Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Pucuk Ubi Kayu. Show all posts
Showing posts with label Pucuk Ubi Kayu. Show all posts

Tuesday, May 30, 2023

Cabut ubi kayu

Assalamu'alaikum.

Cabut ubi kayu.

Alhamdulillah. Pokok ubi kayu yang aku tanam awal bulan februari hari tu dah boleh cabut dah. Banyak juga isi dia. Kali pertama cabut pada 20.5 hari tu. Selang empat hari, cabut untuk kali yang kedua pulak. Dapat la bagi jiran sikit.




















Bawah ni cabutan untuk kali yang kedua pulak. Lepas cabut, terus bersihkan kawasan. Nanti nak tanam batang ubi kayu tu balik semula.








p/s: Jom tanam ubi kayu. Tanam dalam pasu pun boleh. 

.

Tuesday, June 20, 2017

Masak lemak cili padi udang galah berencahkan pucuk ubi kayu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi udang galah berencahkan pucuk ubi kayu.


Alhamdulillah. Ini lauk untuk aku berbuka puasa petang tadi. Aku buat masak lemak cili padi berencahkan pucuk ubi kayu. Pelik ehh? Haha.




Pagi tadi aku ke pekan sehari. Nampak la udang galah ni yang dijual secara longgok. Satu longgok dalam piring plastik tu harga dia RM10. Aku tengok ada la dalam enam ekor udang galah tu. Akupun pegang la sikit badan udang galah tu. Takde la pejal sangat isi dia tapi takde la pulak berbau busuk yang menunjukkan dia dah buruk. Makanya, akupun beli la dua piring. Kena la RM20. Nekad je ni beli. Lagipun memang dah lama sangat dah aku tak makan udang galah ni. Maklum la, aku bukannya orang senang nak bermewah dalam makanan.


Petangnya akupun mula la siang udang galah ni. Aku kira la balik semula ada berapa ekor. Haha. Ehh, tengok ada empat belas ekor la pulak. Mungkin penjual tu tambah kemudian lagi dua ekor tu. Alhamdulillah. Kiranya rezeki aku la nak dapat lagi dua ekor. Terima kasih pada yang memberi. Moga Allah murahkan rezeki pada si penjual tadi. Aamiin.




Kebetulan, petang tu ada la sorang jiran bertandang ke rumah untuk ziarah mak aku. Akupun cerita la fasal udang galah ni. Mak cik tu kata, masak lemak cili padi dengan pucuk ubi kayupun sedap jugak. Tu yang aku buat tu. Lagipun, nak beli sebiji nenas, nenasnya besar sangat. Takut membazir. Dah la harga nenaspun mahal jugak. Baiklah aku rencahkan dengan pucuk ubi kayu je. Petik je la pucuk ubi kayu tu kat belakang rumah. Kan dah jimat tu. Heh.


Mula-mula, aku masakkan kuahnya dulu. Masukkan sekeping asam keping dan cili padi yang dikisar dengan kunyit hidup ke dalam periuk. Kunyit hidup tu pun aku ambil dari polybag kat mini kebun aku. Masukkan santan dan masak hingga santan tu mendidih. Kena kacau sentiasa santan tu supaya tak pecah minyak. 


Lepas tu, masukkan pula pucuk ubi kayu. Masak hingga pucuk ubi kayu tu lembut. Akhir sekali baru masukkan garam dan udang galah. Kacau-kacau sekejap dan siap! Udang galah ni sengaja aku masukkan last sekali sebab tak nak dia terlampau masak. Nanti hilanglah dia punya zat dan manis. Heh.


p/s: Dan aku juga buat mee goreng kuning. Alhamdulillah. Syukur pada rezeki yang Allah kurniakan.

Saturday, September 10, 2016

Masak lemak cili padi ayam berencahkan pucuk ubi kayu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ayam berencahkan pucuk ubi kayu.


Korang dah siap masak dah ke? Aku baru je siap masak untuk tengahari ni. Aku masak sempoi je. Aku buat masak lemak cili padi ayam yang berencahkan pucuk ubi kayu. Sempoi, kan? Tu la, aku cakap sempoi, korang tak percaya. Haha.



Alhamdulillah, sekarang pokok ubi kayu tu dah besar dah. Dah tinggi menggalah. Dah boleh petik dah hasilnya. Sebelum ni kalau nak masak pucuk ubi kayu, aku selalu minta kat jiran tu. Tapi kalau aku tak mintapun, jiran aku tu rajin je offer pucuk ubi kat rumah dia tu. Dah merimbun, baik dia sedekah je kat jiran berdekatan. Pahalapun dapat, kan?




Dan inilah hasilnya masak lemak ayam yang berencahkan pucuk ubi kayu aku tu. Cukuplah satu jenis lauk je. Masak banyak-banyak jenis lauk nanti membazir pula. Akukan memang jenis yang tak suka membazir makanan. Sila ikut sikap mulia aku ni, ya. Heh.




Biasanya aku masak lemak ayam ni berencahkan kentang. Cuma kali ni aku ubah resepi biasa aku tu. Lagipun pucuk ubi kayu ni percuma, tak payah beli. Petik je kat belakang rumah tu haa. Jimat weiii.. Ahahaha.




p/s: Dah siap masak, boleh la sambung baca novel balik semula. Hehehe.

Sunday, January 3, 2016

Resepi: Masak lemak cili padi ikan kembung rencah pucuk ubi kayu...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Masak lemak cili padi ikan kembung rencah pucuk ubi kayu...

Alhamdulillah, aku baru je siap masak lemak cili padi ikan kembung rencah dengan pucik ubi kayu ni.. Sekarang ni aku selalu masak samada waktu petang atau waktu malam untuk lauk keesokan harinya.. Jadi, esoknya tu takde la aku nak duduk kat dapur je.. Panaskan aje la lauk yang dah dimasak tu.. 


Mudah je nak masak gulai macam ni asalkan semua bahan dah sedia ada.. Pertama sekali, sediakan periuk yang muka lebar ataupun kuali sebab senang nak kacau.. Kalau guna periuk biasa, leceh sebab takut ikan hancur masa mengacau.. Sukatan cili padi tu main agak-agak la ikut tahap kepedasan masing-masing..


Dah, jom layan gambar jom.. hehh...


 Mula-mula sekali masakkan kuah.. Dalam kuah tu ada sekeping asam keping, cili padi kisar, serbuk kunyit dan serai.. Serai ni tak nak letakpun takpe.. Aku letak sebab stok serai tengah banyak.. hehe.. Masak kuah dahulu sampai mendidih sebab nanti takde la nak masak lama sangat ikan kembung tu..


 Tunggu sampai kuah tu mendidih lama sikit baru masukkan ikan.. Kuah tu kena kacau selalu supaya tak pecah minyak.. Ikan kembung tu pula masukkan satu persatu ya.. Jangan pulak pergi curah semua tu macam tu je.. Habis terpercik kuah tu nanti..


 Lepas tu, terus je masukkan pucuk ubi kayu tu... Macam ikan tadi, jangan dicurah terus pucuk ubi tu.. Masukkan sikit sikit dan kacau perlahan-lahan.. 


 Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.. Sambil tu kacau-kacau la gulai tu.. Tunggu sampai betul-betul masak.. Sebelum tutup api, masukkan garam sikit dan rasa dulu... Lepas tu terus je tutup api dapur..


Dah siap..! Beginilah rupanya masak lemak ikan kembung berencahkan pucuk ubi kayu  yang aku masak..


Kecur liur tak..? Jika kecur, boleh la cuba masak sendiri ya.. Zaman sekarang ni tak boleh dah nak malas-malas memasak.. Tak boleh juga nak kata tak tau memasak sebab sekarang ni semua maklumat ada di hujung jari sahaja.. Nak dengan tak nak je.. Jangan jadikan alasan takde masa untuk tidak memasak buat keluarga..


Oh ya, pucuk ubi kayu tu memang untuk dibuat sayur.. Lain sikit dengan pucuk ubi yang kita makan ubi dia tu.. Pucuk ubi kayu ni aku minta kat jiran depan rumah.. Alhamdulillah, jiran-jiran aku semuanya baik-baik belaka dan tidak kedekut.. Kadang-kadang belum minta lagi dorang dah offer dulu dah.. hehe..


p/s: Masak sendiri lagi menjimatkan.. Dijamin bersih lagi suci murni.. hehe..

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)