Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

REMUKNYA SEBUAH FERRARI...!

Assalamualaikum...

Remuknya sebuah Ferrari...!
Harga sebiji Ferrari ni boleh beli berapa biji Proton Perdana agaknya ehh...

Ni kisah pemain Everton iaitu Saha yang mengalami kemalangan kereta. Dulu masa mula-mula tengok bola, aku ingatkan Saha ni nama orang Malaysia iaitu Sahak.. hakhakhak...

KEADAAN kereta Loius Saha yang rosak teruk akibat merempuh pagar di Wilmslow, Cheshire, Britain kelmarin.

LONDON - Penyerang kelab bola sepak Everton, Loius Saha terselamat dalam kemalangan jalan raya kelmarin apabila kereta Ferrari 458 berharga 170,000 pound (RM714,369) yang dipandunya terbabas sehingga merempuh pagar kayu di Wilmslow, Cheshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bintang bola sepak berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan mewah tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian pemandu.

Kereta sport itu dipandu sebelah kiri. Jika ia dipandu sebelah kanan, Saha kemugkinan terbunuh kerana kerosakan terus itu terdapat di bahagian kanan.

Pemain yang berasal dari Perancis itu difahamkan kelihatan terkejut dengan insiden tersebut sebelum dia kembali tenang selang beberapa minit kemudian.

Seorang saksi yang juga pemandu kereta, Anna Weatherley, 26, berkata, Saha memotong dua buah kenderaan termasuk keretanya sebelum kemalangan tersebut berlaku. - Agensi

Sumber dari sini...

Aku kata: Hari sengal sedunia.. Mood merudum.. Semuanya remuk..

NENAS atau NANAS...?

Assalamualaikum...

Nenas atau Nanas...?
Ada orang panggil nenas..
Ada orang panggil nanas..
Tak tau la yang mana satu, tapi aku panggil nenas. Macam janggal pulak nak panggil nanas..

Pineapples

Nenas ni banyak jugak manfaat dia rupanya...
Antaranya adalah:

1-Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nenas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nenas dalam masakan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nenas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekalipun.

2- Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nenas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3- Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nenas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber yang sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nenas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4- Mengatasi sembelit.
Nenas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5- Mengandungi enzim.
Nenas mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim di dalam nenas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

Aku kata: Teringat kat kawan aku yang pernah melumurkan kepala dia dengan ramasan nenas gara-gara nak meluruskan rambut kerinting semulajadi dia tu...

STREAMYX PUNYA PASAL LA NI...!!

Assalamualaikum...

Streamyx punya pasal la ni...!!

Aku dah lama tak bukak emel aku gara-gara line streamyx aku yang sangat-sangat sewel sekarang ni. Hari ni aku cuba la bukak sebab nak tengok kalau-kalau ada emel baru.

Okay, aku dapat emel dari Nuffnang ni. Emel dihantar pada 24/2/2011 yang lepas dan aku hanya dapat tengok emel ni pada 1/3/2011.. hahaha.. Apapun, terima kasih kepada pihak Nuffnang yang telah reserved dua keping tiket untuk aku walaupun aku tak pergi.

Mungkin ini adalah hadiah untuk aku atas peraduan yang dianjurkan hari tu. Saja je mencuba bakat.. Tak sangka pulak boleh dapat tiket ni.. Boleh tak gantikan tiket ni dengan BE..?? Demand la pulak.. hehe..

Invitation to Global Battle of the Bands - Grand Finale
From:
Nuffnang
Add to Contacts
To:----Thursday, 24 February 2011 18:57:09

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Global Battle of the Bands - Grand Finale happening on;
Date: 26 February 2011 (Saturday) Time: 7.00 pm Venue: KL Live, Kuala Lumpur

TWO (2) tickets have been reserved under your name and blog URL. Kindly collect your passes on the day itself at the venue from the ticket collection counter.

Have a great time on Saturday!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Aku kata: Sekadar join contest je.. Tak salah... kan...

Tuesday, March 1, 2011

HILANG..??

Assalamualaikum...

Hilang..??

Bertenang..
Takde apa yang hilang..
DJ bertugas adalah Isma Halil..
Topik yang diberi ialah mengenai hilang yang berkisar tentang kehilangan seseorang samada disebabkan kematian atau melarikan diri dari rumah tanpa dapat dikesan.. Dia tidak mati, tapi hilang..

Aku takde la fokus sangat dengar radio ni sebab tengah leka melayan tv. Entah macam mana, tiba-tiba aku terdengar la perbualan dari seorang pemanggil lelaki ni. Mungkin diapun nak berkongsi cerita atau pendapat. Tak ingat pulak aku siapa nama mamat ni... Tak kisah la tu kan..

Isma: Okay, cuba ceritakan apa yang hilang tu..

Pemanggil: (Dengan selamba menjawab...)
Berat badan saya yang hilang bang...


Hahahahaha....

Laughing Smiley

Terus meledak ketawa aku dengar jawapan mamat tu. Tapi dia dengan Isma rilek je. Ismapun sambung lagi bertanya..

Isma: Ko ni biar betul. Orang tanya pasal hilang lain, ko cakap hilang lain...

Pemanggil: Betul la ni bang. Saya memang telah kehilangan berat badan saya ni...

Isma: Hakhakhakhak... Laughing Smiley


Lepas tu akupun hilang fokus gara-gara tergelak yang keluar secara spontan tadi...

(Lebih kurang camtu la dialog perbualan dorang tu. Tak mampu aku nak ingat secara terperinci haaiihh...)

Aku kata: Terus hilang ngantuk aku... Apa lagi, mehh la gelak sama-sama... hehe... Kalau malu, gelak je dalam hati... kihkihkih...Laugh.

JANGAN TERLALU MUDAH MENILAI ORANG...

Assalamualaikum...

Jangan terlalu mudah menilai orang...

Baik dari sudut apa sekalipun samada dari cara pakaian dia, percakapan, penulisan, pemakanan dan apa aje la yang berkaitan dengan cara hidup mereka. Kadang-kadang pelik bin ajaib jugak dengan sikap sesetengah golongan manusia yang seakan-akan begitu seronok menjalankan penilaian sehingga dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri..

Susah jadinya bila bercerita tentang kebenaran, tentang kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling kita jika apa yang kita ceritakan itu dijadikan bahan untuk menghentam kita balik. Kalau macam tu la persepsi kita, lebih baik cerita yang baik-baik aje agar dapat menutup mulut orang dari bergosip. Bukankah itu hipokrit namanya? Berpura-pura baik namun pada hakikatnya..??

~~~~~~~~~~~

Tiba-tiba teringat kisah lama. Memang dah lama berlalu kisah ni tapi masih lagi aku ingat untuk aku jadikan panduan agar tidak cepat menilai orang lain.

Sewaktu berjalan-jalan di satu shopping kompleks, mata terpandang pada seorang gadis yang berpakaian agak kurang menyenangkan mata. Aku hanya memandang tapi kawan aku dah mula bersuara dan berkata, seksinya baju dia. Aku kata itu uniform kerja dia, terpaksa la dia pakai. Kawan ni cakap lagi, dah la skirt pendek, baju ketat lak tu, macam nak terjojol je 'benda' dia. Dia ketawa dan aku ikut ketawa dengan bebelan dia. Tapi mata aku terus meleret memandang gadis tu. Aku tau gadis tu perasan yang kami berdua sedang memerhatikan gerak-geri dia yang mengusung dulang kecil ke sana sini..

Kemudian, kami terserempak lagi dengan gadis tadi di hadapan tandas bersebelahan ruang solat kat shopping kompleks tu. Kami berdua yang konon-kononnya sopan berpakaian baju kurung serta bertudung ini hanya masuk ke tandas untuk melepaskan hajat dan keluar semula bila dah merasa lega. Namun, gadis yang berpakaian seksi tadi keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam ruang solat tersebut.

Mata kami berpandangan sesama sendiri. Bilik yang berdinding kaca dan dilindungi dengan langsir tebal itu kami jenguk. Mata terpaku bila nampak gadis tadi tu menyarung telekung dan tersenyum memandang ke arah kami. Kalau tadi mukanya dipenuhi dengan mekap, kini mekap tu dah takde dah. Tiba-tiba muka aku terasa panas. Aku malu sendiri..

Aku: Ko tengok. Dia yang pakai baju camtu boleh sembahyang. Kita ni?

Dia: (Gelak). Ha'ah la kak. Buat malu je kita ni, kan kak...

Aku: Tu la. Lain kali jangan cepat sangat nak kutuk orang..

Dia: (Gelak). Akakpun sama jugok. Tadi akak gelakkan dia jugok..

Aku: Akak gelak sebab ko kata tersembul tu. Bukannya gelakkan baju dia..

Dia: (Gelak lagi). Ye la.. Ye laa.. Pasni tak gelakkan orang dah. (Gelak lagi).

Sudahnya kami gelak tak habis-habis. Solatnya tidak jugak. Sia-sia je berbaju kurung dan bertudung...(Bisik dalam hati)

Namun, kejadian ini membuka mata kami. Jika keluar bershopping dan tidak sempat untuk solat di rumah, kami akan solat di ruang solat yang disediakan. Dan terima kasih kepada gadis itu yang telah 'menyedarkan' kami secara tidak sengaja..

Ayat copy paste:
Ketawa merupakan puncak kegembiraan dan keceriaan. Namun begitu, ketawa yang diizinkan tidak berlebihan sebagaimana pepatah:

"Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

Aku kata: Memang seronok ketawakan orang. Namun, adakah kita juga turut merasa seronok jika orang ketawakan kita..?

Monday, February 28, 2011

SAMBUNGAN KISAH SEMALAM...

Assalamualaikum...

Sambungan kisah semalam...

Pagi tadi aku dapat tangkap gambar kera tu..
Tangkap gambar je...
Bukannya tangkap kera tu... hehe..
Tak berani nak tangkap kera tu haiihh...

Tengok gaya dia melompat je dah menakutkan aku...
Patut la ada orang kata siapa yang suka melompat-lompat ni perangai macam kera..

Layan gambar kera pulak ehh... Sesekali apa salahnya ubah pandangan... hehe..

Ni masa dia ambil pisang yang aku campak.. Laju betul dia lari... Kecik je kera ni. Besar lagi kucing aku yang penakut tu... hehe..


Tengah buat aksi ala-ala menembak...


Ni dia tengah skodeng ikan keli kat dalam kolam... Mulut tu penuh dengan pisang..

Aku kata: Dari pagi tadi streamyx takde line. Petang ni baru ada, itupun tersangkut-sangkut.. Bila kol je talian 100, punya la susah nak dapat sambungan. Macam-macam "tekan" dia suruh buat... Sudahnya, biar je la haaiihh... Naik malas jadinya...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)