Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, March 28, 2015

Bunyi apa ni..??

Assalamu'alaikum...

Bunyi apa ni..??


Aku selalu dengar bunyi ni tapi aku tak tau bunyi tu datang dari mana.. Selalu jugak aku perhatikan keadaan sekeliling tapi takde pulak nampak apa-apa yang mungkin ada kaitan dengan bunyi yang aku dengar tu.. 


Kadang-kadang tu terasa cuak la jugak bila dengar bunyi ni.. Lebih-lebih lagi bila waktu menjengah ke tengah malam atau awal pagi.. Tapi mana boleh biarkan diri dibelenggu rasa takut tak tentu pasal, kan.. Bak kata mak aku; bila dah takut, tunggul kayupun kita sangka hantu.. hehh... 


Bunyi tu macam ni; tup... tap... tup... tap... tup... tap..., berulang-ulang kali.. Sekejap ada, sekejap takde.. Tak ke meremang bulu roma dibuatnya.. ahahh..


Setelah sekian lama, baru la aku tau bunyi tu datang dari mana.. Baru sekejap ni haa aku perasan.. Rupa-rupanya benda alah yang berbunyi tu dekat je dengan aku.. Dekat sangat...! Huhuhu...


Nak tau bunyi apa..? Moh la tengok video kat bawah ni.. Suara bunyi tu mungkin tak boleh dengar kot sebab bunyi tu tak kuat mana.. Tapi disebabkan kedudukannya sangat dekat dengan laptop aku, dan aku pulak memang selalu dok congok kat depan laptop tu, maka memang konpem aku boleh dengar punya la.. hehh...


Tak boleh dengar suara bunyi tu, boleh je tengok apa yang berlaku.. 


video


Rupa-rupanya bunyi tu datang daripada tag price Cheetah yang aku jadikan bookmark tu.. Cisss...! Caiittt...! Cehhh...! Kipas siling pulak betul-betul kat atas.. Tu yang buat tag price tu bergerak-gerak..


p/s:  Terlerai sudah misteri bunyi yang tidak diketahui puncanya selama ini.. ahahaha... 

2 Tukang Tembak:

anakomak said...

Suspen je tau hehebe...

Cik Azz said...

anakomak:

Ahaha.. Bacapun dah suspen, apa lagi yang mendengar bunyi tu.. Lagi la suspen eh botingkek-tingkek.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »