Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 18, 2014

DIY: Ikat selipar buruk... :D

Assalamu'alaikum...

DIY: Ikat selipar buruk... :D


Kita sering bersungut dengan kenaikan harga di pasaran biarpun barang yang kita beli itu cuma sepasang selipar untuk 'basahan'.. Bersungut, merungut, membebel dan sebagainya memang menjadi kepandaian kita.. Tip top, bak kata pengusaha kosmetik.. hehh.. 


Apa kata kita usaha sikit mencari jalan penyeselaian untuk mengurangkan bajet membeli selipar 'basahan' ini.. Selipar ni dulu harga dia cuma RM5 untuk sepasang.. Sekarang ni dah RM10 dah.. Itupun bergantung pada saiz.. Kalau saiz besar, besar la pulak dia punya RM..  *ya, entri ini hanya berkaitan dengan selipar basahan sahaja.. :D




Gambar kat atas tu salah satu contoh selipar 'basahan' yang ada kat rumah aku.. Dan gambar kat bawah pula merupakan bahan yang perlu ada untuk melakukan DIY ini selain daripada paku untuk menebuk lubang.. Tukul besi tu untuk ketuk paku tu, incase jika jari tak kuat nak tekan.. Manakala cable ties tu untuk jadi pengikat menggantikan benang.. *Gila apa nak guna benang... hehh..




Dan inilah hasilnya.. Dah boleh pakai dah.. Sekurang-kurangnya boleh la bertahan sementara nak kumpul dana untuk beli selipar baru.. hikk.. Selipar dalam gambar kat atas tu dengan selipar kat bawah ni tak sama ya.. Kang ada pulak yang tanya, kenapa selipar atas tu koyak dia sebelah kanan tapi yang kena 'jahit' selipar belah kiri.. Jenuh pulak aku nak menjawab nanti.. Dah macam citer Madu 3 pulak.. haha..




Ni lagi satu selipar 'basahan' yang aku telah DIY.. Yang ni selipar jepun.. Selipar ni dah banyak kali masuk tong sampah.. Tak tau la siapa yang humban.. Tapi, setiap kali nampak, aku yang 'prihatin' ni ambil balik dan letak kat tempat biasa.. Setiap kali macam tu.. Sudahnya, aku letak selipar tu kat tempat yang selamat sikit sebelum aku buat DIY.. Kadang-kadang nak buat DIY on the spot tu memang tak sempat.. Kadang-kadang tu pula lupa.. hahaha..


Tengok sekali imbas pada gambar macam takde cacat cela, kan...? Kesian dia, rupa ada tapi dah kena campak masuk tong sampah.. hehh...




Ni dia punya kecacatan... Sikit je pun.. Lubang untuk sangkut tali tu dah besar.. Tu yang buat selipar ni kena campak sebab bila pakai je, tali tu terangkat.. Mana nak selesa pakai selipar macam ni, kan...?




Untuk penyelesaiannya, aku lilitkan cable ties kat batang tali tu.. Ikut kreativiti masing-masing la nak buat macam mana.. Yang penting selipar tu masih boleh digunakan.. Dan selipar ni aku letakkan kat dalam jamban sebab dalam jamban mana ada kita nak berjalan-jalan ataupun beria sangat bergerak... Janji kaki ada alas.. ahahh..




Sekian tips DIY untuk kali ni.. Nak ikut, ikutlah.. Tak nak ikut, terpulanglah.. 


p/s: Aku ni memang suka DIY untuk menjimatkan bajet sebab aku bukannya kaya raya macam orang lain yang boleh pakai selipar branded...

2 Tukang Tembak:

Butik GebuGebu said...

haha..menarik! selalu selipar terus buang je kan klo dah macam ni

nur nabihah yunus said...

kreatif. tak pernah buat lagi diy tali selipar.

kalau selipar baru ada yang kena sampai rm 15. pasal nak tahan lasak punya hihi :)

salam perkenalan
Nabihah

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »