Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, November 17, 2014

The version of my tomyam.... ahahh...

Assalamu'alaikum...

The version of my tomyam.... ahahh...

Semalam the version of my ayam masak merah.. Hari ni the version of my tomyam la pula.. ahahh...


My tomyam ni sangatlah sempoi.. *macam tuannya jugak.. ahakk.. Sebabnya, just gunakan aje apa yang ada dalam peti sejuk.. Sebelum ianya mengecut atau membusuk, apa kata kita lempar ke dalam periuk dan jadikan satu menu yang cukup ringkas.. Tak perlu nak berperang meletup-letup untuk menumis.. Tak payah susah-susah sinsing lengan baju dok perah kelapa.. Guna air pun boleh.. hehehe..




Resepi tomyam aku ni ringkas je.. Ni resepi sendirian berhad ni.. Takde nak jumpa kat mana-mana melainkan kat sini je.. keh keh keh.. 




Bahannya adalah: Satu mangkuk ayam, 6 biji tomato, 2 batang carrot, 4 ulas bawang putih, 8 ulas bawang merah (kes takde bawang besar.. haha..), 3 helai daun limau purut, sebiji cili merah, sebiji limau nipis, secubit rosemary whole, satu kiub pati ikan bilis, sedikit garam, perencah tomyam dan air secukupnya.. 




Masakkan air + perencah tomyam + bawang putih + bawang merah + daun limau purut hingga sedikit mendidih.. Lepas tu masukkan ayam + rosemary whole.. Kacau-kacau.. Bila ayam dah mula nampak macam dah lembut, masukkan carrot.. Bila carrot dah sedikit empuk, masukkan tomato.. Kacau-kacau sekejap dan tutup api.. Akhir sekali masukkan garam.. Kacau sedikit supaya garam larut dan rasa.. 




Kalau dulu, asal nak memasak je, mesti nak semua bahan dan peralatan serba lengkap dan ikut resepi betul-betul.. Kalau takde, memang takde harapan jugak la nak cuba resepi tu.. Teruk sungguh perangai.. ahahh... 


Tapi sekarang ni takde dah macam tu.. Asal ada watak utama, tambah satu dua watak sampingan, itu dah cukup memadai dah.. Pandai-pandai pengarah la nak variasikan watak yang ada.. ehhh... haha...


p/s: Batang kayu tu pun kalau dipotong sebaik mungkin, dihias cantik-cantik sapu krim coklat ke, apa ke, lepas tu diletak dalam pinggan, orang telan airliur jugak menengoknya.. errrrrrr... ahahh... 

1 Tukang Tembak:

Cik Iman said...

Tak kisah resipi cam mana pun asal boleh makan :D baca doa makan dulu. bismillah~

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »