Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 20, 2017

Rezeki untuk orang yang rajin. Heh.

Assalamu'alaikum.

Rezeki untuk orang yang rajin. Heh.


Beberapa hari lepas, tak ingat dah hari apa, aku kemas la sikit bahagian dapur rumah aku ni. Ikutkan memang malas sangat nak kemas tapi aku gagahkan jugak diri.


Lepas tu, masa mengemas tu, hati dok berbelah bagi je samada nak basuh atau tidak tikar getah pelapik rak kayu tu. Lima enam kali jugak la aku dok berkira-kira. Punyalah malas. Haha.


Akhirnya, aku basuh jugak tikar getah tu sebab nampak memang dah hodoh sangat dah. Masa angkat tikar getah pada rak yang kedua tu, mata terpaku sekejap pada sesuatu. Eh! Eh! Eh! Apakah?


Dan, akupun terus la belek dan ambil apa yang aku tengok tadi. 




Ingatkan cuma sekeping je. Rupanya tiga keping weiii...! Apa lagi, seronok sakan la. Hilang sekejap rasa penat mengemas tadi. Hahaha.





Akupun bagitau mak aku yang aku jumpa duit selit dia. Tapi aku siap cakap yang duit tu aku nak sebab upah penat mengemas. Mak aku sengih je lepas tu abang aku kata; mak cakap ambik la. Hahaha. Alhamdulillah, terima kasih mak. Boleh la aku masukkan dalam tabung aku pulak. Hehe. Boleh la simpan dalam tabung haji. 


p/s: Niat kena ikhlas maaa.. Niat ikhlas memang nak mengemas. Jangan pulak niat mengemas sebab nak cari duit terselit tu. Tu dah kira memang ada niat nak menyelongkar dan mencuri. Kang tak memasal jadi macam bibik viral tu. Na'uzubillah.

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »