Assalamu'alaikum...
ISU DENGKI..
Dengki ni ada dua kategori... Satu positif dan satu lagi negatif.. Ini menurut persepsi aku la ya..
Dengki yang positif ni ialah apabila kita tengok orang lain berjaya, bahagia dan sebagainya iaitu yang baik-baik sahaja, maka kita akan turut berazam serta berusaha untuk menjadi seperti dia.. Walaupun level antara dia dan kita mungkin tak sama, tapi tujuan ke arah menuju kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan itu yang penting.. Bersainglah secara sihat bukannya bersaing sambil mengumpat.. *wink
La Tahzan..
Dengki yang negatif pulak macam biasa la, dok buruk-burukkan nama kita dan sebagainya.. Alaa, macam yang selalu keluar dalam drama dan novel Melayu tu laa.. hehehe... *padahal banyak lagi yang positif boleh diikut namun yang negatif jugak yang dipilih..
Moga dijauhkan segala yang negatif dari jiwa dan minda serta kehidupan kita.. Amiinn... Jika ada rasa negatif tu, tukar kepada positif..
*Entri ini ditulis bila baca entri kat blog Ju dan inilah yang aku tulis kat ruangan komen entri tersebut.. *Cuma kat sini ada yang aku tambah sikit laa.. hehh..
p/s: Jauhkan diri dari menjadi pendengki yang negatif kerana dari dengki sebegitulah datangnya dendam.. *Peringatan untuk diri sendiri..
4 Tukang Tembak:
Alhamdulilah, terharu sis panjangkan isu ini didalam entry terbaru kak azz...subhanaAllah perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat menjaga diri sendiri daripada jauh tersasar ke arah jadi pendengki...julia nak tanam dlm diri dengki yg positif utk kuatkan motivasi gapai seperti mana orang lain boleh dapat...itulah dengki yang membawa kebaikan utk diri sendiri...dengki yang bawa keburukan seperti contoh yg sis sisipkan seperti diatas...terbaik sis azz...jom sama2 kita muhasabah diri :)
Good sharing..:-)
nauzubillah, moga kita dijauhi ....
Allahu... dengki itu seharusnya dijauhkan.. kerana ia membawa kpd penyakit hati :D
Post a Comment