Assalamualaikum...
Proses buat baju Omak...
Aku memang tak ambil tempahan untuk baju berfesyen ni kecuali jika ada yang bersungguh-sungguh minta tolong jahitkan, baru aku ambil. Dan itupun bergantung pada jenis kain. Untuk baju berfesyen, aku jahitkan baju Omak aku je iaitu maxi yang simple je. Sesekali aku jahitkan juga baju kakak aku..
Kat sini aku kongsikan sikit 'perjalanan' semasa membuat baju maxi Omak aku tu yang bermula dari mencantumkan lapik leher hinggalah kepada menambah sedikit manik yang juga simple..
Biasanya aku letak poket yang macam poket seluar tu tapi kali ni aku letak poket tampal macam poket baju kurung. Lagipun kain tu agak gelap, takde la nampak sangat warna benang jahitan poket tu..
Jahit baju maxi macam ni kalau diikutkan senang la jugak. Cuma agak cerewet kat bahagian leher tu la. Dan lagi satu, aku cukup malas nak melukis pola/dasar baju. Inipun aku gunakan pola/dasar baju yang lama, yang dah bertampal-tampal dah.. Lagi satu malasnya ialah nak kena gelek dengan kertas karbon untuk menandakan tempat jahitan kat baju tu. Kertas karbon aku cuma ada warna hitam je. Buatnya dapat kain yang warga gelap, dah tak nampak kesan gelekan tadi... Terkebil-kebil la biji mata ni haa nak cari mana la tanda tu..
Manik yang dah bersawang, dah lama tak digunakan...
Kat bawah ni aku tunjukkan sikit cara nak jahit manik seperti yang aku buat kat baju Omak aku tu. Video ni bisu, takde suara aku ya. Jangan pulak pergi kuatkan volume. Aku tau suara aku 'mengerikan', sebab tu aku buat video bisu je.. hehehe... Lagi satu, ni pertama kali aku buat video ajar cara jahit manik ni.. Maaf jika terdapat banyak kekurangan.. Sila fokus pada cara menjahit manik tu je.. Jangan fokus kat jari yang dah berkeduts ittew... huhuhu...
Manik tu boleh je gantikan dengan manik lain yang disukai. Pastikan jahitan tak longgar atau tidak terlalu ketat.. Pastu masa jarum tu patah balik ke atas, pastikan tempat cucuk jarum tu sama paras dengan panjang manik yang pertama. Setiap kali nak jahit manik yang baru, jarum tu dicucukkan ke arah 45 darjah..
Yang bawah ni cara dia sama je dengan yang di atas. Bezanya ialah yang di atas tu cucuk jarum arah ke bawah manakala yang di bawah ni, cucuk jarum arah ke atas.. Sekali pandang macam jahitan manik crumble jugak.. hehh..
Ni baju aku.. :)
p/s: Setakat ni je yang aku boleh bantu. Kalau nak cuba buat tu, silakan buat dari sekarang. Nanti raya dah boleh pakai dah baju yang bermanik.
4 Tukang Tembak:
Azx..akak kalau pasal monjahit ni kalah.jahit soluar kuyak boleh la azz.jahit loncano sekolah anak pun boleh he he
Untung lah dapat ilmu menjahit mcm sis azz...suka sgt tgk baju mama azz...lawooo...tp lagi lawaaa baju kak azz...bermanik2 :)
Kenapala saya rasa tergelak bila tang, 'aku tau suara ak mengerikan' tu,hehehe. Akak ni..suka merendah diri.. :)
Tgk, ad plak ayat jari berkeduts la plak,hahaha. Saya pernah bljr jahit manik ngan makcik saya. Dia bawak bhn2 mnjahitnya balik kmpg, dgn hrpn nak share ilmu dgn ank2 buah mompuan dia.
Last2 yg join saya dgn sorg lagi spupu..tu pun, baru jahit skit, terus tingglkn je,ekeke. Saya tabik dgn org menjahit..sgt perlukan kesabaran..
cantikkk.. kreatif gak akak ni yer...
Post a Comment