Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 19, 2014

Hari entri penyet ke ni...?

Assalamu'alaikum...

Hari entri penyet ke ni...? 

Hari ni aku tengok ada dua orang blogger yang ada dalam bloglist aku buat entri berkaitan dengan penyet.. Mereka adalah Cik Ina dan juga blogger masakan yang famous ni.. Nak tengok apa entri mereka, silalah terjah link berkaitan.. *Dah lama tak jenguk blog Cik Ina.. Rupanya dah bertukar blog.. Patut la lama tak nampak.. 



Aku pulak sampai sekarang tak pernah makan ayam penyet.. Rupa ayam penyet tu pun aku tak pernah tengok... hehh.. Bila baca entri Ita, barulah tau.. Siap ada penerangan lagi yang Ita beri..  Dan yang paling penting, ada resepi ayam penyet ni.. Siapa rajin, boleh la mencuba.. *Terima kasih atas info pasal penyet ni..


Hari ni atau lebih tepat lagi, baru sekejap tadi aku buat nasi goreng.. Tak tau nasi goreng apa yang aku buat ni.. Kalau letak nama nasi goreng penyet boleh kott... Penyet sebab nasi tu kena ramas-ramas dulu sebelum digoreng.. muahahaha... 


Okay la, jom tengok gambar... krik krik krik... 






Licin bebb... Lapar punya pasal.. Dah la hari asyik hujan je.. Apapun, Alhamdulillah.. 


Cili padi empat serangkai tu hiasan je.. Lepas siap ambil gambar, terus simpan balik dalam peti sejuk.. Takde maknanya aku nak gigit-gigit manja cili api tu.. Aku mana tahan pedas.. Kalau tau dek orang kampung, mau dorang perhambat aku ni.. Buek malu oghang Ghombau yoo tak tahan podeh..!


p/s: Sekian entri untuk kali ini.. Sejak akhir-akhir ni aku asyik buat entri pasal makan-makan dan masak-masak je, kan.. Itu tandanya aku sedang cuba untuk tenangkan diri.. Jalannya adalah mencari terapi.. hikkss..

3 Tukang Tembak:

Liza Licha said...

singgah BW :) jalan-jalan petang kat blog ni

arhammdali90 said...

Dekat Mansoura ni ada 4 restoran Indonesia, so memang dari first year dulu selalu sangat makan ayam penyet. Sedap - dia macam ayam bakar berempah.

Norlinda Sharif said...

Hai salam perkenalan

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »