tu masukkan ke dalam lipatan kain tadi.  Kalau kain cotton mungkin risiko benang terburai tu kurang sikit.. Tapi jangan buat pasal jika kainnya adalah dari jenis yang lembut dan licin..


Dah siap, boleh la dijahit tepi dulu dan lepas tu barulah boleh teruskan menjahit seperti biasa..


Boleh rujuk kat video ni tapi yang ni cara untuk potong baju kurung kanak-kanak.. 
Takpe, lebih kurang sama je caranya.. 




p/s: Agak-agaknya ada yang boleh faham tak apa yang aku cuba terangkan..? Mudah-mudahan faham la hendaknya.. Kalau takut salah atau ragu-ragu, boleh cuba dulu potong baju kurung untuk anak patung.. hehehe..

20 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Akak..

basi jahitan itu pa?

Cik Azz said...

Lana:

Cuba terbalikkan baju kurung atau baju apa je, pastu sebelah jahitan tu ada lebihan kain, yang tu la namanya basi jahitan.. Selalunya lebihan kain tu dalam 1/2 inci ataupun 3/4 inci..

Tujuan ada basi jahitan tu ialah jika baju terkecil/terketat, boleh buka jahitan asal dan jahit semula kat atas kain basi jahitan tadi..

Tinta Lana said...

Oh..ya2, tu namanya basi jahitan.. huhu..nampak benar saya tak tahu apa2 ilmu jahitan ni..

fikasakina bte Ab.Rahim said...

Akak..boleh ajar saya menjahit x?sbb saya mmg nk belajar buat baju kurung sndiri..saya nak belajar dari zero..boleh kak?

Unknown said...

bagus share mcm ni..sy walaupun lelaki tpi sy suka bju kurung..bkn kta suka pkai tpi suka tengok seninya..
cuba tengok page ni:https://www.facebook.com/bajurayakurungmodencantik

raihanah said...

asslamualaikum..mohon share nota yg cik azz buat dlm blog ni....terima kasih.

raihanah said...

Asslmualaikum..mohon share segala nota...baru bljar nk jait....tq cik azz

Unknown said...

bagusnya sharing pasal menjahit...keep up the good sharing yer sis..

btw..jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

Unknown said...

Terimakasih untuk sharing informasinya.. Ingin membuat baju dengan pola yang sudah jadi?. Download saja di Fitinline..

Unknown said...

Kak,

Boleh explain dekat saya kira2 untuk punggong. masih tak berapa faham

Cik Azz said...

Hanida Ismail..

Kira-kira untuk ponggong secara basic adalah:

Keliling ponggong bahagi 4 + 1

Contoh keliling ponggong: Untuk ukuran tetap iaitu ukuran pada badan.

38 bahagi 4 campur 1 = 9.5 + 1 = 10.5


Jika untuk kain baju kurung, kena tambah lagi beberapa inci untuk lipatan bergantung pada lebihan kain yang ada..

Unknown said...

klo minat mnjahit n nk wat income..bljr la dari asas..pegi kelas menjahit..sy bljr mnjahit dekat KEMAS daftar rm30..sebulan rm10..

Unknown said...

terima kasih atas ilmunya





www.ejaketkulit.org

Unknown said...

Saya nk tnya... Jika baju ketat sikit... Blh tak buka bhgn blkg tu... Ada kesan pd bntk cutting baju tak???

siti zubaidah bt basrah said...

Assalamualaikum, kak, saya nak tanya, kalau kaun tu corak bubga, nak potong pesak sama jugak ke?

Risau je nanti bunganya terbalik pulak di dipesak nanti😅

Terima kasih sudi jawab.

Unknown said...

Boleh tahu cara gunting ni ira apa ya? Melintang atau lurus?

Cik Azz said...

Jika kain banyak lebih, boleh je potong pesak tu satu-satu. Tapi jika kain ngam-ngam je, terpaksalah potong pesak tu macam biasa.

Cik Azz said...

Baju apa tu? Biasa kalau baju kurung ketat, buka jahitan pada cantumam pesak dan badan.

Cik Azz said...

Sama-sama.
.
Dah bertahun baru balas komen ni. Haha. Maafbya..

Cik Azz said...

Betul tu. Takpun belajar kat Giat Mara. Saya dulu belajar kat Dian Training Center.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)