Assalamualaikum...
Jodoh Itu Milik Kita: Dari novel ke drama adaptasi..
Jodoh Itu Milik Kita atau JIMK ini merupakan novel pertama Sara Aisha. Ianya mengisahkan perkenalan di antara Dahlia dan Marina yang kemudiannya membawa Dahlia kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina iaitu Syafiq. Atas rasa hormatkan Marina dan simpati atas Marina yang menghidap kanser perut, Dahlia setuju untuk menerima Syafiq walaupun dia tidak pernah bercinta dengan lelaki tersebut.
Namun, Syafiq tidak menghadirkan diri di hari pernikahan mereka kerana dia tidak dapat menerima jodoh pilihan ibunya. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat sahaja. Demi untuk menjaga airmuka keluarga mereka, abang Syafiq iaitu Aariz Danial yang baru balik dari Melbourne terpaksa menggantikan adiknya dengan mengahwini Dahlia.
Buat Dahlia,
I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini, for the sake of umi. Tapi saya gagal!!! Please forgive me....
Syafiq.
Pada mulanya Dahlia tidak bersetuju Aariz menggantikan Syafiq. Namun, setelah dipujuk oleh Marina yang terus-menerus menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, maka Dahliapun bersetuju untuk meneruskan pernikahannya dengan Aariz.
"Please Lia. Tunaikan permintaan umi. Umi merayu pada Lia..."
Walaupun sudah berkahwin, Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan kerana masing-masing masih lagi merasa janggal atas pernikahan yang tidak dirancang. Lama kelamaan, tanpa mereka sedar, cinta mula berputik di hati mereka.
"Perempuan jenis apa saya ni..? Saya rasa macam... macam saya ni murah sangat. Boleh diambil, boleh dibuang macam tu aje..!!!"
Syafiq pula melarikan diri ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya iaitu Alya tanpa mengetahui bahawa Dahlia sudahpun menjadi isteri kepada Aariz. Bagaimanapun, hubungan Syafiq dengan Alya tidak seperti yang Syafiq harapkan. Alya sudah ada kekasih baru dan mahu putuskan hubungannya dengan Shafiq.
Syafiq kembali ke Malaysia setelah dipujuk oleh Aariz kerana ibu mereka sangat rindukan Syafiq. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan bencikan Aariz semakin membuak-buak. Syafiq berazam untuk merebut kembali Dahlia dari tangan Aariz dan memusnahkan kebahagiaan antara Aariz dan Dahlia.
Kenapa Syafiq begitu mendendami Aariz..? Berjayakah Syafiq merampas Dahlia daripada Aariz..? Adakah Dahlia akan kembali kepada bekas tunangnya itu dan meninggalkan suaminya, Aariz..? Adakah Aariz akan menceraikan Dahlia dan sekali lagi berkorban untuk Syafiq..? Semuanya akan terjawab jika baca novel Jodoh Itu Milik Kita ini.. *nak tunggu drama lambat sikit nak tau ending dia, kan.. hehh..
Drama Jodoh Itu Milik Kita ini akan mula bersiaran pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD iaitu cenel 134.. Yang takde astro atau yang ada astro tapi tak melanggan cenel 134 tu, kita tengok je kat Dailymotion. Mana la tau kot-kot ada yang rajin upload kat situ.. *Akupun takde cenel 134 ni.. Tak mampu nak langgan.. huhuhu.. Watak Dahlia ialah Tiz Zakiah dan watak Aariz dipegang oleh Farid Kamil..
Aku suka novel JIMK ni.. Bab drama adaptasi ni, entah la.. Harap-harapnya menjadi la seperti apa yang ada dalam novel tu.. Jangan la banyak sangat ubah skrip. Jangan la pelakonnya kayu, keras dan kejung serta nampak kaku tanpa emosi... huhuhu.. *Masih lagi ralat dengan adaptasi Teduhan Kasih yang banyak diubah-suai..
p/s: Novel kedua Sara Aisha iaitu Chan Rak Ter ni pun best jugak.. Cubalah beli dan baca.. Pasti akan teruja nak tau kesudahannya yang tidak diduga... hehh...
3 Tukang Tembak:
Saya belum baca JIMK lagi. Tapi Chan Rak Ter memang sangat mantap dan matang. 2 thumbs up!
nak tgk tiz zaqyah..suke tgk die berlakon....
wah.. nk kua tv lak ke.. kite dh bli nvl ni, tp x baca2.. eksaited!!! hihi
opps,slamat ari raya :)
Post a Comment