Assalamu'alaikum...
Nak bantu yang mana dulu..?
Entri takde kaitan dengan siapa-siapa... Sekadar bertanya sahaja infact jika situasi begini jadi pada kenalan rapat kita ataupun orang yang kita kenali, pihak mana yang perlu kita utamakan dahulu..
Situasi A:
Dia mendapat musibah apabila hilang tempat bergantung such as kematian suami atau orang tua atau orang yang menjadi tonggak utama mencari rezeki dalam keluarga.. Tambahan pula keluarga mereka kurang berkemampuan.. Tiada pendapatan selain daripada mengharapkan bantuan orang ramai..
Situasi B:
Dia ditimpa masalah bila kena tipu dalam talian ataupun kena kencing such as terlalu percaya dengan orang lain yang menawarkan ganjaran wang ringgit yang besar.. Orang lain tu tak kira la samada dikenali ataupun tidak dikenali..
Antara dua situasi di atas, pihak mana yang perlu kita utamakan..?
p/s: Aku mungkin pilih A dahulu.. Sebabnya pihak A dah tentu-tentunya orang susah yang kurang berkemampuan.. Pihak B tu biarlah dahulu.. Sebabnya takut bila dibantu, dia lupa apa yang telah dia buat.. Bak kata orang, dia tidak belajar dari pengalaman masa lalu.. Jadinya, biarlah dia menggelabah dahulu..
1 Tukang Tembak:
A lebih layak ditolong
B tu kalau terlebih sgt boleh lah tlg, tp sblom tolong,, kasi berus, basuh n sidai smpi kering. hihi
Post a Comment