Assalamu'alaikum...
Kawal sikit nafsu tu...
Kadang-kadang, bila tengok orang makan macam-macam, rasa teringin jugak nak buat perkara yang sama iaitu makan ikut suka, makan ikut selera, makan ikut hati, makan tanpa peduli apa-apa... Yang penting hepi dapat makan macam-macam dan sedap pulak tu.. Burp..! Kenyang..! Alhamdulillah...
Namun, apabila teringatkan deretan ubat yang mak aku kena telan setiap hari, rasa teringin nak makan macam-macam tadi tu sedikit demi sedikit beransur pergi.. Hilang terus selera nak melantak yang macam-macam tu.. ahahh.. *mak aku ada diabetes dan darah tinggi tapi dia punya ubat berderet-deret, bukan setakat ubat untuk dua jenis penyakit tu je..
Aku bukan jenis penakut makan ubat.. Aku takut jika sepanjang hidup terpaksa bergantung pada ubat-ubatan.. Rasa macam tak mampu nak disiplinkan diri untuk menelan ubat setiap hari.. Jadinya, untuk apa aku menyiksa diri.. Lebih baik aku cuba kawal nafsu makan itu..
Dan apabila tengok orang yang saiz badan dia terlalu besar tapi makan tanpa mengira had, aku pulak yang jadi takut.. Aku bukan takut gemuk.. Tak kisah la gemukpun.. Aku takut gemuk yang berpenyakit dan penyakit itu berangkai-rangkai..
Moga dijauhkan dari sebarang penyakit berbahaya lagi kritikal.. Tapi jika penyakit itu tetap datang, nak buat macam mana.. Redha dalam terpaksa je la... Itu namanya kun faya kun..
p/s: Apa-apapun, cegah sebelum parah; beringat sebelum kena; kawal selagi mampu..
4 Tukang Tembak:
salam ziarah
berat badan berlebihan / obese tu antara pemangkin utk dpt semua penyakit berangkai tu. jom2 sama2 kita live healthy lifestyle :D
Mencegah lebih baik dari merawat.. Semoga kita semua sehat..
Salam ziarah.
http://www.papaglamz.com/?m=1
amin, moga dijauhkan dari segala penyakit......jaga makan memang perlu....
Post a Comment