Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 24, 2014

Cara paling mudah nak buat inti kelapa...

Assalamualaikum...

Cara paling mudah nak buat inti kelapa...


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku buat inti kelapa ni.. ahahaha... Sebelum ni aku pernah buat sekali tapi tak menjadi.. Disebabkan mak aku suka makan kuih bom bijan berintikan inti kelapa ni, maka aku gigihkan jugak bertanya orang.. 


Kakak aku kata, sonang yoo nak buek ehh.. Betul la senang kalau dah tau sukatan yang bersesuaian.. Yang jadi susah tu sebab masih teragak-agak dengan sukatan.. Tak tau sukatan yang betul.. Macam orang memandu kereta jugak.. Bila teragak-agak nak memotong, maka lain pulak yang jadi.. *cehh, siap ada contoh lagi.. hehh...


Disebabkan aku dah berjaya buat inti kelapa ni, meh aku kongsikan cara nak buat pulak... Mana la tau kot-kot ada jugak spesis manusia macam aku yang tak reti nak buat inti kelapa ni.. hehehe.. Ni resepi aku sendiri tau.. Jangan pulak kata aku copy and paste resepi orang.. hehh...




Bahan yang kita perlukan adalah:

1 biji kelapa yang sesuai dibuat inti - parut ambil isi putihnya sahaja..
3 ketul gula melaka saiz kecil macam dalam gambar kat atas tu..
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air - nak guna air kelapa itu sendiripun boleh..
1/2 sudu kecil garam halus - anggaran secubit dua


Cara nak buat:

1) Masukkan gula melaka + gula pasir + air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Lepas tu masukkan garam..

2) Kemudian tapiskan air gula tadi ke dalam kuali..

3) Lepas tu, masukkan kelapa parut tadi ke dalam kuali berisi air gula tadi dan masak dengan api yang sederhana. 

4) Masak hingga air tu kering.. (Kalau suka inti kelapa tu basah, tak perlu la sampai kering sangat..)

**Walaupun dah ada sukatan, kena rasa jugak sebab lidah masing-masing tak sama.. Ada lidah pendek.. Ada lidah panjang.. Ada lidah menjelir.. Banyak lidah bercabang... Dan semua lidah tak bertulang.. heeeeee... 




p/s: Okay, dah siap... Senang je rupanya nak buat inti kelapa ni.. hikhikhik...

9 Tukang Tembak:

Angah said...

lepas ni selalu la buat kuih kegemaran omak akak tu ye....tersenyum omak...

Unknown said...

ok jugak ek..saya selalu guna gula merah..leh try gula kabung lak

Unknown said...

Minta izin share resepi ye..tq

Cik Azz said...

Angah.. Ahahaha... Selagi tak muak, buatkan je la..

Mizz Miaizzati... Gula merah ni kena tapis dulu air dia.. Takut nanti berpasir..

Siti Mariah... Sila-sila share.. Apa-apa yang dirasakan bermanafaat kat blog ni, jika nak share, dipersilakan..

p/s: Terima kasih semua sudi singgah sini.. :)

Unknown said...

sayapon nk copy resepi ni..nk buat pau bru terhegeh cari resepi..mmg mudah n simpel

Unknown said...

Wahhh beshnyeer! Tapi panjang sgt nk baca, jadi saya scroll tengok gambar2 je. 1st pic tu saya jangka adalah gambar tudong periok stainless steel made in siam saiz sederhana, yg org slalu guna bila kenduri, ditepek atas dia apa yg saya jangka 3keping gula melaka berbalut daun (nipah?)... 2nd pic pulak adalah tudong balang plastik ala2 tupperware yg org slalu buat kutu2, ditepek atas dia apa yg saya jangka sepiring daging rendang, yg nampak amat menggiurkan! :-) syabas kerana mencipta resepi daging rendang guna gula melaka, besh!

Unknown said...

ada je spesies yang tak reti (saya lah tu :p)

Unknown said...

nak tanya....inti kelapa ni kalau simpan dalam peti ais berapa lama boleh tahan?

Cik Azz said...

Unknown.

Setahu saya, makanan yang dimasak, jika simpan dalam freezer/peti beku, ia tahan sampai 3 bulan.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)