Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 19, 2017

Biskut raya 2017.

Assalamu'alaikum.

Biskut raya 2017.

Inilah biskut raya yang aku baru buat untuk tahun 2017 ni. Dua-dua jenis biskut ni main gentel-gentel je. Lepas tu tekan dengan garfu. Ni la namanya biskut orang malas. Hahaha.


Mula-mula aku buat biskut coklat chip ni. Dulu pernah jugak buat. Tu yang buat lagi. Kali ni aku buat sekali banyak. Aku gunakan empat ketul butter. Tapi cuma dapat 250 biji biskut je. Mungkin sebab biskut tu saiz dia besar sikit. Takpe la. Janji dah buat. Heh.


Ni dia resepi coklat chip yang aku buat. Jika nak buat sedikit, boleh la kurangkan sukatan bahan tu. 

4 buku butter - 250 gram setiap satu buku
400 gram gula castor
1 kilo tepung gandum
1 sudu makan baking powder
4 biji telur
2 cawan coklat chip
2 cawan badam cincang 
2 sudu makan shortening 


1- Satukan semua bahan kering ke dalam bekas dan gaul rata. Ketepikan sekejap.

2- Putar/pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan juga shortening.

3- Masukkan telur satu persatu sambil teruskan memukul.

4- Lepas tu, masukkan bahan kering tadi dan mulakan adun dengan tangan.

5- Adunan ni agak lembik sedikit. Masa nak gentel buat bulat-bulat tu, kena letak tepung gandum pada tapak tangan dan hujung jari. Jika tak nak buat bulat-bulat, boleh je terus gunakan sudu dan susunkan dalam loyang yang telah disapu gris/butter.

6- Panaskan dahulu oven pada suhu 170C selama 10 minit.

7- Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga biskut masak. Masa pembakaran bergantung pada jenis oven masing-masing.








Dah lama oven letrik aku ni terbiar. Tahun lepas aku tak buat biskut raya.



Lepas siap, kena terus cuci peralatan. Jangan simpan dalam sinki sebab nanti kepala kita yang sakit tengok sinki penuh dengan peralatan yang tak berbasuh. 


Dapat banyak ni.


Tengah hari semalam, aku buat pulak biskut oat ni. Bermula dari tengah hari aku dah adun dah. Lepas tu terus sambung gentel-menggentel dan letakkan dalam loyang. Lepas asar, baru aku mula bakar. Sambil masak lauk untuk berbuka, sambil bakar biskut raya. Kena pandai buat kerja dalam satu masa.


Ni resepi biskut oat yang aku buat. 


4 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan quaker oat 
1 1/2 cawan gula castor - aku keluarkan 2 sudu makan gula tu dari sukatan
1 sudu makan baking powder
1 cawan coklat chip
1/2 cawan susu tepung - aku gunakan susu tepung Everyday.
2 sudu makan shortening
3 buku butter
1/2 cawan tepung gandum tambahan - jika adunan terlalu lembik.


1- Masukkan semua bahan kering ke dalam bekas dan gaul sebati.

2- Masukkan butter dan mulakan mengadun. Masukkan butter satu persatu. 

3- Masukkan pula shortening dan adun sehingga adunan menjadi doh. Jika adunan lembik dan susah nak bentuk, boleh tambahkan sedikit tepung gandum tapi jangan sampai adunan tu keras. Yang ni kena pandai ejas sendiri dia punya tahap kelembutan adunan tu.

4- Bentukkan bulat-bulat dan susunkan di dalam loyang yang telah digris.

5- Tekan doh tadi dengan garfu.

6- Panaskan dahulu oven selama 10 minit pada suhu 170C.

7- Lepas tu, boleh la bakar biskut tadi selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga biskut masak atau bergantung pada jenis oven masing-masing.


 Gaulkan semua bahan kering biar sekata.


 Lepas tu masukkan butter dan mulakan meramas mesra. Haha. Masukkan butter ni satu persatu. 



 Jangan terus buang pembalut butter ni. Tenyehkan lebihan butter yang ada kat pembalut tu pada loyang.



 Garfu tu kena tenyehkan dahulu dengan tepung gandum, baru tekan pada doh biskut supaya ia tidak melekat. Jika garfu tu melekat pada biskut, ia akan merosakkan permukaan biskut tu.





Rangup! Dan ia tidak terlalu manis. Sedang-sedang je manis dia macam orang yang buat biskut ni jugak. Ahaha. 


Alhamdulillah. Dah dapat dua jenis biskut raya dah. Lepas ni aku ingat nak buat biskut tart nenas pulak. Mungkin buat sikit je sebab stok jem nenas tak banyak mana.


p/s: Buat biskut sendiri lebih menjimatkan dan puas hati.

2 Tukang Tembak:

Migha said...

Menariknya tengok biskut-biskut tue. Boleh la try bila balik kampung nanti.

nini said...

Dulu masa bujang suka jugak buat biskut sorang sorang...ikut resepi sebijik sebijik...haha..la ni tak dan dah...hihi

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »